CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Daiyan Tersipu Diusik Bercinta Dengan Nadhir

29-4-2023 04:41 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4909| Komen: 45|Original author: Tatod

Dikaitkan dengan pelakon Nadhir Nasar membuatkan Daiyan Trisha tersipu-sipu ketika ditanya mengenai kesahihan hubungan mereka.

Bagaimanapun, bintang Projek: High Council ini menepis dakwaan mereka bercinta, sebaliknya menegaskan Nadhir hanyalah teman rapatnya, tidak ubah seperti rakan lelaki lain yang selesa bersama.


Daiyan atau nama sebenarnya, Daiyan Trisha Mohd Nasruddin berkata, dia tidak melatah dengan dakwaan dilemparkan, hanya bergembira dengan gosip cinta yang didengari.


"Saya sudah lama mengenali Nadhir dan kami ada personaliti sama. Saya sangat selesa bekerja dengan Nadhir, dia juga rakan yang baik.

"Biasalah orang mahu melihat kami bersama, tetapi ia adalah perkara yang menyeronokkan kerana peminat akan berkongsi mengenainya. Apa yang dilakukan adalah berseronok sahaja dengan apa yang berlaku.

"Sekarang saya memang berkawan rapat dengan Nadhir. Tetapi, dalam masa sama, saya juga berkawan dengan semua orang.


"Saya rapat dengan ramai orang dan kalau lihat dalam media sosial, saya memang begitu. Perwatakan mudah mesra, namun Nadhir antara rakan yang saya rapat," katanya kepada BH Online.

Mengulas adakah sudah memiliki insan istimewa di hatinya, Daiyan berkata, dia masih sendiri dan tidak pernah terkejar-kejar untuk mencari pasangan, meskipun usianya hampir menjengah 30 tahun.


"Sekarang, saya tiada siapa-siapa dan masih memang 'single'. Ada juga lelaki cuba mendekati, tetapi tiada yang melekat.

"Saya tidak tahu mengapa masih tiada lelaki yang melekat, saya ini juga tidak membesar dalam keluarga kaya raya.

"Saya hanya orang biasa sahaja, cuma Alhamdulillah sekarang sudah kaya dan ada pelbagai rezeki lain.

"Mestilah saya terfikir untuk ada pasangan, Kalau ada, sesuai dan memang ada jodoh, saya akan teruskan dengan perkahwinan. Kalau dahulu mungkin berbeza, tetapi sekarang jika ada orang lelaki merapati, mungkin kenal antara setahun hingga dua tahun, insya-Allah.

"Jujurnya, saya masih dalam fasa mengenali seseorang dan kalau mahu cakap ada orang yang paling tepat, saya sudah ke fasa seterusnya. Cuma, ketika ini saya mahu mengenali sesiapa yang hadir dalam hidup saya," katanya.

Dalam pada itu, Daiyan turut berkongsi impiannya bernikah dengan bakal suaminya di Tanah Suci Makkah.

"Impian saya mahu bernikah di Makkah dan saya memang simpan cita-cita ini. Jadi, doakanlah supaya impian saya tercapai.

"Bila lihat Kaabah saya rasa macam jatuh hati, jadi saya pasang impian untuk bernikah di sana.

"Siapa tahu kalau ada rezeki dapat ke sana dan bernikah, saya sangat bersyukur.

"Impian ini tercetus apabila kali pertama saya menjejakkan kaki ke Tanah Suci, tahun lalu. Apabila sampai Makkah, saya terus tanamkan dalam fikiran mahu bernikah di sana," katanya.

Tambah Daiyan, ibu dan bapanya juga memberi sokongan dan gembira dengan hasrat tersebut.

"Saya ada beritahu keluarga dan mereka kata kalau ada rezeki dan Allah izinkan, maka bolehlah. Kalau ada rezeki, pastinya doa saya dimakbulkan, insya-Allah," katanya yang baharu sahaja pulang dari menunaikan umrah, baru-baru ini.


