CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rahsiakan Tarikh Nikah, Lisa Surihani Teringat Terpaksa Curi-Curi Beli Barang Hantaran Di Istanbul

28-4-2023 07:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5155| Komen: 44

Datin Lisa Surihani mengakui pernah membeli barang hantaran secara rahsia.

Katanya ia dilakukan ketika menjalani penggambaran filem Istanbul Aku Datang di bandaraya terbesar di Turkiye itu sekitar Oktober 2011.


Katanya, dia terpaksa beli curi-curi supaya tiada pihak dapat menghidu tarikh pernikahannya dengan suami, Datuk Yusry Abdul Halim yang berlangsung empat bulan selepas itu.

Foto: IG

“Saya bersama rombongan produksi berada di Istanbul dalam tempoh 20 hari. Apabila ada masa senggang saya keluar cari beberapa barang hantaran untuk Yusry seperti sejadah serta manisan.

“Waktu itu ramai tahu kami bercinta sebab saya dan Yusry tak berahsia, cuma bab nikah kami perlu ikut nasihat keluarga, hebahkan apabila sudah tiba masa yang tepat.

“Jadi dalam sibuk memenuhi tugasan penggambaran di bawah arahan Bernard Chauly dengan Beto Kusyairi dan Tomok, saya pun ambil peluang cari barang ketika hari cuti.




“Lucu ingat semula momen lalu. Dalam diam sudah 12 tahun kami ke sana. Banyak kenangan sepanjang hampir sebulan berkampung di kota serba indah itu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata demikian mengulas mengenai iklan bersama Beto merangkap teman gandingan dalam naskhah tersebut yang mengingatkan khalayak terhadap Istanbul Aku Datang.

Iklan yang tular itu turut membuatkan netizen meminta pihak penerbit menghasilkan kembali filem yang pernah menjadi fenomena ketika ditayangkan pada November 2012.



Tambah aktres berusia 37 tahun itu, dia turut memasang impian untuk kembali ke kota metropolis kaya dengan sejarah itu bersama suami tercinta.

“Sebenarnya itulah kali pertama saya jejakkan kaki ke Istanbul dan andai ada rezeki saya ingin kembali ke sana buat kali kedua bersama Yusry serta anak-anak,” katanya.

Sementara itu, menyentuh mengenai iklan produk bersama Beto yang tular tersebut, Lisa yang ketika itu bersama Halim berada di Madinah berasa terkejut apabila dimaklumkan ramai.



Dia juga bersetuju apabila khalayak menyatakan iklan berkenaan umpama Istanbul Aku Datang versi 2.0, kerana sarat elemen seperti filem tersebut.

“Saya tak sangka boleh viral. Waktu itu saya masih di Madinah dan terkejut sekejap. Alhamdulillah tak sangka filem yang saya anggap klasik ini punya penggemar tegar hingga ke hari ini.



“Sebenarnya itu idea pihak pemilik jenama itu sendiri. Mula-mula tengok skrip macam seakan-akan ada elemen filem Istanbul Aku Datang, sekaligus bawa kembali memori manis,” katanya yang turut menjadi peminat kopi ketika di Istanbul.

Terdahulu, Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 28-4-2023 08:50 AM
tuan artikel, halim tu pak mentua dia, laki dia nama yushry je
Quote brunesss 28-4-2023 08:52 AM
lisa dan fazura antara artist yg sederhana tapi nampak elegent apabila mengayakan apa saja jenis baju
Quote prince_marhaen 28-4-2023 09:46 AM
mix genetik family yuci ni macam tak menjadi ye.... punya la lawa lisa ni.. mix yuci terus jadi biasa-biasa... huhuhu.. btw lisa ni kira fanatik yuci kan masa remaja... sebab tu excited je citer pasal cinta2 ngan yuci... yuci cam biasa lah acah berat mulut.. berlakon kayu pun boleh laku sebab sparing ngan kak ratu & filem adik beradik..hehe
Quote dudaberhias 28-4-2023 10:38 AM
prince_marhaen replied at 28-4-2023 09:46 AM
mix genetik family yuci ni macam tak menjadi ye.... punya la lawa lisa ni.. mix yuci terus jadi bias ...

no wonderrr ratu kepit chepit sheols ketat2 supaya sperma tak masuk ke dalam sheols gittewww...hanya benarkan masuk hujung2 jah... dalam2 tak nak takut termengandung...

tapi selera plak sheolss dengan si quasimodo hunchback of notre dame parit buntar...



