CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tembak Rakan Disangka Kijang Direman 7 Hari Lagi

1-5-2023 12:15 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 577| Komen: 9|Original author: Tatod

Jelebu: Tempoh reman seorang lelaki yang menembak rakannya disangka seekor kijang menggunakan senapang buatan sendiri disambung tujuh hari lagi.

Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, suspek berusia 52 tahun sebelum itu direman selama enam hari sehingga semalam sebelum disambung hingga 7 Mei.


Katanya ia bagi membolehkan polis meneruskan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.


"Siasatan awal terhadap polis terhadap suspek yang mengakibatkan kematian mangsa berusia 61 tahun masih dijalankan," katanya ketika dihubungi.

Media sebelum ini melaporkan suspek menembak rakannya yang disangka seekor kijang kira-kira jam 5 pagi 24 April lalu.

Suspek kemudian menyerah diri pada 10.30 malam hari sama di Balai Polis Titi sebelum menunjukkan lokasi kejadian berlaku.

Mayat mangsa dibawa keluar dari lokasi kejadian di kawasan hutan Muka Sauk, Jelebu kira-kira jam 2 pagi 25 April lalu.


Suspek juga mendakwa senapang buatan sendiri dan peluru yang digunakan untuk berburu adalah milik si mati.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 1-5-2023 02:50 PM
Senang jer cakap senapang milik simati..
Quote batmana 1-5-2023 03:37 PM
Ilmu tak cukup lagi ni
Byk kes cmni dlm hutan
Quote adiputras 1-5-2023 06:24 PM
Hutan dan lautan adalah tempat yg sgt menakutkan bagi sesiapa yg mengetahui.....
Quote mrseller 1-5-2023 08:30 PM
Ilmu x cukup tinggi lagi ni
Quote airfilterkotor 1-5-2023 09:12 PM
Kat oberc kalu berburu, depa pakai vest camo, tapi ada band kaler terang.
Quote airfilterkotor 1-5-2023 09:16 PM
Kebanyakan heiwan yg depa buru tu, dichromatic vision. Pakai bright orange pon heiwan tu takkan perasan.
Quote airfilterkotor 1-5-2023 09:23 PM
5 pagi kawan tu kena.
Sah² dalam gelap.
Kat oberc, menembak babi tengah² padang malam hari pun pakai night vision.
Zaman dah berubah.
Quote Radzor 2-5-2023 01:22 AM
Reman tu mcmana eh. Klu tgk kat tv series csi , suspek boleh remain diam je. Nak soal pun kena ada lawyer. Yiu have the right to remain silent, if you cant afford, a lawyer will be provided for you. Pandai2 la polis guna kepakaran dorg untuk buktikan kes.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.222035 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top