CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shila Amzah Dah Terlalu Banyak Kecewa Dalam Hidup

28-4-2023 08:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3248| Komen: 26

Shila Amzah, dilihat kurang aktif di media sosial sampai  menimbulkan tanda tanya ramai.

Ia seolah-olah memberi bayangan kemungkinan penyanyi itu mahu memperlahankan aktiviti seni atau tindakan yang didorong oleh kemelut rumah tangga membabitkan ibu bapanya, Datin Fauziah Sarman dan Datin ND Lala.


Shila atau Nurshahila Amir Amzah berkata, bagi menghadapi dugaan seperti itu dalam keluarga semua terletak pada diri sendiri.

Foto: IG

"Tak kira berapa banyak sokongan yang diterima. Disebabkan perkara ini pernah berlaku kepada diri sendiri, apa yang saya boleh katakan kekuatan itu perlu datang daripada diri sendiri.

"Diri sendiri perlu bersedia menerimanya. Kita boleh usaha dan ikhtiar mencari kebahagiaan kita, tapi tiada siapa yang dijanjikan kesempurnaan dan keabadian dalam dunia.

"Saya reda dan berdamai dengan apa jua keadaan. Berdamai dengan takdir. Sebagai anak sulung sudah tentu sangat kecewa dengan apa yang berlaku.


"Tapi, dalam masa sama, saya tidak akan menyalahkan mana-mana pihak. Ini kerana apabila ia berkaitan dengan perhubungan, maka akan ada dua jalan tengah sama ada untuk berdamai atau sebaliknya. Pilihan di tangan masing-masing," katanya.



Shila berkata, setiap keputusan dalam dunia ini datang dengan akibat yang turut membabitkan masa mendatang.

"Kita kena menjalani kesan dari apa yang kita putuskan, kena terima dengan hati terbuka. Kerana itu pilihan kita. Sebagai anak sulung sejujurnya saya dah tiada apa-apa rasa.

"Saya dah lali sebab anak sulung adalah anak yang nampak semua benda secara keseluruhan. Jadi, kalau nak cakap terlalu kecewa, saya dah lalui kekecewaan saya dah lama.



"Cuma yang lain-lain baru merasai. Saya dah rasa lama. Jodoh, ajal, maut semuanya bukan abadi. Yang saya minta, doakan kesihatan keluarga saya terutama emak.

"Saya sendiri perlukan doa sebagai tonggak untuk mencari rezeki buat keluarga. Itu saja yang saya rasa boleh menambah baik keadaan," katanya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan pemuda bernama Ubai, Shila berkata, ia berjalan dengan baik.



Namun, Shila kecewa dengan warganet yang bersifat sinis mengandaikan dia tidak mempedulikan isu bapanya kerana sedang melalui fasa bahagia.

"Tiada anak yang gila untuk tak berasa kesedihan, tapi dalam masa sama saya ambil inisiatif untuk tidak kata apa-apa di media sosial kerana saya rasa tak layak untuk ulas hal ini.



"Ia tak mampu ubah keadaan. Apa juga yang berlaku dalam kalangan ibu bapa, anak-anak yang terkesan. Jangan letakkan tanggungjawab pada anak untuk menyatukan ibu bapa.

"Sebab kalau nakhodanya ibu bapa macam mana anak-anak kapal nak satukan. Kalau mereka tak nak, memang tak nak. Jadi, sebagai anak-anak kita perlu jaga mental sendiri juga supaya jatuh bangun mereka bila sampai masanya memerlukan kita, kita cukup bersedia untuk menyokong mereka," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote brunesss 28-4-2023 09:18 AM
tu lah kau dari dulu lagi buat decision ikut hati, kan sendiri yang kecewa. cuba kau buat benda tu pakai common sense, confirm boleh mitigate kekecewaan tu.
Quote harisbee 28-4-2023 09:27 AM
Kesian shila...dpd kecik cari rezeki untuk keluarga..kurang social life...org mcm ni mmg senang terjerat dgn cinta...semoga she tabah
Quote likilu 28-4-2023 09:29 AM
Habis tu orang lain hidup smooth sailing ke? Ko pun banyak sangat kelebihan dalam hidup ni, dapat benda benda yg orang lain tak mampu capai pun.

Tapi ko pilih untuk meratap sayu sambil bercinta monyet cam daddy ko.

