CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pihak Pendakwaan Bantah Rayuan Bung Moktar Dan Zizie Izette

27-4-2023 06:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2058| Komen: 20

Pihak pendakwaan memfailkan bantahan awal terhadap rayuan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad berhubung keputusan mahkamah yang memerintahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah.


Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How ketika dihubungi pemberita berkata, notis bantahan awal itu difailkan di Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lepas.

Berdasarkan notis itu, bantahan awal dibuat atas alasan keputusan Mahkamah Tinggi bukan suatu keputusan yang boleh dirayu mengikut Seksyen 50 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.


Foto: Berita Harian

Pada 9 Disember 2022, Bung Moktar dan isterinya gagal dalam permohonan untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri atas pertuduhan itu selepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan terhadap permohonan tersebut.


Sementara itu, Law berkata, pengurusan kes bagi rayuan Bung Moktar dan isterinya itu ditetapkan pada 22 Mei di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron.

Menurut Law, prosiding bela diri kedua-dua tertuduh sebelum ini ditetapkan pada 15 Jun di Mahkamah Sesyen di sini.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Beliau didakwa menerima rasuah daripada ejen Public Mutual iaitu Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang, 12 Jun 2015.

Beliau juga didakwa menerima wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar, di bawah nama Zizie Izette atas sebab dan di tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 27-4-2023 06:57 PM
Takleh saman ke datin tu sbb buat muka?
Quote Insomniacs 27-4-2023 07:04 PM
Moga keadilan dpt ditegakkan.. kalau mereka bersalah mohon dijatuhkan hukuman yg setimpal..lain mcm kekayaan laki bini nih.. menunjuk2 pulak tu .jika duit tu bukan hak mereka sumbatlah dua2 ketul ni dlm penjara!
Quote bateman190 27-4-2023 07:32 PM
Edited by bateman190 at 1-5-2023 01:28 PM

I found very useful info here.HISD Connect Powerschool

Quote babelina 28-4-2023 09:32 AM
sblm pape baik reno muka badan semua.. klau x reporter ambik gmbr muka x semenggah jer cam acik ros..
Quote cikatilia 28-4-2023 10:04 AM
muka dah mcm poison ivy datin nye
berambut merah menyala
Quote dudaberhias 28-4-2023 10:51 AM
so ikan kering sabah akan ada sesi naik wheel chair ke tak kalini sambil si ziziq catwalk kat depan tak tolak laki langsung...

patutnya sheols tolak lah laki sendiri... especially kat tangga tu... tolak je bagi tergolek... macam ikan buntal atau mak kundur tergolek...

Quote Begbiru 28-4-2023 10:54 AM
jgn lepas ni jd mcm kak mah lak muka
Quote TabletSusu 28-4-2023 04:12 PM
cikatilia replied at 28-4-2023 02:04 AM
muka dah mcm poison ivy datin nye
berambut merah menyala

kat mana nak tgk muka skrg dia..?
Quote cikatilia 28-4-2023 04:59 PM
TabletSusu replied at 28-4-2023 04:12 PM
kat mana nak tgk muka skrg dia..?

ni dia


Quote iolss 28-4-2023 05:55 PM
sepesen je muka bila buat ae.. zahida rafik eina azman pon lebih krg gini je..template sm ke depa guna
Quote newyork 28-4-2023 06:05 PM
Sampai berubah muka zizi dr cantik manis ke kejung sebab duit byk sgt tak tahu nak buat apa dah..
Quote TerataiMelur02 28-4-2023 06:07 PM
iolss replied at 28-4-2023 05:55 PM
sepesen je muka bila buat ae.. zahida rafik eina azman pon lebih krg gini je..template sm ke depa gu ...

Mungkin zizie guna voucher dari salah sorang tu.. dapat la diskaun 30% jadi la
Quote iolss 28-4-2023 06:11 PM
TerataiMelur02 replied at 28-4-2023 06:07 PM
Mungkin zizie guna voucher dari salah sorang tu.. dapat la diskaun 30% jadi la

bahahahhahahaa kekdahnyaaaaaaa
Quote jureencute 28-4-2023 06:37 PM
Kes belum final lagi. Tunggulah habis defence call..pastu merayu la kalau disabitkan. Kecoh la lu.
Quote helicornia 28-4-2023 06:44 PM
Mcm tkde apa2 je dorang ni.dh masuk pembelaan pun rilek2 je pi buat muka segala.iols Kes langgar kucing pun dh seriau
Quote MissYouSayang 28-4-2023 08:04 PM
Muka bitch pelalap duit org miskin yihhh
Quote sharlenetexas 28-4-2023 10:52 PM
cikatilia replied at 28-4-2023 04:59 PM
ni dia

Lama2 jadi mcm cikgu ery.


Quote naina 29-4-2023 12:17 AM
newyork replied at 28-4-2023 06:05 PM
Sampai berubah muka zizi dr cantik manis ke kejung sebab duit byk sgt tak tahu nak buat apa dah..

Duit panas kot sampai sanggup ubah muka. Jadi lawa takpe. Ni sebaliknya..sedih betholl. Muka dulu dah cukup sempurna dah. Kenapalah p ubah. Takda sekelumit rasa bersyukur dan bersalah ke Jiji? Duit2 tu telah menggelapkan hati mu kah jiji
Quote fortiori13 30-4-2023 04:10 PM
Edited by fortiori13 at 30-4-2023 08:12 AM

Lainnya muka dia skrg

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.047144 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top