CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terpaksa Berkurung Di Hari Raya, Siti Khadijah Halim Stres Tak Dapat Berkumpul Dengan Keluarga

27-4-2023 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1510| Komen: 3

Siti Khadijah Halim terpaksa ‘berkurung’ apabila disahkan positif Covid-19 pada malam hari raya pertama.

Siti, 26, mengalami simptom awal sebelum disahkan dijangkiti virus tersebut selepas bertemu ramai orang di pelbagai majlis beberapa hari menjelang Aidilfitri.


Foto: IG

“Saya disahkan Covid-19 pada malam raya pertama dan sebelum ini memang sudah lama rasa simptom tekak tidak selesa, mungkin kerana berjumpa ramai orang pada bulan puasa.

“Sepanjang hari raya kedua pula, badan saya memang terasa sangat lemau sehingga mampu berbaring sahaja.

“Selepas hari berikutnya, tenaga mula kuat dan saya bangun. Nak tak nak saya harus makan untuk cepat sihat,” katanya kepada Kosmo! Online.



Tambahnya, setiap tahun tradisi keluarga adalah untuk berkumpul beramai-ramai menyambut hari lebaran tetapi disebabkan tidak sihat, dia gagahkan jua untuk menghabiskan masa bersama.

“Stres juga apabila dapat tahu terkena Covid-19 kerana memang tradisi keluarga untuk berkumpul sehari sebelum 1 Syawal dan pada hari raya.

“Meskipun saya sudah mula sakit, saya tetap hadirkan diri juga untuk memeriahkan suasana di rumah sebelum mengetahui dijangkiti Covid-19.

“Namun, alhamdulillah kesemua ahli keluarga saya tidak terkena jangkitan virus tersebut,” ujarnya.



Dia bernasib baik kerana simptonnya tidak seteruk kali pertama terkena Covid-19 beberapa tahun lalu.

“Ini kali kedua saya terkena Covid-19 dan simptomnya sangat ringan berbanding semasa kali pertama dahulu.

“Saya cuma rasa selsema, sakit kepala dan batuk-batuk sahaja kali ini"

Ditanya mengenai sambutan raya, selepas pulih dari Covid-19, Siti terus bertolak ke Melaka untuk beraya di kampung bersama sanak-saudara lain.



“Kuarantin sekarang memang hanya lima hari sahaja jadi selepas dapat tahu saya negatif, keluarga minta saya pulang ke kampung di Alor Gajah.

“Saya pergi Melaka balik hari sahaja untuk tunjuk muka kepada sanak saudara di kampung,” tuturnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 27-4-2023 05:30 PM
Bijak ko dik. Tak nak jumpa orang bagitahu je kena covid...
Rugi kaka tak ikut cara ko ni awal2.... Tak payah la gigih nak menyorok tepi langsir dan bucu katil kalau orang datang rumah kan? Dah la yang datang semua tak herlok, so iols bagi singgit je sorang. Kalau herlok maybe bagi 50-100 ringgit. Sebab kalau kita bagi banyak deorang akan datang raya lagi tahun depan. Kalau yang tak herlok dapat singgit tu confirm takkan datang beraya dah.

Takpe next year kaka declare kena covid sebelum raya...

Mesti best.... Thank you bagi idea ni...

Quote Nurkaseh01 28-4-2023 01:50 AM
Semoga cepat sembuh
Quote fadz84 28-4-2023 07:08 AM
Dia ni yg berlakon drama Bintang kat tv3 tu kan?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.064145 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top