CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Ada Dulang Hantaran Langsung, Aiman Tino Sah Bergelar Suami Che Syarah

27-4-2023 06:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2799| Komen: 14

Aiman Tino sah bergelar suami kepada Che Syarah Haifa Che Isa dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung di ibu negara pada petang Khamis.

Aiman atau Muhammad Aiman Yusri, 25, dinikahkan oleh Penolong Pendafatar Nikah, Cerai & Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Azri Ahmad kamil Al Hafis berwakil walikan abang Che Syarah iaitu Che Fariz Che Isa.


Pada majlis tersebut Che Syarah, 24, menerima mas kahwin sebanyak RM5,000 berserta seutas gelang emas.


Foto: mStar

Aiman dinikahkan oleh Penolong Pendafatar Nikah, Cerai & Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Azri Ahmad kamil Al Hafis.

Bagaimanapun kedua-dua belah pihak tidak membawa sebarang dulang hantaran sebagai hadiah perkahwinan pada majlis tersebut.

Upacara pernikahan yang diadakan secara tertutup hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.


Sebelum upacara pernikahan diadakan, pasangan tersebut terlebih dahulu melangsungkan pertunangan dalam majlis sama.

Sementara itu, pasangan ini akan diraikan dalam majlis kenduri pada 6 Mei ini di Shah Alam, Selangor.

Aiman dan Che Syarah bertemu pada 2019 selepas diperkenalkan oleh seorang sahabat sebelum menjalankan perniagaan bersama-sama.

Pada 21 Januari lalu, pihak keluarga Aiman menghantar rombongan merisik Che Syarah di Cheras, Kuala Lumpur. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 27-4-2023 06:45 PM
Tahniah... comel
Quote kiwibenz 27-4-2023 06:54 PM
Aiman kini jate
Quote 3chanceno 27-4-2023 06:58 PM
Tahniah pada mempelai  comel isterinya
Quote LadyCarefree 27-4-2023 07:07 PM
jumpa ke pensel ikea nanti?
Quote Suchi 27-4-2023 07:46 PM
Tahniah man tino, cepatnya masa berlalu tau2 dia pun dh kawen
Quote nakkomenjugak 27-4-2023 07:46 PM
pensil 2b akhirnya dimiliki
Quote Belibis 27-4-2023 08:02 PM
nakkomenjugak: pensil 2b akhirnya dimiliki

Mudah2an menjadi permanent marker.
Quote Carcosa 27-4-2023 08:30 PM
Tahniah Aiman Tino dah dpt tino halal
Quote Kancilkering 27-4-2023 08:31 PM
tahniah aiman…comel ore rumah…ni ber che che ni ore kelantam ke
Quote sukacactus 27-4-2023 08:36 PM
Sama2 comel
Quote sleepandream 27-4-2023 09:15 PM
tahniah dikk...
semoga itu semoga ini
Quote AbukRokok 27-4-2023 09:36 PM
lega dah xperlu masak ketupat sampai hangus lagi
Quote wirazam 27-4-2023 11:46 PM
Tebal sgt span tu dok...done speku
Quote fortiori13 30-4-2023 04:01 PM
Tahniah aiman & pasangan...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.046691 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top