CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Majlis Nikah Hampir Huru-hara Sebab Mulut Orang, Aiman Tino Nak Cepat Dapat Anak

28-4-2023 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3015| Komen: 29

Berdepan pelbagai dugaan ‘darah manis’ sebelum sah bergelar suami kepada Che Syarah Haifa Che Isa, 24, pada Khamis, Aiman Tino mendedahkan perancangan majlis pernikahan hampir menjadi huru-hara disebabkan mulut sesetengah pihak bercakap perkara tidak benar sehingga menimbulkan salah faham antara keluarga.


“Selepas ibu bapa kami berjumpa semuanya berjalan dengan baik, namun dalam tempoh melakukan persiapan kami juga tidak terlepas dengan banyak dugaan.


IG/mStar

“Disebabkan mulut orang mulalah membuatkan apa yang yang dirancang jadi kucar-kacir. Ia menimbulkan salah faham dalam kalangan keluarga hanya disebabkan perkara kecil sahaja.

“Bagaimanapun saya anggap itu seperti bisikan syaitan yang mahu menguji hati ini. Saya percaya dia adalah jodoh terbaik dan sering kali buat solat istikarah untuk tetapkan hati ini,” katanya kepada mStar.

Aiman atau Muhammad Aiman Yusri, 25, dan Syarah disatukan sebagai pasangan suami isteri dalam satu majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Khamis dan pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi pada 6 Mei.


Bercakap soal perancangan dalam hidup berumah tangga, kata Aiman isterinya itu akan sentiasa menjadi peneman jika ke mana sahaja dia pergi termasuk untuk urusan kerja.

Bahkan mereka juga sedia untuk lebih terbuka berkongsi kandungan media sosial bersama tentang kehidupan baharu.

“Apabila sudah duduk serumah, bolehlah kami buat content bersama. Itu juga salah satu cara untuk jana pendapatan.

“Saya tidak akan sorok isteri. Ibunya pun sudah berpesan agar sentiasa membawa membawa dia bersama ke mana sahaja saya pergi. Saya pun lebih senang jika dia ikut bersama.

“Sebelum ini Syarah pernah bekerja dengan produksi, jadi dia sudah biasa dengan dunia hiburan. Tidaklah kekok untuk mengetahui selok-belok dunia artis,” ujarnya.



Sementara itu bagi Syarah pula dia cukup memahami tugas suaminya itu dan sedar bahawa Aiman akan sentiasa dikelilingi ramai peminat.

“Sejak awal kenal pun saya tak pandang status dia sebagai artis atau popularitinya. Dia tahu batas bersama peminat dan saya pun tidak kisah untuk mereka rapat selagi tidak berlebihan.

“Apa yang penting adalah kepercayaan antara satu sama lain,” jelasnya.

Pasangan ini merancang untuk berbulan madu ke luar negara namun enggan berkongsi destinasi pilihan mereka.

Ditanya soal memiliki cahaya mata, mereka berharap akan segera dikurniakan anak, namun tidak mahu terlalu memikirkan hal tersebut.



“Sebelum kahwin lagi ibu bapa kami sudah bercakap soal anak. Kami serahkan semua itu pada rezeki.

“Namun saya ingat pesan ibu bahawa sebagai pasangan berkahwin kenalah usaha sekurang-kurangnya dapatkan seorang dahulu sebelum rancang lebih mendapatkan lebih ramai anak,” kongsi Aiman.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 28-4-2023 10:59 AM
tanda2 cursed wedding gitteww...

semoga berbahagia hingga ke jannah...
selamat melambung sampai ke syiling sambil merasa cik nek tebal tapi kontot...

Quote hzln 28-4-2023 11:10 AM
Dak eman yg umur 25 pun dah cukup duit nak kawin, pokcik jeri yg umur 50 tak cukup2 lagi ke?
Quote babelina 28-4-2023 11:14 AM
hzln: Dak eman yg umur 25 pun dah cukup duit nak kawin, pokcik jeri yg umur 50 tak cukup2 lagi ke?


knnnn.. xde citer pakcik jeri.. dh dekat tgh thn 2023 dh nie.. senyap la pula..
utk Aiman.. selamat pengantin baru..

Quote brunesss 28-4-2023 11:25 AM
congrets aiman dan wifey, semoga bebahagia selalu. hopefully kopel ni boleh stay true to themself dan bukan hidup untuk di hambakan peminat. macam si hapis tu wifey dah tak pakai tudong, dulu gigih dia berdrama pasal mv dia dengan model pasal aurat. sekarang habis kena bash tahap hipokritnya. tapi tu lah just be yourself, peminat2 setia ko confirm boleh terima punya. as long as bukan penunggang atau penyondol weols on jer
Quote imanjannah 28-4-2023 11:36 AM
alhamdulillah.. tahniah dek Eman
Quote nuralisa 28-4-2023 11:51 AM
Location kat mana tu?? cantikla
Quote Kurex 28-4-2023 11:53 AM
Tahniah.. bertuah bini dpt rasa ciknek eman yg  dah jadi sisa2 ponen2
Quote tikusmontok 28-4-2023 12:22 PM
Selamat nikah dgn sekali nafas????
Quote gideoncross 28-4-2023 01:09 PM
Untunglh dpt khwin cpat.
Quote asfaz 28-4-2023 02:56 PM
brunesss replied at 28-4-2023 11:25 AM
congrets aiman dan wifey, semoga bebahagia selalu. hopefully kopel ni boleh stay true to themself da ...

Dulu
Fans  qiqiem - alhamdulillah haqiem jaga aurat peminat

Sekarang - tak payah sibuk urusan haqiem Dan isteri,taula dia
Dasarrrr...

Utk Dik Aiman Selamat Pengantin Baru
Quote Lavender_Violet 28-4-2023 03:01 PM
nuralisa replied at 28-4-2023 11:51 AM
Location kat mana tu?? cantikla

Dekat Bamboo Hills..
Dekat2 Kepong sana chuols
Quote Lavender_Violet 28-4-2023 03:01 PM
Hmm....dak eman ni masih ada peminat ke?
Macam dah lama tak ada produk baru
Quote slyfynx 28-4-2023 03:17 PM
Jadahnye nikah dengan sekali nafas?
Abis nafas tu kene cerai ke hape?
Quote kessah 28-4-2023 04:05 PM
family bini dia ni ada kdai runcit kat area flat bangsar... dari zman aku kecik. skang tau tau la ada lagi ke tak ..
Quote edayildiz 28-4-2023 04:18 PM
la dia 25..ingt 19 thn
Quote uzhumaki 28-4-2023 04:26 PM
sekali nafas
Quote Olumis 28-4-2023 05:47 PM
Untuk bini aiman, betul la pesan ibu awak tu dik. Anak pertama tak payah rancang. Rancang2, nanti tak lekat pula bila betul2 dah ready.
Quote PULANGKAN 28-4-2023 10:13 PM
kawan aku, setahun lepas kahwin, diorang tak plan nak ada anak

merata diorang berjalan, honeymoon la bagai. berseronok laki bini berdua

cukup setahun ja, bini dia terus mengandung. pandai diorang planning
Quote nw111 28-4-2023 11:32 PM
Ramai retis bbnu kawin muda skrg... harap2 kekal till jannah

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.043172 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top