Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita atas pemergian penyanyi kumpulan XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael. Menerusi catatannya di Twitter, Anwar berkata, kematian Mael akan meninggalkan dampak mendalam terhadap industri muzik rock tempatan memandangkan Allahyarham antara nama besar dalam lapangan seni tanah air.
Berita kematian Mael, 55, turut dikongsi oleh pengurusnya yang dikenali sebagai Bro Yazid di laman Facebook beliau. "Innalillahiwainnailaihirojiun, al-Fatihah, penyanyi XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar, 9 malam tadi," katanya.
XPDC adalah kumpulan rock popular ketika era 1980 hingga 1990-an dan sering mengadakan konsert di tapak pesta di seluruh negara sehingga diberi jolokan sebagai "Raja Funfair". Sumber: Harian Metro
|
habisnamadahni replied at 28-4-2023 01:21 PM
iols suka suara dia lagi dari mael
Lavender_Violet replied at 28-4-2023 03:44 PM
Dampak eh??
Perkataan baru...
Iols tau impak sajork
Nanadjo replied at 28-4-2023 05:35 PM
Iols tunggu tered toktan acah savage sekolahkan pembaca berita awatni pasal mael meninggal. Yihhh so ...
Nanadjo replied at 28-4-2023 05:35 PM
Iols tunggu tered toktan acah savage sekolahkan pembaca berita awatni pasal mael meninggal. Yihhh so ...
ADVERTISEMENT