Quote prince_marhaen 28-4-2023 11:14 AM
dudaberhias replied at 28-4-2023 10:38 AM
no wonderrr ratu kepit chepit sheols ketat2 supaya sperma tak masuk ke dalam sheols gittewww...han ...

mungkin ciknek quasimodo hunchback mata lari alligment tu lebih tebal? ehhhh.. dan tak perlu share wig dengan suami sendiri?? (yuci pun suka pakai wig ye dulu2)
hahahaha.. nasib genetik ratu lebih strong...
Quote pokokbunga 28-4-2023 11:23 AM
dudaberhias replied at 28-4-2023 10:38 AM
no wonderrr ratu kepit chepit sheols ketat2 supaya sperma tak masuk ke dalam sheols gittewww...han ...

Di pagi jumaat syawal yg mulia ni, daku terkesima membaca komen sis dude..
Quote Cpkay 28-4-2023 11:54 AM
dudaberhias replied at 28-4-2023 10:38 AM
no wonderrr ratu kepit chepit sheols ketat2 supaya sperma tak masuk ke dalam sheols gittewww...han ...

aiyooo,, sapa pulak notre damme parit buntar tu ?
Quote Labubabibu 28-4-2023 11:55 AM
Lisa ni cantik betul..
Quote LembingDayanti 28-4-2023 12:01 PM
takde cite lain dia ni jaja je cite zaman dulu
Quote tom2 28-4-2023 12:03 PM
prince_marhaen replied at 28-4-2023 11:14 AM
mungkin ciknek quasimodo hunchback mata lari alligment tu lebih tebal? ehhhh.. dan tak perlu share ...

Astagfirullah sis. Ni Hari jumaat rasa berdosa iols tergelakk
Quote Masukkeluar 28-4-2023 12:09 PM
tak pernh rs yusri hensem. dr zmn erra dlu pn xrasa dia hensem sbb jenis kurus kering muka mcm tak mandi
Quote Lavender_Violet 28-4-2023 12:13 PM
prince_marhaen replied at 28-4-2023 09:46 AM
mix genetik family yuci ni macam tak menjadi ye.... punya la lawa lisa ni.. mix yuci terus jadi bias ...

Tu lah....sedih haku nengok waris Lisa + Yuci nih
Walhal Yuci tu ada mix omputeh kot, belah mak dia
Punyalah encem Yuci ni dulu masa remaja...meols crush habis dgn dia
Baideway, bila dia dpt datuk?
Habis ketiga2 adik beradik ni dpt datuk dah ke?
Quote dudaberhias 28-4-2023 12:43 PM
Cpkay replied at 28-4-2023 11:54 AM
aiyooo,, sapa pulak notre damme parit buntar tu ?

agak2 ni iras sape kaka... cuba teka... nanti iols bagi jawapan...





Quote QueenIsolde 28-4-2023 01:03 PM
Terpaksa la sheols bukak cerita purbakala demi secebis attention dan kekal relevan..
Quote cm_vungtau 28-4-2023 01:31 PM
Fanatik fanatik fanatik fanatik... fanatiknya duniakuuuu
Quote sukacactus 28-4-2023 04:14 PM
Eh br 2 ari lps tgk citer ni kat tv umah mak
Channel mana ntah
Tp citer istanbul xpernah la aku tgk dr mula sampai abis
Quote likilu 28-4-2023 04:46 PM
Habistu orang lain buat press conference ke announce beli barang hantaran???
Quote petpot 28-4-2023 05:03 PM
ada la pernah aku kira2 dulu lepas tgk IAD kali ker seratus kot. masa tu baru terpikir nak selidik lepas filem ni dorg dah kenal ker belum. rupanya betul mas tgh bercinta dan nk kawen lg bape bulan. sbb nya aku terpikir dah nak kawen pun lisa rilex berlakon naik tonggeng atas badan beto

nak pulak masa shooting ni mak dia dgn bini beto ikot sekali rasanya. lg pening aku mikir nya
Quote Lampuled 28-4-2023 05:03 PM
Cantik and manis betul lisa ni. Nasib baik bijak pilih suami. Kurang hensem takpe janji stable. Aman2 je hidup besarkan anak2 tak yah nk fikir kena tanggung suami.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.146368 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top