CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Strategi Reedzwann Cipta Lagu Ada Kesinambungan Menjadi, ‘Tercipta Satu Senyuman’ Dapat 10 Juta Tontonan

1-5-2023 09:23 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 880| Komen: 9|Original author: Tatod

Penyanyi Reedzwann tidak menyangka sekali lagi lagu nyanyiannya, Tercipta Satu Senyuman berjaya mencapai sebanyak 10 juta tontonan di laman YouTube.

Reedzwann atau Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni, 23, berkata, dia berasa teruja kerana lagu ciptaannya itu diterima ramai biarpun baharu enam bulan dilancarkan.


Kata Reedzwann, kejayaan itu bukan hanya kerana berkat usahanya, namun turut dibantu oleh orang kuat yang berada disekelilingnya.


"Perasan saya sangat teruja, bukan mudah untuk sampai ke tahap itu. Lagi pula, untuk dapat 10 juta tontonan dalam masa hanya enam bulan.

"Sebernanya saya rasa hasil 10 juta tontonan itu adalah bukan untuk saya seorang, tetapi kawan-kawan dan admin yang selalu memberikan sokongan hingga sekarang," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Reedzwann turut berkongsi strategi bagaimana dia mampu memperoleh jumlah tontonan bagi kebanyakan lagu yang dihasilkan.


Menurut penyanyi itu, setiap lagu yang dihasilkan mempunyai kesinambungan dan kerana itu peminat akan terus menerus menonton muzik video lagu nyanyiannya.


"Salah satu usaha saya untuk menarik jumlah penonton adalah dengan menghasilkan lagu yang mempunyai kesinambungan.

"Tercipta Satu Senyuman adalah lagu terakhir untuk cerita Cinta Pandang Pertama. Mungkin ada yang tidak faham tentang muzik video ketiga ini, jadi mereka harus menonton lagu pertama dan kedua untuk lebih faham.

"Jadi, saya akan mengekalkan dengan cara lagu berepisod kerana itu mungkin boleh menjadi satu kelainan daripada penyanyi lain," ujarnya.

Selain muzik video Tercipta Satu Senyuman, Reedzwan juga berjaya menarik penonton menerusi lagu Adakah Ini Mimpi yang ditonton sebanyak 34 juta kali dan Cinta Pandang Pertama menerima hampir 30 juta tontonan di YouTube.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 1-5-2023 09:46 AM
Siapa pulak engko ni?
Aduhhhhhhh... acik dah boleh bersara dari dunia gosip nampaknya...
Quote slyfynx 1-5-2023 10:16 AM
Huh?
Ekau ni sapo?
Den x kenal.
Quote zaianim 1-5-2023 09:48 PM
Mungkin terkenal di kalangan anak2 muda.. tu yg view lagu cecah juta2
Quote sharlenetexas 2-5-2023 02:37 AM
Ini sape pulak?

Quote doubleharmonic 2-5-2023 08:09 AM
whoareyouss
Quote Cokoro 2-5-2023 08:23 AM
Kena letaklah video lagu tu. Bru blh tahu lagu mana
Quote wolfheart 2-5-2023 08:39 AM
10 juta tontonan tapi langsung tak kenal dia ni siapa.
Quote KamikuP 2-5-2023 02:37 PM
Oh Lord whoayuss dekk?
Quote sukacactus 2-5-2023 03:03 PM
Ditonton oleh 5 juta bbnu dan diulang2 sampai jd 10 juta kali gamaknya

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.032751 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top