Sekolah wajar menangguh aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, itu antara tujuh langkah pencegahan yang perlu dilaksanakan semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan semua institusi pendidikan di bawah KPM.
Jelasnya, cuaca panas yang melanda negara juga turut menyebabkan beberapa lokasi menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat. KPM berkata, antara langkah pencegahan lain ialah memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas. “Bagi kawasan yang bacaan IPU melebihi 100, semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan murid hendaklah dihentikan. “Memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi pendidikan di bawah KPM dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri,” katanya.
Menurut KPM, semua murid perlu digalakkan mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan. Katanya, murid-murid asrama harus dibekalkan air minuman sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman. “Sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas. “Semua institusi pendidikan bawah KPM dinasihati agar sentiasa mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan,” katanya. Pada masa sama, KPM mengingatkan institusi pendidikan perlu peka dengan perkembangan semasa melalui media mengenai fenomena berjerebu di kawasan atau daerah masing-masing. Ini termasuk mematuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia serta Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan para murid atau pelajar dan warga institusi pendidikan. Sumber: UTUSAN |
annehuda replied at 28-4-2023 04:23 PM
kt barat pun ada hari snowday. kalau terlalu lebat salji mmg sekolah tutup. harap malaysia leh follo ...
annehuda replied at 28-4-2023 04:23 PM
kt barat pun ada hari snowday. kalau terlalu lebat salji mmg sekolah tutup. harap malaysia leh follo ...
HannaJo replied at 28-4-2023 05:27 PM
Saya setuju dengan artikel ini. Cuaca panas dan berjerebu boleh menjejaskan kesihatan dan pembelajar ...
ADVERTISEMENT