CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alami Jantung Bengkak, Keadaan Renggo Agak Tenat

30-4-2023 05:37 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1740| Komen: 9|Original author: Tatod

Kuala Lumpur: Vokalis kumpulan Arrow, Renggo, 54, mengalami masalah jantung bengkak dan kerap keluar masuk hospital sejak dua tahun lalu.

Renggo atau nama sebenarnya, Mohd Zain Ramli berkata, kesihatannya kini tidak stabil.


"Kesihatan tidak stabil disebabkan masalah jantung bengkak, namun saya cuba bertahan sebab tidak mahu keluar masuk hospital.


"Lagipun, ini bulan raya, mungkin saya masuk hospital selepas ini. Saya mahu berehat, nak taip lama-lama pun tak larat," katanya kepada BH Online.

Sementara itu, isteri keduanya, Roshila Mohd mendakwa, jantung suaminya kurang sihat selepas mengambil dos kedua vaksin COVID-19, kira-kira dua tahun lalu.

Kata Roshila, 40, Renggo yang pernah menyertai program Kilauan Emas 4 pada 2014 itu kerap keluar masuk hospital selepas mengambil vaksin tersebut.

"Ya, suami mempunyai masalah jantung bengkak. Keadaannya sekarang boleh dikatakan agak teruk sebab tidak boleh lasak dan pergerakannya terhad.


"Sebelum Aidilfitri dimasukkan ke Hospital Taiping, Perak selama hampir seminggu, tetapi itu bukan kali pertama. Sudah banyak kali suami keluar masuk hospital.

"Suami mengalami masalah jantung sejak dua tahun lalu selepas mengambil vaksin dos kedua. Tahun ini sudah dua kali dimasukkan ke hospital," katanya.


Justeru, Roshila berkata, pihaknya sedang menunggu rawatan lanjut dari Hospital Taiping.

"Jantungnya kena masuk kamera dan kemudiannya, baru doktor boleh membuat cadangan rawatan seterusnya. Temujanji nak jumpa pakar pada Ogos depan.

"Jadi, saya mohon orang ramai tolong doakan semuanya dipermudahkan dan Renggo cepat sembuh, insya-Allah," katanya.

Kata Roshila, Renggo masih aktif menyanyi sehingga hari ini memandangkan pendapatan suami masih lagi bergantung pada aktiviti nyanyian.


Sumber: BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazurah 30-4-2023 05:48 PM
Semoga diberi kesembuhan.
Quote LadyCarefree 30-4-2023 06:04 PM
Wah. Dua binik.
Oooo vaksin? Mana belastop tak masuk kah?
Quote Ahriman 30-4-2023 07:46 PM
Semoga dipermudahkan.
Dh stop ke tebar roti?
Quote noor2 30-4-2023 08:21 PM
TT boleh bawak topik ni ke CI...hehe
Quote Jitu 30-4-2023 10:43 PM
semoga dipermudahkan

btw bila dia nikah lg ni takde masuk berita pun
Quote Sekaisilver 30-4-2023 10:49 PM
Semoga cepat sembuh.
Skrg ni mmg musim ramai kena sakit berkaitan jantung & paru-paru.
Klu x sbb effect vaksin sekali pun, environment kita skrg ni pun makin x sihat. Udara pun x sebersih dulu. Belum lg bab pemakanan & air yg kita minum. Organ dalaman badan pun terpaksa berkerja kuat nk tapis semua kandungan yg x sihat.
Ntah la.. risau kalau dok fikir2..
Quote stania83 30-4-2023 10:57 PM
Myocarditis ke? Mmg known side effect vaccine, kesiannyaaaaaaa.
Quote Rachel_Green 1-5-2023 07:06 AM
semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan.
Quote Kancilkering 1-5-2023 08:50 AM
jantung bengkak?
sabar lh….moga dipermudahkan urusan…

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.040340 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top