CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Main Sampul Raya, Fendy Bakry Bagi Isteri Kad Bank Terus

28-4-2023 07:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1356| Komen: 10

Satu video memaparkan Fendy Bakry bersama isteri sedang bermaaf-maafan di pagi Hari Raya.

Apa yang menarik perhatian apabila Fendy dilihat membuka dompetnya lalu menghulurkan kad ATM bank kepada isteri sebagai ganti kepada sampul duit raya.



Foto: IG

Di ruangan komen rata-rata warganet terhibur dengan gelagat pasangan itu.

Antara komen, "Wow kad bank terus! Untunglah! Sesetengah orang sampul raya pun belum tentu dapat."



"Wah! Dapat kad bank, nombor pin jangan lupa bagi tau."

"Untunglah isteri. Ini duit raya paling tiptop!"


"Yang single dan yang baru tahu Fendy dah kahwin, dah boleh pilih planet lain ya."

Sekadar info, pelakon berasal dari Perlis ini mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihanya yang dikenali sebagai Ayu pada 30 Ogos 2020 setelah berkawan selama tiga tahun. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 28-4-2023 08:25 AM
dia ni hitam manis….
sapa sangka set set hero remaja
Quote brunesss 28-4-2023 09:10 AM
kalau dia ni tak kawin awal memang meletop letops jadi eye candy masyarakat dan umah seluruh wilayah
Quote aammyy 28-4-2023 09:12 AM
brunesss replied at 28-4-2023 09:10 AM
kalau dia ni tak kawin awal memang meletop letops jadi eye candy masyarakat dan umah seluruh wilayah

Job susah nak lekat kan dia sakit kena buatan kalau tak silap.
Quote prince_marhaen 28-4-2023 09:47 AM
terpaling meratap masa PKP/MCO..... lepas tu flex...lepas tu kata sakit... pastu ada duit flex lagi...
Quote dudaberhias 28-4-2023 10:07 AM
ni ke yang claim kena santau bagai tu???

elok la bagi terus kad atm kat bini... bila bini perabih semua simpanan jangan ada sesi hempuk menghempuk dan smackdown dekat bank macam si awie...

Quote isseliparjepun 28-4-2023 10:10 AM
He in real life tak berapa tinggi. I tengok dalam cerita kat tv nampak macam tinggi. Sebab heroin dia tu rendah dari dia. But he nampak sopan, jalan tertunduk tunduk. Malu kot I tertoleh tengok dia dua kali.
Quote hotmak 28-4-2023 10:17 AM
tu pun nak wow ke, kot dlm account tu takde duit, done hati hitam
Quote Suchi 28-4-2023 10:28 AM
Iols xde pun adegan2 peluk cium pagi raya ni hahhaah
Ada salam je tp segan eh nk nangis2 ka apa depan laki mcm bideo yg viral bini duk nangis2 tp laki gelak2 tu.
Euwww sgt dahla suara bini tu tak sedap bila nangis, muka pun sebek je bila nangis. Lagi ko nak rakam2 n share seluruh alam.

Sorry aaah iols nak heart to heart ngn laki tak suka dedepan org
Pastu kalau nak bermaafan takyah tunggu raya laaa asal sedar dh buat salah terus je la minta maaf.
Quote slyfynx 28-4-2023 10:47 AM
Mase PKP semua tunjuk miskin supaya dpt bantuan.
TIme tu la semua retis meratab hiba.
Habis PKP, jom riak dengan kekayaan.
Tp bg kad bank dalam ade RM10 x gune jgk.

OK, done hati berkerak
Quote cm_vungtau 28-4-2023 11:07 AM
Ada kad bank tapi ada limit nak pakai. Lepas tu nak transfer, TAC pakai nombor fon laki. Bijak2

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.070963 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top