CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jiggy Sah Suami Dhabitah Sabri

30-4-2023 01:01 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 13921| Komen: 238|Original author: Tatod

Pelawak dan pengacara Jiggy mengesahkan sudah menamatkan zaman duda apabila melangsungkan perkahwinan dengan atlet terjun negara iaitu Nur Dhabitah Sabri, 23, pada Jumaat lalu.

Jiggy atau Mohamad Aizat Ahmad Nazri, 33, berkata, majlis tersebut diadakan secara tertutup demi memenuhi permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.


"Majlis akad nikah kami diadakan seara tertutup yang dihadiri lebih kurang 150 tetamu dalam kalangan ahli keluarga.


"Tiada niat nak sorok, hanya lebih kepada mahu menjaga amanah keluarga kedua-dua belah pihak untuk tidak mengumumkan apa-apa selagi hubungan kami belum sah," katanya.

Tambah bekas anggota kumpulan Masin ini, mereka bakal mengadakan majlis resepsi namun belum menetapkan sebarang tarikh memandangkan Dhabitah sedang sibuk menjalani latihan bagi mempersiapkan diri untuk Sukan Olimpik Paris tahun depan.

Jelasnya, isterinya itu bakal berangkat ke China selama sebulan bagi menjalani sesi latihan di sana.


"Insya Allah kami akan mengadakan majlis resepsi tapi ia masih dalam perbincangan sebab kami berdua sibuk dan Dhabitah pun ada pertandingan besar termasuk Sukan Olimpik Paris tahun depan.

"Dia juga akan ke China menjalani latihan namun jika sudah ada tarikh, Insya Allah saya akan maklumkan," jelasnya.


Jiggy dan Dhabitah mula berkenalan sejak setahun lalu selepas sama-sama terlibat dalam sebuah sesi fotografi dan tidak menyangka jodoh di antara mereka berakhir dengan perkahwinan.

"Saya dan Dhabitah sudah kenal lebih kurang setahun lebih. Mula-mula kami berkawan saja selepas berjumpa di sebuah sesi fotografi.

"Kemudian kebetulan ada penggambaran program sama-sama. Jadi, dari situ kami rapat tapi memang tiada rancangan berkahwin ketika itu. Namun, Alhamdulillah jodoh kami sampai ke hari ini," jelasnya.

Untuk rekod, Jiggy pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara dan pelakon Elly Ariffin pada September 2016 namun pasangan itu bercerai pada Januari 2020.


SUmber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikmouse 30-4-2023 01:09 PM
Tahniah pengantin br...aku suka dhabitah nieee...senyuman dia manis..
Quote orkid_amani 30-4-2023 01:13 PM
Alaaa sygnya bitah end up dgn Duda..dia patut focus dulu terjun2 sampai dapat gold medal Olympic..awai sgt haa kawennya..huhu..
Quote silampumeja 30-4-2023 01:15 PM
Tahniah. Tersangat tak disangka pasangan ni. Snyap2 dah nikah. Alhamdulillah.
Quote Manusiabesa 30-4-2023 01:20 PM
Lahai.mcm dgn elly aripin dulu lg sepadan.sukati la jiggy uii.. btw cgrates. Pasni bitah kena swim pkai swimsuit muslimah dh rasanya lols
Quote bondeh 30-4-2023 01:29 PM
Ingatkan Bitah akan berkahwin dengan sesama atlet. Agaknya Jiggy nih suka melawak pulak tuh Bitah sejenis gelak2 sengih. Tahniah walaupun tak disangka huhu
Quote zuriey 30-4-2023 01:40 PM
Muda lagi bitah.rugi lah ko
Quote codenamedream 30-4-2023 01:43 PM
Tahniah Dhabitah and Jiggy.
Makin lentur badan Dhabitah nanti.
Quote Aneem 30-4-2023 01:52 PM
Pndai caik ganti.
Muka iras bekas bini.
Quote alieyrina 30-4-2023 02:24 PM
Kalau tgk drama lawak jugakla jigy nih
Quote cikpolop 30-4-2023 02:26 PM
Betul ler tindakan deols senyap2 nikah.. kalau bagitahu sebelum nak nikah mmg pedih baca komen2 berunsur syaitonnn ni..
Quote Cokoro 30-4-2023 02:40 PM
Tak sangka betul
Quote jerukkedondong 30-4-2023 02:43 PM
bukan ke dulu heboh Jiggy cancer fighter..dah sembuh ke pun..
btw tahniah..slmt pengantin baru
Quote Belibis 30-4-2023 02:56 PM
alieyrina: Kalau tgk drama lawak jugakla  ...

Selalu jadi lembut dalam sitcom JKK tu ke?
Quote sukacactus 30-4-2023 03:04 PM
Tahniah la husin dan dhabitah
Kalau dah sampai jodoh, terus jadi
Quote sukacactus 30-4-2023 03:05 PM
Belibis replied at 30-4-2023 02:56 PM
Selalu jadi lembut dalam sitcom JKK tu ke?

Iye la si husin indon tu
Quote drivethru 30-4-2023 03:10 PM
Kena pancut luar lah sehingga tahun depan.
Jumaat aritu bawak anak main bowling kat sunway piramid. Nampak team malaysia tgh berlatih. Nampak rafiq. Hensem nye dia. Manis betul bila dia senyum.
Quote Thunderclouds 30-4-2023 03:26 PM
Tahniah ke2 mempelai.
Moga bahagia sampai hujung hayat.
Harap tadak manusia bangang sembang pasal aurat bini dia time tgh tournament.
Komen lucah² bila nengok pakai swim suit.
Hina sungguh manusia gini nk² yg sembang solat xtinggal katup aurat sempurna tu.
Quote Thunderclouds 30-4-2023 03:29 PM
orkid_amani replied at 30-4-2023 01:13 PM
Alaaa sygnya bitah end up dgn Duda..dia patut focus dulu terjun2 sampai dapat gold medal Olympic..aw ...

Ostad ngn setajah jadian mesti xsenang duduk.
Hari² bkuntum kt ig/fb kwn ni bg tarbiah soh bsara cepat sbb career xseswai as muslim & a wife.
Quote royaldanish 30-4-2023 03:32 PM
Tak sangka ye….

Lihat semua komen(238)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.066174 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top