CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lisa Surihani Ambil Kesempatan Yusry Dapat Cuti Panjang, Bawa Anak-anak Beraya Di Manchester

28-4-2023 07:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4389| Komen: 46

Berbeza dengan sambutan Syawal sebelumnya, kali ini Datin Lisa Surihani mahu merasa menyambut raya di negara orang.

Menurut BOOM! Malaysia, Lisa dan keluarga hari ini berangkat ke Manchester, United Kingdom (UK) bagi menyambut Syawal bersama adik ipar, Edry Abd Halim yang bermastautin di negara itu.






Di samping itu, mereka mengambil peluang bercuti di UK berikutan Datuk Yusry Abdul Halim mendapat pelepasan panjang pada Aidilfitri kali ini.

Namun, tambah Lisa, persiapan meraikan Syawal tidaklah dilakukan secara beria-ia, malah, hanya dua persalinan disediakan kali ini.

“Alhamdulillah suami dapat bercuti lama sedikit kali ini. Sebelum ini, suami habiskan masa yang panjang untuk menyempurnakan kerja.

“Jadi, sebaik suami mendapat cuti panjang, kami meneruskan perancangan melawat Edry,” katanya yang berpeluang menunaikan umrah pada dua minggu pertama Ramadan.


IG

Berkongsi mengenai warna tema pada Hari Raya ini, Lisa menyerahkan kepada puteri sulung, Yahaira Leanne yang berusia lapan tahun dan suami untuk membuat pilihan.

“Untuk Syawal pertama, Yahaira pilih warna kuning cerah. Yusry pula mahu persalinan rona kelabu,” katanya yang bersederhana dalam berbelanja.

Lisa berkata, Edry pulang ke tanah air dua bulan lalu atas urusan promosi lagu baharu kumpulan Mojo. Namun, Edry tidak membawa isteri serta anak-anaknya.


IG

“Pada awalnya, Edry merancang balik raya tetapi selepas Yusry memutuskan mahu ke UK, dia tunda dahulu kepulangan bersama keluarganya.

“Sambil membawa anak bercuti, kami juga mahu mereka merasai pengalaman beraya di negara orang,” katanya. 


Sumber: BOOM!


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hmmlantakko 29-4-2023 05:52 PM
sejuk senduuu
Quote cmf_premierleag 29-4-2023 06:08 PM
Yusry skang keje apa ek? Masih lg direct film2 cgi berangan tu ke?
Quote mawardia 29-4-2023 07:03 PM
Cantik tudung ariani tinsuri yg warna biru itew
Quote tumpanglalu74 30-4-2023 02:03 AM
Red flag ke dekk??
Quote Meiizu 30-4-2023 02:31 AM
Eloklaa raya sana..key el panas namatey
Quote krustykrab 30-4-2023 07:23 AM
Yusri koje gapo sampai susah naw nk cuti cuti.
Quote simmes 30-4-2023 11:33 AM
Kerja yusry sekarang busynes ke? Ayatnya macam laki kerja makan gaji dgn orang pula
Quote cikgojesss 30-4-2023 11:43 AM
cuti palabutthow  
Quote samperit 30-4-2023 11:53 AM
cmf_premierleag replied at 29-4-2023 06:08 PM
Yusry skang keje apa ek? Masih lg direct film2 cgi berangan tu ke?

Director. Byk keje2 yusry dlm viu. Mesti sis x layan viu khuens sbb tu x tau
Quote cmf_premierleag 30-4-2023 11:57 AM
samperit replied at 30-4-2023 11:53 AM
Director. Byk keje2 yusry dlm viu. Mesti sis x layan viu khuens sbb tu x tau

Oh no wonder la..ha ah mmg iols x layan viu
Quote LadyCarefree 30-4-2023 12:01 PM
Dia tak pernah raya luar Msia kah?
Quote cmf_premierleag 1-5-2023 04:51 AM
Takde la best mana pun laki ko tu
Acah2 socialite sgt
Quote Qatrunnadaain 1-5-2023 08:55 AM
tumpanglalu74 replied at 30-4-2023 02:03 AM
Red flag ke dekk??

Maksudnya..? Trouble in paradise ke apeww
Quote dua_chzy 1-5-2023 08:57 AM
Anak2 Lisa Yuci ni jenis jongos masa kecik tapi gojes bila dah besar. Nampak dari features wajah mureka.
Quote brunesss 1-5-2023 09:24 AM
indah sunggun baja2 anak mereka berdua esp yang lelaki abang tu, memang sudah besar nanti jadi hearthrob
Quote MilanAdelynn 1-5-2023 10:25 AM
krustykrab replied at 30-4-2023 07:23 AM
Yusri koje gapo sampai susah naw nk cuti cuti.

Kan.. cuti je la kau nak cuti, keja syarikat sndiri. Apa yg payah sgt, bukan keja gomen pun kena ada gilir2 cuti sebelum,selepas bagai
Quote Diamondmoney 1-5-2023 10:31 AM
MilanAdelynn replied at 1-5-2023 10:25 AM
Kan.. cuti je la kau nak cuti, keja syarikat sndiri. Apa yg payah sgt, bukan keja gomen pun kena a ...


Doa berdedikasi dan disiplin cuols

Gituh resepi org yg nau berjaya gitewww

Quote krustykrab 1-5-2023 10:36 AM
MilanAdelynn replied at 1-5-2023 10:25 AM
Kan.. cuti je la kau nak cuti, keja syarikat sndiri. Apa yg payah sgt, bukan keja gomen pun kena a ...

Agaknya dia la ceo, dia la cfo, accountant, composer, teaman, cleaner kot..itu yg payah..sb takde sapa nk gantikn
Quote krustykrab 1-5-2023 10:37 AM
samperit replied at 30-4-2023 11:53 AM
Director. Byk keje2 yusry dlm viu. Mesti sis x layan viu khuens sbb tu x tau

Compose songs utk filem dan drama ke sis?

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.084175 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top