CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Balik Kampung Nyanyian Sudirman Bukan Lagu Raya, Sebenarnya Lagu Untuk Balik Mengundi

28-4-2023 09:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3483| Komen: 41

Lagu Balik Kampung nyanyian asal Allahyarham Sudirman Arshad yang sering dimainkan ketika menjelangnya hari raya Aidilfitri sebenarnya bukanlah lagu untuk sambutan hari raya.

Menurut portal hiburan Boom, lagu yang dicipta pada 1984 oleh S. Atan pada asalnya dihasilkan adalah untuk menggambarkan keseronokan pemuda-pemudi atau mahasiswa yang berada di kota pulang ke kampung untuk mengundi.



“Lagu ini saya cipta sempena kempen pilihan raya bagi menggambarkan perasaan anak muda dapat bercuti dan pulang ke kampung untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia.

“Bagi menambahkan jiwa dan rasa, lagu ini disuntik dengan elemen sama seperti yang selalu kita rasai sewaktu balik berhari raya di desa tercinta.

“Sejujurnya, saya tak sangka lagu ini akan jadi ‘evergreen‘ (malar segar) hingga ke hari ini sebaik tibanya musim perayaan,” ujarnya.

Sebagai rekod, selain Balik Kampung, S. Atan yang aktif sebagai penerbit dan komposer sejak awal 1970-an sudah mencipta lebih 50 lagu raya dan hampir kebanyakannya kekal hit hingga ke hari ini.


Rata-rata orang ramai yang baru mengetahui hal tersebut ternyata teruja dan menganggap lagu tersebut merupakan antara lagu terbaik dan lagu wajib dengar ketika tibanya musim perayaan.

“Aku baru tahu, patut la dalam rangkap lagu ini tidak ada perkataan raya walau satu kali pun,” ujar Zaibidi.

“Mati-mati ingat lagu ni lagu raya, tapi macam kena sahaja dengan sambutan raya,” jelas Cikgu Ajis. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miznora 28-4-2023 09:13 PM
Balik Kampung
Sudirman Arshad
Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
Balik kampung ho ho ho
Balik kampung ho ho ho
Balik kampung
Hati girang
Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Hati girang
Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti
Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
Balik kampung ho ho ho
Balik kampung ho ho ho
Balik kampung
Hati girang
Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Hati girang
Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti
Quote miznora 28-4-2023 09:14 PM
Pilihanraya pun balik kampung
Nak hari raya pun balik kampung

Okla tu kan. Bole guna dua2 perayaan

Quote bedahmenjuyah 28-4-2023 09:21 PM
Dok kota utk carma je. Pepehal balik kg
Quote sharlenetexas 28-4-2023 09:23 PM
Balik kampung pangkah pas. Org kampung masih dibelenggu masalah air teh beng. Korang senang2 hidup di bawah pentadbiran dap.

Quote Suchi 28-4-2023 09:24 PM
Ok laa pilihan raya pun raya juga hahahah
Kan ada perkataan raya tu
Quote imransulaiman 28-4-2023 11:54 PM
Lagu ni masa study dulu memang bikin nangis. Seumur hidup, baru sekali tak balik beraya di kampung masa study gara-gara exam. Sakitnya jiwa masa call mak di malam raya... Huwaaaaaa!
Quote habisnamadahni 29-4-2023 12:58 AM
aku yg xda kampung pun excited dgr lagu ni walaupun bkn hari raya..sbb happening gila
Quote Dolmat 29-4-2023 01:00 AM
miznora replied at 28-4-2023 09:14 PM
Pilihanraya pun balik kampung
Nak hari raya pun balik kampung


Lagu RAYA jugaklah kannnnn...
Quote haruslah 29-4-2023 01:30 AM
Lagu elyana balik kampung tu pun best

Lg 1 lagu yg bukan lagu raya, tp slalu on air masa raya

Abang pulang....malek ridzuan
Happy dengar lagu tu
Quote alieyrina 29-4-2023 02:49 AM
Lagu ni budak hindu cina semua pun tau nyanyi time nk balik kg cuti sekolah stat etc

so guna ja bila hg nk balik kg tu
Quote Incanto 29-4-2023 08:05 AM
tipulah…zaman Sudirman hidup org takde pun berkempen sakan suruh balik kampung mengundi

zaman tu tiap kali pilihanraya BN menang besar kecuali Kelantan
Quote Belibis 29-4-2023 08:25 AM
haruslah: Lagu elyana balik kampung tu p ...

