CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sufian Suhaimi Sedondon Dengan Kekasih Di Majlis Aiman Tino - Saya Panggil Dia 'Sayang'

28-4-2023 01:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6754| Komen: 60

Sufian Suhaimi mencuri tumpuan apabila tampil sedondon dengan seorang gadis ketika menghadiri majlis pernikahan sahabatnya, penyanyi Aiman Tino yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.

Mengakui hatinya sudah dimiliki seorang gadis yang dikenalinya sejak tahun lalu, penyanyi berusia 31 tahun itu bagaimanapun enggan terlalu mendedahkan identiti wanita berusia 23 tahun itu kerana bimbang menjadi perhatian ramai dan membuatkan kekasihnya itu berasa tidak selesa.


mStar

"Betul, itulah teman wanita saya. Bukan hendak berahsia, tetapi saya tidak mahu terlalu berkongsi. Kalau keluar bersama, kami buat seperti biasa dan tidak pula menyorokkan hubungan kami.

"Dia masih menuntut di sebuah universiti dan hampir menamatkan pengajian... saya panggil dia 'sayang'.

"Saya menghormati kehidupannya dan begitu juga dia. Mungkin dia tidak selesa kalau ramai mengenalinya dan menjadi tumpuan ramai," katanya kepada mStar.


Sementara itu, penyanyi lagu Di Matamu ini berharap hubungan tersebut akan berakhir dengan ikatan perkahwinan, namun masih belum ada sebarang perancangan ke arah itu.

"Saya memang tiada sasaran bila akan berkahwin. Namun, saya sudah bersedia ke arah itu.

"Mestilah kami ada bercakap soal hala tuju hubungan ini sebab kami tidak mahu membuang masa. Kalau dah kenal dan bercinta pasti nak kahwin.

"Tetapi kami tidak ada sebarang perancangan setakat ini atau menghitung hari," ujarnya.


IG

Menurutnya lagi, keluarga kedua-dua belah pihak juga sudah mengetahui tentang hubungan mereka namun belum bertemu antara satu sama lain.

Untuk rekod, Sufian pernah bertunang dengan aktres Elfira Loy pada 2017 namun ikatan itu terlerai empat bulan kemudian.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 28-4-2023 02:29 PM
haritu tertengok dkt tiktok. comel gf sheols.
Quote seripahzeripah 28-4-2023 02:56 PM
BoongaKertas: haritu tertengok dkt tiktok. c ...


Apak eh ada restaurant dkt istanbul and md malakat mall..adik beradik she semua cecomel..beauty with brain gittew
Quote brunesss 28-4-2023 02:59 PM
cantiknya gf babypian.. kenapa aku tengok muka babypian ni mcm iras2 piyu beberd sekarang ni eh. tengah trending ke muka2 macam tu
Quote Lavender_Violet 28-4-2023 03:10 PM
seripahzeripah replied at 28-4-2023 02:56 PM
Apak eh ada restaurant dkt istanbul and md malakat mall..adik beradik she semua cecomel..beauty wi ...

Tu dia....baru sekufu dgn babypian yg ada degree or Master?
Tak macam fmly Kening yg materialistik wpun anak hanya lepasan SPM sajork
Jauh bertiang cantik gf heols ni dari si Pira Kening
Baideway Pian...pi tanya siap2 bakal mertua tu surah apa yg theyols nak chuols hafal sebeum nikah nanti
Quote anakkerengga 28-4-2023 03:11 PM
Lagi lawa gf dia dr elfira
Quote anilanil 28-4-2023 03:14 PM
Lavender_Violet replied at 28-4-2023 03:10 PM
Tu dia....baru sekufu dgn babypian yg ada degree or Master?
Tak macam fmly Kening yg materialistik ...

Kening bulu tu bukan ke ada diploma from KDU?
Quote Hoola 28-4-2023 03:24 PM
very very shesuai...achik dan para netijem sgt bersetuju dgn pilihan babaypian
Quote GegarVaganja 28-4-2023 03:24 PM
kalau betul beauty with brain sesuai la.
Baby pian ada master kan. Kalau dengan El dulu, xkan hari2 nak borak pasal bulu siapa lagi banyak je. letih ah.

