CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hun Haqeem Turun Berat 10kg Demi Drama Adaptasi W:Two Worlds

30-4-2023 09:26 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5184| Komen: 79|Original author: Tatod

Pelakon Hun Haqeem mendedahkan dia berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 10 kilogram demi menjayakan peranan dalam drama bersiri adaptasi dari Korea Selatan berjudul W: Two Worlds.

Menerusi laporan mStar, pemilik nama sebenar Haqeem Hermy, 26, berkata, dia mengambil masa tiga bulan untuk mencapai sasaran itu dengan menjaga pemakanan selain bersenam secara kerap di gimnasium.


Pelakon ini memberitahu berat badannya sebelum ini 80 kilogram dan kini mencapai angka 70 kilogram seperti diinginkan.


"Saya diminta produksi untuk turunkan berat badan bagi penggambaran drama bersiri W: Two Worlds.

"Sejak tiga bulan lalu saya mula disiplinkan diri dengan menjaga pemakanan dan bersenam di gimnasium apabila mempunyai masa terluang.

"Kalau tak sempat ke gimnasium, saya akan pastikan banyak berjalan dan kekal aktif seperti parkir kereta lebih jauh agar saya dapat berjalan," katanya.


Dalam pada itu, Hun memberitahu dia akur dengan permintaan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim yang ingin dia menurunkan berat badan agar lebih sesuai dengan wataknya.

Meskipun ia cabaran sukar namun Hun berkata, dia mengambil semangat idolanya iaitu pelakon Christian Bale yang turut melakukan perkara sama untuk filem lakonannya.


"Saya buat kerana tuntutan kerja, lagipun idola saya Christian Bale pun boleh kenapa tidak saya.

"Jadi saya pun nak cuba juga, saya nak berikan yang terbaik untuk watak itu nanti," katanya.

Anak jati Kuching, Sarawak ini memberitahu proses menurunkan berat badan tidak sesukar dibayangkan memandangkan dia mempunyai pengalaman melakukan perkara sama sebelum ini.

Kata Hun, berat badannya sebelum ini mencecah 102 kilogram dan pernah melalui cabaran lebih perit untuk mendapat berat badan ideal.

"Untuk watak ini kali pertama saya turunkan berat badan, tapi kalau dalam kehidupan ini merupakan kali kedua sebab sebelum ini saya pernah 102kg.

"Badan saya pun tak terkejut sangat untuk kali kedua ini dan saya pun takkan buat kesilapan yang sama seperti sebelum ini. Tapi saya seronok lalui perjalanan ini," katanya lagi.


W: The Worlds adalah sebuah drama fantasi percintaan yang pernah menjadi fenomena pada 2016 dan akan ditayangkan meneerusi platform penstriman Viu.

Hun bakal bergandingan dengan aktres Daiyan Trisha menerusi projek tersebut.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SecretLuv 30-4-2023 09:30 AM
Setiap kali tengok muka Daiyan, Mesti teringat kat Dynas. Kalau berlakon jadi mak dan anak mesti sesuai
Quote Tinot7 30-4-2023 09:31 AM
Lelaki senang kott nak turunkan berat badan.. iols nak turunkan berat 9kg pun tak terdaya..
Quote ilahaz 30-4-2023 10:29 AM
hmmphh kenapa daiyan trisha,..xde heroin lain ke
Quote heythere123 30-4-2023 10:30 AM
from LJS to Hun Haqeem, downgrade parah

anyway harapnya jekfer will do justice ye untuk watak tu.


Iols okay je heols berlakon tapi personally iols rasa patut ambik orang lain jadi ML, heols macam kureng sikit untuk drama ni
Quote aammyy 30-4-2023 10:31 AM
102kg ke. Ingat 120kg. Muahahahaha
Quote I.K.A888990 30-4-2023 10:35 AM
fan giler dgn mamat ni tapi x ingin pulak aku nak.tgk citer ni sbb ada si KAYA HIDUNG daiyan ni jadi heroin...
Quote alieyrina 30-4-2023 10:39 AM
Aku adaptasi2 ni cringe skit. Memg takkan tgk. Jln cerita sama ja pun
Quote kakacantikkan 30-4-2023 10:42 AM
SecretLuv replied at 30-4-2023 09:30 AM
Setiap kali tengok muka Daiyan, Mesti teringat kat Dynas. Kalau berlakon jadi mak dan anak mesti ses ...

muka dia mcm BCL jugak
Quote Hoshhi 30-4-2023 10:43 AM
Tak hensem dah kurus sangat ni
Quote Hoshhi 30-4-2023 10:44 AM
kakacantikkan replied at 30-4-2023 10:42 AM
muka dia mcm BCL jugak

BCL bertiang lagi cantik kan
Quote wikedsaikel 30-4-2023 10:50 AM
ilahaz replied at 30-4-2023 10:29 AM
hmmphh kenapa daiyan trisha,..xde heroin lain ke

Muka mcm tu senang untuk market kat negara lain kot.
Quote likilu 30-4-2023 11:21 AM
Kenapa tak inject macam pakcik Harun je
Quote Pujangga22 30-4-2023 12:19 PM
why Daiyan ermm
Quote cahaya_almas 30-4-2023 12:35 PM
Kalau tgk citer adaptasi mcm ni msti i tkleh tgk..sbb geram nape yg korea best..tp yg kita pnya jd tk best..tgklah citer diana  dgn aiman sblm ni..nmpk sgt  semUA  nk tiru korea.wat lah lakonan ikut kreativiti msg2 janji jln citer je lebih kurang sama....ni memek muka pn nk tiru jgk mmg tk samalah..jd nmpk pelik..dh ler peluk2 pn ikut jgk..tk sesuai sungguh..nasib tkde watak lg hot..kalau tak mau ikuy jgk kan..haha
Quote yusuke22 30-4-2023 12:45 PM
Barula bkembang skit jln crita drama myu…asyik sondol2…org kaya miskin…. Tp nnti aku xtgkla cita ni. Sbb tgk yg korea…bes cita ni
Quote takkoser 30-4-2023 12:59 PM
aku rasa adaptasi korea tak berapa jadi la.. she was pretty apa entah dgn satu la lagi lupa.. Tapi cerita ganjil best pulak wlpn bukan adaptasi
Quote ilacantik 30-4-2023 01:36 PM
OMG. Boleh ke nak ikut coter korea? Dah la W ni favorite series meols. Siap ulang2 tengok sampai sekarang. Sorry to say, heols tak cukup tinggi. And cukup ke budget nak buat penthouse. Tidak dapat ku bayang para bodyguard yg muka busuk extra2 ni semua. Dan lagi, Kang Chul melayu ni nanti nak pakai kereta apa?
Quote PULANGKAN 30-4-2023 04:34 PM
heols ni tinggi kah?

berat badan pernah 102kg, pernah 80kg

kalau tinggi, berat, Iols paham

tapi kalau katik berat tang tu, how in the world

tapi alhamdulillah, baguslah heols dah capai 70kg. barula nampak smart

jaga kesihatan ya masing2, BMI normal, sentiasa cergas dan aktif

minda yang sihat, datangnya dari tubuh yang sihat
Quote gideoncross 30-4-2023 09:32 PM
alieyrina replied at 30-4-2023 10:39 AM
Aku adaptasi2 ni cringe skit. Memg takkan tgk. Jln cerita sama ja pun

Live action anime pun sma, Rurouni Kenshin je yg mantap.

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.057517 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top