Seorang wanita yang berkongsi tangkap layar notifikasi transaksi perbankan internet beserta mesej istimewa dari teman lelakinya menarik perhatian pengguna media sosial. Rata-rata warga maya juga tidak menyangka ruangan rujukan penerima atau 'recipient reference' untuk transaksi perbankan atas talian boleh dijadikan platform menghantar mesej.
Bercerita kepada mStar, wanita yang mahu dikenali sebagai Fyra berkata, die menyekat teman lelakinya di semua akaun media sosial gara-gara berselisih faham. "Selalunya kalau gaduh macam mana pun dia tak pernah keluar ayat macam tu... dia minta jangan cari dan suruh buat hal masing-masing. "Jadi saya sekat semua media sosial dan fikir memang hubungan kami dah berakhir," luahnya ketika dihubungi mStar. Pun begitu, selang beberapa jam membuat sekatan berkenaan, Fyra dikejutkan dengan beberapa notifikasi daripada akaun Maybank2u. "Mula-mula tak tahu lagi dia yang hantar tapi pelik duit apa yang masuk, gaji lambat lagi. "Pelik tak habis lagi, masuk notifikasi Maybank2u lagi... tapi kali ini bertubi-tubi," ceritanya lanjut. Tambahnya lagi, sebenarnya lebih banyak notifikasi daripada perbankan tersebut diterimanya namun hanya beberapa mesej itu saja yang sempat dirakam. Melihatkan usaha yang ditunjukkan teman lelakinya itu, Fyra akhirnya terbuka hati untuk menyahsekat nombor telefon serta akaun sosial media teman lelakinya itu. "Selepas beberapa hari, saya menyahsekat kembali tapi bukan sebab duit. Amount tu tak penting tapi effort dia yang saya tidak pernah terfikir," ujarnya. Bercerita lanjut, Fyra berkata, sebelum pergaduhan tersebut, teman lelakinya berhasrat mengajak dia keluar. Malah katanya, bermula daripada RM30, dia akhirnya menerima kira-kira RM670 daripada keseluruhan transaksi yang bertujuan untuk memujuk. Sumber: mStar
|
eyansss replied at 30-4-2023 10:39 PM
kalau anak teruna aku buat camni, taktau la nak lempang ke nak buat apa…
chiyoasuka replied at 28-7-2023 02:26 AM
hahahaha lempang sikit kak. supaya bijak sikit
eyansss replied at 30-4-2023 09:39 PM
kalau anak teruna aku buat camni, taktau la nak lempang ke nak buat apa…
ADVERTISEMENT