CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nora Danish Tak Tetapkan Had Umur Untuk Berhenti Berlakon, Banyak Terlepas Masa Dengan Anak Sebab Terlalu Sibuk

28-4-2023 08:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 836| Komen: 5

Foto: IG


Nora Danish kembali lagi dalam Polis Evo 3, sekali gus mengembalikan kenangan Anis.

"Alhamdulillah saya diberi peluang sekali lagi terbabit dalam filem Polis Evo ini. Dari filem Polis Evo 1 lagi, memang saya dah jatuh hati dengan watak dan filem ini. Tambahan pula, saya sukakan filem aksi. Jadi, saya rasa sangat bertuah.


"Dalam Polis Evo 2, saya tak terbabit, tapi saya tetap berikan sokongan dengan menonton di pawagam.

"Apabila dapat tawaran untuk turut serta dalam Polis Evo 3, saya tak berfikir panjang untuk terima, memang saya sendiri menanti-nantikannya," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai kematangan Anis dalam Polis Evo 3, Nora berkongsi mengenai elemen percintaan yang dikembangkan.


"Apa yang boleh saya katakan, Polis Evo 3 ini umpama mengembalikan detik-detik kemunculan watak Anis di kampung dan kembalikan juga elemen kekeluargaan.

"Untuk perjalanan watak Anis, dia masih perlu melalui peristiwa diculik dan sebagainya.

"Bezanya watak Anis lebih matang berbanding sebelum ini dan kita akan dapat lihat kisah percintaan antara Anis dengan Inspektor Khai lebih mendalam.



"Saya sebenarnya mengharapkan supaya ada babak aksi membabitkan watak Anis, namun masih tak ada," katanya.

Berkongsi mengenai pengalaman berlakon di bawah arahan pengarah, Syafiq Yusof dan cabaran Nora berkata, loghat Terengganu benar-benar mencabar kemampuannya.

"Ini adalah kali pertama saya bekerja di bawah arahan Syafiq. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Arahan yang diberikan Syafiq mudah difahami dan jelas. Apa yang boleh saya katakan, proses penggambaran ini berjalan dengan menyeronokkan.

"Cabarannya adalah untuk bertutur dalam loghat Terengganu. Tapi, semuanya dipermudahkan dengan adanya bantuan tenaga pengajar yang mengajar saya," katanya.



Bercakap mengenai usianya dalam meniti karier sebagai pelakon, Nora tidak pernah meletakkan sebarang had, sebaliknya ingin menjadi inspirasi buat generasi baharu.

"Kalau bercakap mengenai had umur, saya tak terlalu melihatnya sebagai satu had.

"Nasha Aziz pun tak tahu bahawa filem pertamanya, Kad Cinta yang membuatkan seorang Nora Danish terinspirasi untuk menjadi pelakon.

"Jadi, dalam usia saya sekarang, saya ingin menjadi inspirasi kepada generasi muda di luar sana untuk mengembangkan bakat mereka," katanya yang menyambut Aidilfitri secara sederhana dan diraikan di Kuala Lumpur sahaja.



Menurutnya, lebih penting adalah untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan anak-anak.

"Apa yang paling penting untuk perayaan ini adalah saya ingin habiskan masa bersama anak-anak. Rasa sangat rugi bila tak dapat luangkan masa bersama mereka.

"Dulu ketika Rayqal membesar, saya aktif berlakon. Jadi, banyak yang saya terlepas. Jadi, saya belajar dari pengalaman dan tidak mahu mengulangi kesilapan sama.



"Sekarang Rayqal pun dah 14 tahun dan saya akan pastikan ada masa berkualiti saya bersamanya dan anak-anak lain.

"Kepada mereka yang ada anak-anak kecil, luangkan masa berkualiti bersama mereka dan hargai detik-detik itu," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fizamn 28-4-2023 08:20 AM
mmg ND nie pandai bawa diri. tu aje boleh puji.. nampak setaraf walaupun dia pendek... hehehehehehehe
Quote melinda_kerr 28-4-2023 08:46 AM
semangat betul si dre ni. hopefully tk sampai besar bam bam nya. muka dah handsome.  neney mcm biasa comel dan sweet gile smile die.
Quote stingergrumpy 28-4-2023 09:32 AM
Retis dambaan OSHIN HONEY.......sebab pandai mengaji....
Quote dudaberhias 28-4-2023 10:25 AM
kene la teruskan keje selagi job masih ada walaupun dah kerepot... nak harapkan laki pembunuh sheols entah ada keje ke tidak... silap2 kes di buka balik terus masuk ke dalam... sape nak tanggung...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.056032 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top