Penyanyi Datuk Hattan tidak berminat untuk memberikan sebarang ulasan mengenai tindakannya menempelak penyampai berita ketika sesi temu bual secara langsung. "Not interested," kata pemilik nama sebenar, Mohd Shukri Shahabudin, 59, secara ringkas ketika dihubungi mStar.
Sementara itu, penyampai berita Astro Awani, Nur Syazwani Saiful Sham juga enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara tersebut. "Saya minta maaf, saya tak boleh ulas apa-apa berkenaan perkara itu. Harap memahami," katanya. Semalam, tular video temu bual di antara Hattan bersama Syazwani menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen yang menganggap penyanyi berkenaan tidak beradab. Ia susulan pihak Astro Awani menghubungi Hattan menerusi telefon bagi mengulas pemergian vokalis kumpulan XPDC, Mael atau Syed Ismail Syed Ibrahim yang meninggal dunia Khamis lalu.
Menerusi temu bual tersebut, Hattan menempelak Syazwani yang bertanya mengenai penulisan lagu dan lirik kumpulan XPDC yang meninggalkan kesan mendalam kepada pendengar. Hattan kemudian bertanya kembali sama ada Syazwani mengetahui Sejarah mengenai individu yang menghasilkan lagu-lagu dendangan kumpulan tersebut. Penyanyi itu juga beranggapan Syazwani tidak membuat kajian sebelum menemubualnya. Rata-rata, netizen tidak berpuas hati dan kecewa dengan cara penyanyi tersebut mengendalikan temu bual tersebut. - CARI Sumber: mStar |
imransulaiman: Dia cakap apa? Ada sesiapa yan ...
bondeh replied at 29-4-2023 04:24 PM
TokTan nih dulu dia kutuk2 lagu dari ciptaan orang lain, dia hanya puji lagu2 TokNasir je sampaikan ...
bondeh replied at 29-4-2023 03:24 PM
TokTan nih dulu dia kutuk2 lagu dari ciptaan orang lain, dia hanya puji lagu2 TokNasir je sampaikan ...
bondeh replied at 29-4-2023 04:24 PM
TokTan nih dulu dia kutuk2 lagu dari ciptaan orang lain, dia hanya puji lagu2 TokNasir je sampaikan ...
ADVERTISEMENT