Quote Lavender_Violet 28-4-2023 03:27 PM
anilanil replied at 28-4-2023 03:14 PM
Kening bulu tu bukan ke ada diploma from KDU?

Oo ye ke? Macam tak pernah kedengaran pulak sheols grad ke hapa
Tapi knp perangai masa bercinta dgn Pian seolahnya mcm budak lepasan SPM sajork
Quote cicicumel 28-4-2023 03:30 PM
"Harap sangat gf dia pakai tudung tutup aurat. Bini aiman tino x pakai tudung" - bisik hati acik2 Facebook.
Quote TabletSusu 28-4-2023 03:35 PM
umo baru 31, simpan jambang janggut bagai terus nampak tua
Quote seripahzeripah 28-4-2023 03:35 PM
Lavender_Violet replied at 28-4-2023 03:10 PM
Tu dia....baru sekufu dgn babypian yg ada degree or Master?
Tak macam fmly Kening yg materialistik ...

She degree law uia..

Makshe doctor sunway hospital..kakak she pun study medic dkt russia..adik beradik cantik² semuanya.. Screenshot_20230428-153253_Instagram.jpg
Quote prince_marhaen 28-4-2023 03:35 PM
sian cikki cikki berhijab yang beli bantal babypian siap ada taranum, ada mengaji ada zikir suara si pian ni dengan harapan cikki berlitup litup jadi pilihan si pian...hujung-hujung hot girls with brain ye pilihan si pian... ekekekekekeke :p :p :p
Quote Lavender_Violet 28-4-2023 03:41 PM
seripahzeripah replied at 28-4-2023 03:35 PM
She degree law uia..

Makshe doctor sunway hospital..kakak she pun study medic dkt russia..adik be ...

Ouchhh...boleh tahan cekci jugak eh gf Pian ni
Pian bukan ala2 Islamik ke
Quote bluebellvine 28-4-2023 03:47 PM
amboiii bergambar semua melentik jer badan. lawa ada iras muka intan najuwa
Quote dudaberhias 28-4-2023 03:49 PM
prince_marhaen replied at 28-4-2023 03:35 PM
sian cikki cikki berhijab yang beli bantal babypian siap ada taranum, ada mengaji ada zikir suara si ...

hahaha choiii... hujung2 yang free hair jua taste heolsss gittewww...

kesian cikki2 dan memakcik yang dok beli bantal heols dengan harapan anak2 bakal pandai berzikir... hujung2 bantal tu hanya di simpan dalam kotak yang paling bawah sekali dan dah berkulat tak di sentuh2 atau main lagi dah mengalahkan batal busuk buruknya... anak2 plak hanya reti berzikir baby shark doo doo doo doooo dan kekonon speaking english walaupun bila tengok rhoper sah2 terbayang candi yindu lembah bujang yang dah roboh tu....

iols termasuk salah sorang la tu yang beli untuk anak buah... sampai ke harini dah tak nampak ke mana bantal tu... entah2 dah selamat di kambuih belakang rumah...



Quote imanjannah 28-4-2023 03:52 PM
Edited by imanjannah at 28-4-2023 03:53 PM

cepat pian.. jgn tunggu lama2
Quote prince_marhaen 28-4-2023 03:52 PM
dudaberhias replied at 28-4-2023 03:49 PM
hahaha choiii... hujung2 yang free hair jua taste heolsss gittewww...

kesian cikki2 dan memakcik  ...

hahahahahahaha adik iols ada belikan anak dia.. iols rengsek ye suara meleweh suara kemek meratap si pian tu.. hujung2 mak iols termasuk washing machine jahanam ye suara itik terus keluar... iols korek buang speaker dalam tu... hahahhahahahahahaha


Quote kessah 28-4-2023 04:01 PM
dudaberhias replied at 28-4-2023 03:49 PM
hahaha choiii... hujung2 yang free hair jua taste heolsss gittewww...

kesian cikki2 dan memakcik  ...

Klas taste baby piannnn

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.087748 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top