Ha ha..siap ada rangkap' ayam itik jadi korban'
Seni betul penulis lirik.
Quote orkid_amani 29-4-2023 08:42 AM
sharlenetexas replied at 28-4-2023 09:23 PM
Balik kampung pangkah pas. Org kampung masih dibelenggu masalah air teh beng. Korang senang2 hidup d ...

Aii penah cakap Gini dgn classmate aii masa diploma...yuu jgn pangkah pas tau masa ngundi nti kalau yuu nk merasa hidup senang dgn kemudahan mcm kat Penang ni..dibahasakan aii balik..katanya pantang toknenek dia pangkah selain pas diorang lebih rela hidup dibawah pentadbiran pas dari hidup bawah pentadbiran umno yg korup..
Quote orkid_amani 29-4-2023 08:45 AM
Incanto replied at 29-4-2023 08:05 AM
tipulah…zaman Sudirman hidup org takde pun berkempen sakan suruh balik kampung mengundi

zaman tu t ...

Uish yuu..zaman kempen pru dulu heaven ooo..merasa aii p tampai poster calon kat pokok nyork tebang buluh pasang bendera..tapi dulu kurang provok mcm la..aman2 jaa umno di hati gitu zaman tokdet..zaman 90an masa sekolah
Quote makita 29-4-2023 01:17 PM
Patut la lagu ni riang semacam pasalnya mmg bukan lagu raya. Pasalnya lagu raya kan leweh2..sedih2 je kan....mesti ada elemen2 berikut...
time raya la teringat kenangan silam..
makwe lari..
mak ayah lama dlm kubur..
terkenang ayah bonda...
lama merantau tak mkn ketupat.
Quote che-cikL 29-4-2023 03:09 PM
Edited by che-cikL at 29-4-2023 03:12 PM

Ok lah balik Raya ke balik utk pilihanraya ke, yg penting lagi ni best pasang waktu atas jalanraya atau lebuhraya sama ada diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya atau bukan Jabatan Kerja Raya, pastu nampak pulak banyak pokok bunga Raya.
Quote supernaturalee 29-4-2023 03:10 PM
alieyrina replied at 29-4-2023 02:49 AM
Lagu ni budak hindu cina semua pun tau nyanyi time nk balik kg cuti sekolah stat etc

so guna ja bil ...

Haah
My ex bos org cina
Kata dia, dia plg suka lagu raya, lagu sudirman ni lh
Which is lagu sempena pilihanraya sbnrnya
Lagu balik kg ni jgk mmg ada dimuatkan dlm album patriotik allahyarham

Quote supernaturalee 29-4-2023 03:14 PM
makita replied at 29-4-2023 01:17 PM
Patut la lagu ni riang semacam pasalnya mmg bukan lagu raya. Pasalnya lagu raya kan leweh2..sedih2 j ...

"Pasalnya lagu raya kan leweh2..sedih2 je kan."  - this is sooooo not true

Bnyk je lagu raya hepi2
Cth lagu tok pah, ct, m nasir, awie tu lagu raya rock rancak lagi
Dj dave dgn melodi disco
Noorkumalasari pun sama
Sheila majid pny lagu raya rancak 80s vibe
Klu yg baru2 kita ada yuna what


Quote supernaturalee 29-4-2023 03:15 PM
che-cikL replied at 29-4-2023 03:09 PM
Ok lah balik Raya ke balik utk pilihanraya ke, yg penting lagi ni best pasang waktu atas jalanraya a ...

Komen uols sgt ngam dgn lagu jalil hamid tajuk raya

Yessss, another lagu raya yg hepi
Plus lagu2 raya senario jgk

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.089026 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top