Sumber: BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DianaSaksen 29-4-2023 04:52 PM
Ni lgi satu spesis Hawa rizwana
Menempel ngan banyak artis lelaki supaya nama tetap relevan
Quote jemahjacjon 29-4-2023 04:53 PM
Ehh ttbe ngn nadhir pulakkkk
Quote LadyCarefree 29-4-2023 05:09 PM
Asal bergambar je bercinta, asal ada project bersama je bercinta.
Quote Hoola 29-4-2023 05:15 PM
Edited by Hoola at 29-4-2023 05:17 PM

"ahlamduliah sekarang sudah kaya"
-daiyan trisha 2023

#netijemtumpangbersyukur
Quote tahanie 29-4-2023 05:20 PM
Setiap bulan satu gosip dengan lelaki lain2. KPI dia kot
Quote Kurex 29-4-2023 05:24 PM
Suara sheols umpama penyanyi latar utk lagu sendiri
Quote anilanil 29-4-2023 05:25 PM
Buang masa je la si hidung ni menempel dgn abg barbie, last2 jadi bestie. Menempel dgn keli pon tak menjadi. Gi konsert, teman keli surfing, gi kenduri sama2 alih2 keli get back dgn ame asnaf. Ni rapat ngan nadhir pulak know2 nadhir nnt ckp teman tapi mesra.
Quote lotionmilo 29-4-2023 06:49 PM
anilanil replied at 29-4-2023 05:25 PM
Buang masa je la si hidung ni menempel dgn abg barbie, last2 jadi bestie. Menempel dgn keli pon tak  ...

Nadhir memang dah keluarkan statement awal lagi.Press ada tanya Daiyan kawan perempuan paling rapat ke? Dia kata tak
Quote bambimbom 29-4-2023 06:56 PM
anilanil replied at 29-4-2023 05:25 PM
Buang masa je la si hidung ni menempel dgn abg barbie, last2 jadi bestie. Menempel dgn keli pon tak  ...

Bam barbie pun dah lain mcm post gmbr2 kat ig.. seronok la tu jd pakai baju cam pompuan tp dipuji2. Meluat aku
Quote bambimbom 29-4-2023 06:58 PM
lotionmilo replied at 29-4-2023 06:49 PM
Nadhir memang dah keluarkan statement awal lagi.Press ada tanya Daiyan kawan perempuan paling rapa ...

Malunye oittt. Tutup muka la wahai Daiyan si org kaya
Quote samperit 29-4-2023 08:03 PM
habislah minah ni nanti kena tarik rambut dgn kaka @cmf_premierleag

Quote Nurkaseh01 29-4-2023 08:06 PM
Dia ni boleh tahan suka menempel jugak kann nanti mesti nk try merqeen pulak
Quote cmf_premierleag 29-4-2023 08:08 PM
samperit replied at 29-4-2023 08:03 PM
habislah minah ni nanti kena tarik rambut dgn kaka @cmf_premierleag

DT hanya akan himpit org2 yg tgh femes je..utk her own advantage je..dh paham sgt la minah ni
Ms dgn eddy dulu...dia tumpang la femes eddy
Skang dgn nadhir lak
Pasni ntah dgn sapa
Gitu la stok2 parasit mcm DT ni kan
Quote diamondhoney 29-4-2023 08:11 PM
Nurkaseh01 replied at 29-4-2023 08:06 PM
Dia ni boleh tahan suka menempel jugak kann  nanti mesti nk try merqeen pulak

Uish..meerqeen ngan daiyan level anak sedara mak sedara punya age gap..too bnnu for her
Quote heythere123 29-4-2023 08:53 PM
anilanil replied at 29-4-2023 05:25 PM
Buang masa je la si hidung ni menempel dgn abg barbie, last2 jadi bestie. Menempel dgn keli pon tak  ...

tambah satu lagi kaka, gosip sheols dengan Ben Amir. Ada rumour kata sampai berpegangan tangan dating publicly tapi both tak pernah declare
Quote heythere123 29-4-2023 08:54 PM
lotionmilo replied at 29-4-2023 06:49 PM
Nadhir memang dah keluarkan statement awal lagi.Press ada tanya Daiyan kawan perempuan paling rapa ...

timing sheols missed sikit je
Quote Hoshhi 29-4-2023 08:59 PM
Ni lagi satu tibai unta dalam industri. Bakat takde. Rupa so so. Perasan diri dia tu macam jelita sangat. Bbnu je yang beria memuja minah ni. Menempel dengan artis lelaki yang famous untuk kekal relevant.
Quote Myhappyending 29-4-2023 09:38 PM
anilanil: Buang masa je la si hidung ni  ...
keli sape? Amir ke apa nama tu ensemmm gak [em:16:]
Quote eizarz 29-4-2023 09:40 PM
buat hidung ke kak????

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.143714 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top