CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Warga Emas Rindu Nak Jumpa Anak Dan Cucu, Sanggup Jalan Kaki Lalu Lebuh Raya Sebab Tiada Duit Bayar Tambang

27-4-2023 02:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1751| Komen: 14

Tular video pasangan warga emas dilihat sedang berjalan kaki di tepi lebuh raya semata-mata untuk berjumpa dengan cucu.

Kehadiran mereka dikesan anggota polis di lebuhraya Cisumdawu, di Jawa Barat, Indonesia, pada Rabu.




Kompas melaporkan, selepas disoal polis, pasangan warga emas itu mengaku hendak ke Rancakalong untuk bertemu dengan anak dan cucu mereka.

Menerusi keterangan video, mereka meluahkan kerinduan terhadap cucu dan sanggup berjalan kaki dari rumah di Jatihurip, Sumedang Utara.

Pasangan itu memilih berjalan kaki di tepi lebuh raya kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar tambang.

Polis Sumedang mengarahkan kedua-duanya berehat dan kemudian membawa mereka ke hentian pengangkutan awam.



Menurut kenyataan pasangan itu lagi, mereka sebenarnya telah berkumpul sekkeluarga.

"Difahamkan, kedua-dua warga emas itu mengalami hilang ingatan," tulisnya.

Malah, keluarganya juga telah menziarah pasangan itu pada Hari Raya, baru-baru ini.

Namun beberapa hari kemudian, kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk ke rumah anak dan cucu di Rancakalong. -CARI

Sumber: mStar/ Kompas

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 27-4-2023 03:10 PM
Anak dan cucu gampang . Lupakan
Quote Themilo 27-4-2023 03:56 PM
Buritan replied at 27-4-2023 07:10 AM
Anak dan cucu gampang . Lupakan

tak baca habis ek?
Quote harkktuih 27-4-2023 04:00 PM
yg anak2 pun..dah tau mak pak kurang daya ingatan, pesal la x stay sekali..
Quote Mooverine 27-4-2023 04:13 PM
mak apak dah tua dementia mcm tu, masih dibiar tinggal berdua saja ka mcm mana tu..
Quote plywood 27-4-2023 04:16 PM
dementia ... susah jugak patut adalah yg jaga
Quote nuryakmal 27-4-2023 04:37 PM
serahkan pada indo untuk berita pelik2
Quote Tinot7 27-4-2023 04:56 PM
Kalau dah dementia, awat kuarga tak amik jaga?
Quote Firenzza 27-4-2023 05:13 PM
Tinot7 replied at 27-4-2023 04:56 PM
Kalau dah dementia, awat kuarga tak amik jaga?

Dementia, alzheimer nih kena bg close attn klau tgglkan sorang2 dlm rumah kt bandar takut diorg msk air x ttup api sampai kering ayaq, klau keluar umah x reti cari jln balik. Mungkin anak & menantu dua2 keja so tinggal kt kg harap2 ada jiran blh tlg tengok2kan kot
Quote Buritan 27-4-2023 07:46 PM
Themilo replied at 27-4-2023 03:56 PM
tak baca habis ek?

Aku menggampang adikberadik aku.. so mmg aku baca tajuk aje.. hohohoho
Quote Tinot7 27-4-2023 09:07 PM
Firenzza replied at 27-4-2023 05:13 PM
Dementia, alzheimer nih kena bg close attn klau tgglkan sorang2 dlm rumah kt bandar takut diorg ms ...

Mmg sbb deme dah pelupa, takleh tinggai sorang2 kat umah.. kalau dah sakit, mmg kena org jaga.. takleh harap jiran utk jaga.. mebbe kuarge deme tak paham hat ni, yg deme mmg usaha utk jaga 24jam juga.
Quote PULANGKAN 27-4-2023 09:08 PM
kesiannya la, dah bongkok-bongkok gitu jalan kaki jauh
Quote namr 27-4-2023 09:15 PM
dah tau dorang dah nyanyuk amik la duk ngan korang awal2, bahlol punya anak
Quote Moyangkucing 27-4-2023 09:47 PM
Alahai kesiannya... harap ada anak2 nya yg akan jaga mereka lepas ni. Bahaya tinggal tanpa pengawasan...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.078473 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top