Konon rebel terlepas dari management family tapi kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik. Dua dua kemaruk bercinta. Anak kat rumah terabai sebab ubai. Ronda ronda dengan boifren boleh, antar anak sekolah tak boleh
Quote prince_marhaen 28-4-2023 09:50 AM
terpaling teraniaya....tapi bijik tetap gatal..ke hulu ke hilir usung si kepam tu.... esok anak boleh share gigi besi tu ngan si kepam tu..
Quote Hoola 28-4-2023 10:01 AM
tahu pum
jth bgn kita sndiri
share dgn yg rapat dh la
xsemua ntjem harus tahu
bcinta.ptscinta.kawin.bcerai.ada bfren baru.bapaskndalkwinbaru.bapaxbalikraya
Quote babelina 28-4-2023 10:02 AM
klau baca ayt2 dia tu.. mcm good2 jer dia.. meluat pn ada.. terbayang memek muka n cara dia ckp masa kt GV dulu..
Quote dudaberhias 28-4-2023 10:05 AM
kesian xila... dari kecik kena kontrol dek tua gayut... hujung2 tua gayut misai kontot tu tak kenang pun budi kau... elok lah hidup sendiri pula lepasni...

job2 sheols kat china dulu berkepuk2 tu pun entah ke mana duit2 tu...
banyak dok menanggung misai kontot tua gayut tu la kot...

now kesian xila hanya mampu taja shibai tu jah... orang lain mampu taja hanak hikan yang lagi herlok macam si joyah repah... engko dapat hamba dari yindu majapahit jah...

Quote skinsandstars 28-4-2023 11:31 AM
kesian kisah hidup dia ni sebenarnya. tapi tulah, bila semua terpaling dia nak, orang pun menyampah dan tak kesian dah.
Quote ashilalat 28-4-2023 01:10 PM
Halah halah shilalat ni..kaulah terpaling terainaya. Ulang² cerita sama je. Menyampah la nak baca ulang2.
Quote Innrukia 28-4-2023 01:14 PM
acik forum kena pi jumpa psychiatrist ni. Byk sgt benci dalam hati & penuh dgn negative vibe.
Quote helicornia 28-4-2023 01:27 PM
Semua org ada masalah hidup sendiri.tp tk heboh pun. terpaling struggle la ko shila.serba serbi terpaling
Quote matbad 28-4-2023 01:34 PM
Tgk dia ni masa divorced haritu ingat nak dapat laki yg kja tetap. Mcm doc, ke apa2 ke. Tgk2 alahai mcm cinta monyet ja. Doa bahagia ja lah
Quote cmf_premierleag 28-4-2023 01:39 PM
Dulu sblm covid kan dia mendunia di china
Patutnya teruskan je sbb di sana bleh buat duit...tinggalkan je apa yg dh berlaku kt msia ni
Penah tgk fan base dia ms dia nyanyi kt sana dulu..mmg sume support dia
Kalo dah x nak nyanyi lg pun, bleh je ko cari je keje kt sana since ko pun pandai mandarin kan
Duk kat sini dengan org2 yg sakitkan hati ko pun x guna gak
Quote cmf_premierleag 28-4-2023 01:40 PM
Dah smpi masanya shila kene pilih haluan sendiri
Ko pandai bhs mandarin kan...gunakan kelebihan tu
Tinggalkan semua yg toxic
Quote doubleA 28-4-2023 01:43 PM
Sebab tu dia rebel bercinta bbnu, cuba revert dari realiti dan cara dia lupakan masalah dia dgn berkepit berembun dgn jantan. No jantan no life gamaknya, dan indirectly gak ckp dia la tanggung keluarga, so notelo paklalat. Nak tinggal bini pun tinggal la duit sekali ni ko harap anak ko plak jadi ketua keluarga, banyak sgt excessive baggage yg jantan2 adik silalat tu tak guna juga ke
Quote kotakominami 28-4-2023 02:33 PM
Harapnye adik2 laki dia ade lah function....kesian gak kt shila mcm jadi cash cow....bapak pulak dari muda dgn skim cepat kaya sampai berhutang bagai....sebab tu kot family diorang ni byk vibe negatif.....aku rase kalau parent tak letak financial burden pada anak mesti anak tu besar hepi go lucky je mcm si leona tuh...
Quote Sesuatu… 29-4-2023 12:57 AM
Sampai hati TT kau datinkan apak xila ni. Penat dia bela misai setompok
Quote Rogue98 29-4-2023 01:16 AM
cepat sangat dia ni nak kahwin lagi...cerai baru tahun lepas dah sebok beli cincin.
apa2 pun kena turun berat badan tu....dah mcm mak dgn anak dah dgn ubai tu.
Quote Lampuled 29-4-2023 01:18 AM
Kesian shila ni drp kecil mak bapak dah grooming utk kerja cari duit. Berduit tp jiwa kosong. Dia mcm jd financial tools utk family.. mgkin ni kesan anak2 yg exposed dgn public too early. Dah dewasa baru berani nk rebel.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.073440 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top