CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Noorkhiriah Paling Takut Pujian, Hanya Minta Doa Urusan Bantu Urus Jenazah Percuma Dipermudahkan

30-4-2023 07:22 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 869| Komen: 9|Original author: Tatod

Pelakon Noorkhiriah meminta orang ramai tidak memberi kata-kata pujian terhadapnya susulan menawarkan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma kepada masyarakat.

Noorkhiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shapie, 45, berkata, dia berasa takut dengan pujian diberikan kerana hanya bertindak menwar-warkan tentang perkhidmatan yang dibuat Pertubuhan Amal Nur by Khiriah di media sosial.


Sebaliknya kata pelakon drama Nur itu, semua urusan sekiranya berlaku kematian ia diuruskan oleh pasukannya dan suami, Azfaizul Ahtan.


"Assalamualaikum. Kadang-kadang terbit serba salah bila tiap kali saya muat naik tentang pengurusan jenazah, mohon jangan dipuji usaha ini.

"Semua urusan ini dilakukan oleh suami dan pasukan saya. Tugas saya hanya menwar-warkan saja sebab mungkin belum ada yang tahu tentang pertubuhan ini," katanya.

Noorkhiriah berkongsi mengenai kegusarannya itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Ahad.


Sebelum itu, Noorkhiriah turut memuat naik video pasukannya menguruskan jenazah seorang lelaki berusia 72 tahun yang meninggal dunia pada pagi Ahad.

Dalam pada itu, pelakon itu juga memaklumkan segala urusan berkaitan pengurusan jenazah yang dilakukan pertubuhan itu adalah percuma tanpa sebarang bayaran.

Katanya, memang sudah menjadi niatnya dan suami ketika mula-mula mengambil keputusan menubuhkan pertubuhan tersebut.

Bagaimanapun kata Noorkhiriah, dia bersyukur kerana sikap pemurah rakyat Malaysia yang memberikan sumbangan dapat membuatkan pertubuhan itu mampu pergi sejauh ini.

"Mungkin ada yang belum tahu kami buat ini semua secara percuma. Tak perlu bayar waima sepuluh sen pun.

"Itu memang niat saya dan suami masa mula-mula tubuhkan pertubuhan ini. Tapi syukur rakyat Malaysia berhati mulia dengan sumbangan kalian saya mampu pergi sejauh ini.

"Saya perlukan doa semoga dipermudahkan Allah, bukan pujian ya dik. Saya takut," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 30-4-2023 07:37 PM
Awet muda muka dia ni
Quote Zazama 30-4-2023 08:24 PM
Didoakan usaha jariah Noorkhiriah ini Allah rezekikan kemudahan dan memberi manfaat pd yg memerlukan. Amin..
Quote nw111 30-4-2023 10:03 PM
Zazama replied at 30-4-2023 08:24 PM
Didoakan usaha jariah Noorkhiriah ini Allah rezekikan kemudahan dan memberi manfaat pd yg memerlukan ...

Aamiin......
Quote Rachel_Green 1-5-2023 07:09 AM
semoga Allah permudahkan segala urusan khiriah dan semua team yg melakukan amal jariah ini..semoga semua yg menderma jugak diberikan rezeki yg berlipat kali ganda..
Quote SpyLeman 1-5-2023 07:35 AM
Iols ok je dgn dia ni selepas berhijrah. Cuna ada sekali tu iols rengsa sikit bila dia ckp tak nak upload muka Amyra Rosli sbb dia tak bertudung utk promote drama NUR. Hello...dlm drama Nur tu mmg hampir semua scene Amyra pakai tudung, blh je nak ambik. Masa tu dia rasa dia terpaling berhijab kottt
Quote umbut 1-5-2023 08:46 AM
SpyLeman replied at 1-5-2023 07:35 AM
Iols ok je dgn dia ni selepas berhijrah. Cuna ada sekali tu iols rengsa sikit bila dia ckp tak nak u ...

Rengsa bila acah2 terpalingggg.. Relax2 sudah.. Dulu dia ada berlakon ngan aqasha pki baju tidur ala2 lingerie
Quote Samerosie 1-5-2023 09:23 AM
Kalau takut dipuji, silalah stay anonymous...nama NGO pun letak nama kau ala2 boutique pula.
Quote tupaiterbang 1-5-2023 02:14 PM

Minah kaki propahhhhhh
Btw, dah berapa tahun umor ko stuck kat 45? Born 1976 kot


Quote bulalof 2-5-2023 07:24 AM
reverse psychology, nak mintak dipuji dan disuap perhatian.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.038154 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top