Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat curi masa bagi melakukan aktiviti senaman di sekitar kawasan perumahannya pada pagi ini biarpun berdepan jadual padat. Menerusi gambar yang yang dimuat naik di Facebook, Anwar dilihat melakukan aktiviti riadah seperti berlari dan senaman menggunakan ‘battle rope’.
“Pagi tadi meluangkan masa bersenam dan joging di sekitar rumah. Alhamdulillah,” kata Anwar di sini hari ini. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mendoakan agar Anwar terus diberi kesihatan yang baik. “Syukur Alhamdulillah. Terbaik Anwar Ibrahim. Kesihatan tetap perlu diutamakan,” kata Khalipah. “Alhamdulillah…moga Allah memberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan mentadbir negara buat Anwar Ibrahim,” kata Abdul Lattif. “Rezeki kesihatan yang paling utama baru rezeki lain datang menyusul, moga Perdana Menteri diberi rezeki yang barokah dan kesempurnaan dalam kesihatan rohani dan jasmani,” ujar Ambok.
Anwar dijadual menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di enam lokasi bermula Sabtu ini dengan lokasi pertama di Kedah bertempat di Hotel Raia, Alor Setar bermula pukul 10 pagi sehingga pukul 2 petang. Selain itu, Ahli Parlimen Tambun itu turut dijadualkan mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Selangor –CARI Sumber: Kosmo
|
KamikuP replied at 27-4-2023 03:15 PM
OMg pakai seluar slack ke tu bang non? Very the gagah yaachhh.. ekekeke
Skuau replied at 27-4-2023 03:22 PM
"Tuan director...inilah orang yang gagah...sekali dia makan nasi...boleh habis 5 pinggan"-Assistant ...
Azharitubunga replied at 27-4-2023 04:04 PM
Wahhh... Kagum dengan dia
Tulang belakang yang dulu sakit skrang dah boleh main battle rope
Azharitubunga replied at 27-4-2023 04:04 PM
Wahhh... Kagum dengan dia
Tulang belakang yang dulu sakit skrang dah boleh main battle rope
KamikuP replied at 27-4-2023 03:15 PM
OMg pakai seluar slack ke tu bang non? Very the gagah yaachhh.. ekekeke
Azharitubunga: Wahhh... Kagum dengan diaTulang belakang yang dulu sakit skrang dah boleh main battle rope
ADVERTISEMENT