CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Haqiem Rusli Bagi Isteri Masa, Tak Nak Paksa-Paksa Pakai Tudung "Doakan Saya Dapat Tempuhi Ujian Ini"

27-4-2023 02:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4019| Komen: 48

Haqiem Rusli mengaku sedang dalam fasa menempuh ujian rumah tangga susulan tindakan isterinya, Anis Sofea, membuka tudung.

“Saya tidak boleh komen tentang ini. Saya rasa ini private life (kehidupan peribadi) dan saya hendak mereka (peminat) tahu, saya sudah sehabis baik untuk menjadi suami yang baik.


Foto: Kosmo

“Jadi, saya minta doa yang baik-baik sahaja. Doa saya dapat tempuhi ujian-ujian ini. Mungkin orang cakap ini ujian rumah tangga. Tapi saya tiada direct dekat Twitter, tiada marah-marah di sosial media.

“Saya sebagai suami, bagi dia (isteri) masa, saya tak nak memaksa (isteri memakai hijab) tetapi saya akan cuba sehabis baik untuk menambah baik,” katanya kepada Kosmo.



Dalam pada itu, Haqiem turut menegaskan yang hubungannya dengan isteri masih baik dan tiada sebarang kemelut yang tercetus ketika ini.

“Tiada berlaku masalah dalam rumah tangga. Tapi, kalau mereka hendak buat assumption (andaian) sendiri, hendak reka cerita… saya ok.



“Tetapi sedia maklum, saya dengan Sofea ok. Saya sangkal dakwaan-dakwaan yang timbul. Cuma tahun ini, saya tidak banyak post (memuat naik) di media sosial.

“Sebabnya saya ada banyak masalah. Saya tiada masalah dari segi karier muzik tetapi dari segi hal personal…bukan sakit,” akuinya.




Baru-baru ini, nama anis menjadi perbualan ramai pengguna media sosial selepas dia dilihat memadamkan gambar bersama Haqiem dalam akaun Instagram selain memuat naik foto tidak lagi memakai hijab.

Terdahulu, pasangan sejoli itu disatukan sebagai suami isteri pada 19 November 2021 selepas dua tahun mengenali hati budi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 27-4-2023 02:37 PM
cantek org rumah dia….
Quote jejaka_hensem 27-4-2023 02:39 PM
Takpe,sticker banyak kan?
Macam tak biasa
Quote bulalof 27-4-2023 02:42 PM
terpaling sgt before this, last2 terpailang sgt dgn wife.
Quote Hoola 27-4-2023 02:51 PM
doa la sndiri, ntijem ada byk lg hal2 yg perlu didoakan
bini hang cuaca panas kot la ni kan akan panaih till bln ogos dgrnya
Quote dudaberhias 27-4-2023 02:55 PM
Doa la sendiri nyah. Ko jugak yang terpaling letak sticker kat aurat orang lepastu tolak orang jadi pelakon MV kau tu sebab dia tak bertudung. Sekejap je kena cash kan. Lepastu karier pun makin merundum, dah masuk fasa sendu sebab dah kahwin
Geli geleman jantan yang gigih menonggeng agama hujung2 berhala pun ko hangkut jadi kek kat majlis kahwin. Baik haritu kahwin je terus kat tapak candi yindu langkasuka di lembah bujang tu dah alang2 gigih bawa kek berhala takde kepala kat dalam majlis kahwin.

Boleh la ko fefeeling jadi raja bersiong dan bini ko jadi bini buddha dia tu.

Quote wanokakaka 27-4-2023 02:56 PM
tula tak puasa enjoy la ni.. awal sgt kawin.. tgk kawan2 sebaya seronok jea dia tringin la tu,,,
Quote slyfynx 27-4-2023 03:18 PM
Eh, pasa ape lak nk doakan kau?
Up gbr bini letak la sticker sendiri.
Dulu untuk "peminat" pandai sgt kan.
Tetibe untuk bini kene bg masa lak.
Peminat ko x tanggung dosa.
Bini ko yang tanggung.
Bodo piang
Quote kikilalapooh 27-4-2023 03:20 PM
marriage is not a magic. kenapa perempuan bila da kawin je baru nak pakai tudung? masa single tu kenapa tak pakai tudung? kenapa kena tunggu dah kawin baru pakai? pakai or taknak pakai tudung ni takpayah tunggu kawin ke tak. kalau dia nak berubah bila bila je boleh.. untuk wife HR ni, kita doa je yang baik baik sudah..
Quote VespaSilbe 27-4-2023 03:48 PM
Ujian kecik je ni.. nampak hipokrit nya sidia.. tapi takpa.. org lawa tifu2 pun org shayam
Quote vee_zara 27-4-2023 04:26 PM
Kat mana la dia kutip bini dia ni. Nampak tak semengah. Mcm budak kelas belakang yg jenis rebel. Yg kita elak n taknak la yg kita dapat kiki oi
Quote Kurex 27-4-2023 04:30 PM
Kau doa la sendiri. Jadi kerja pulak nak doakan korang somi isteri. Dah la makin sendu sedan lagu pun sama jah bunyinyah. Kau jugak kekwat dgn orang tak bertudung. Macam hina sangat yg freehair ni sampai kau tak ambik orang tu dalam video kau. Hujung2 isteri kau yg hipokrit. Sanggup berpura2 tutup rambut utk kawen dgn kau. Ingat kawen dengan kau dpt merasa byk duit. Sekali tengok makin sengkek, tu yg terus bukak tudung. Alang2 tu mintak cerai terus
Quote sleepandream 27-4-2023 04:42 PM
wife heols ni partner biz heols kan? buka restoran ke apatah....
aiyoooo sebelum kawen mesti sheols fake demi nak dpt dik qieqie... lepas kawen back to trueself gitew... ciann dik qieqie....
Quote intan244 27-4-2023 05:57 PM
acah sgt wife nya. fefeeling model.
Quote MidoriHijau 27-4-2023 05:57 PM
Ruginya freehair sbb rambut bini HR ni bukan lawa pun
Quote PinkyPie 27-4-2023 06:20 PM
Nmpk sgt bini tu pakai tudung sbb kahwin ngan ko dikk
Quote MikeSin 27-4-2023 06:28 PM
lepasni gambo ngan isteri kena crop/letak sticker ke mcm mana eh?
Quote umbut 27-4-2023 06:44 PM
Biarlah bini ko nak freehair. Dari bertudung tapi ikat leher nampak kopek baju ketat. Tudung2 x habis2... yg penting tutup dada bukan tutup rambut
Quote TomyamPuteh 27-4-2023 06:55 PM
Terbaik Aiman Tino.Wife free hair. Tak pyh nk acah2 suami terpaling.
Quote nakkomenjugak 27-4-2023 07:23 PM
Lantakkkk
bini ko
cikki dia pandai2 lerrr ko jaga

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.050978 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top