CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tempat Saya Dekat Sinki Dapur," Pakai T-Shirt Dan Kain Batik Je, Rita Rudaini Tak Beli Baju Raya

27-4-2023 02:09 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 6972| Komen: 87|Original author: Saiful

Rita Rudaini bersahaja ketika bergambar bersama beberapa kenalan yang bertandang raya ke rumah keluarganya di Perlis.

Rita dilihat hanya mengenakan kemeja T hitam bersama kain batik dan tidak bersolek.


Foto: IG

Namun kecantikannya masih terserlah dan mendapat pujian netizen yang menyifatkan Rita tetap cantik meskipun hanya mengenakan pakaian biasa.

Di kapsyen, Rota kata dia sudah tidak kuasa untuk memakai pakaian raya apatah lagi kebanyakan masanya dia berada di dapur.



"Saya dah tak kuasa nak pakai baju raya... inilah baju raya saya.

"Penat la nak melaram, cukuplah melaram dalam drama TV sahaha, itu pun saya rimas. Tempat saya dekat sinki dapur sahaja," katanya.

Difahamkan Rita juga hanya memakai baju kurung lama yang sudah berusia 11 tahun pada pagi raya.



Kata Rita, sempena lebaran kali ini, dia hanya membuat persiapan dengan membeli baju Melayu sebanyak tiga pasang buat dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 14 dan Airit Qaqa Arjuna, 12 tahun.






"Selamat Hari Raya... anak-anak mommy siapkan baju-baju baru tiga pasang tapi mommy baju raya tahun 2012 sahaja," ujarnya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 27-4-2023 02:14 PM
Ok boleh sama2 basuh pinggan dgn samdol.


Quote cikperiukkera 27-4-2023 02:18 PM
Cantik acik ritrud pakai kurung hitam cmtu.. simple & x perlu jadi pokok xmas utk npk cantik di mata netizen…
Quote hotmak 27-4-2023 02:20 PM
family dia perempuan sorang je ke, tak silap adik dia dah kawin kan, pernah nampak dulu selalu update
Quote Lolalala 27-4-2023 02:43 PM
Apa sumber income dia eh? Mcm mana dia maintain lifestyle dia?
Quote nolya 27-4-2023 02:44 PM
Tahniah Rita jadi ibu yg baik kpd anak2.  Besar dah anak sulung U, tinggi sebaya dgn emaknya dan rupanya banyak kpd rupa ayahnya.  Anak kedua, ikut rupa Rita dn cerah kulitnya. Anyway, sukses dn bahagia selalu buat Rita sekeluarga. SHR.
Quote adizero11 27-4-2023 03:19 PM
Biarlah dia selesa dgn hidup dia cmtu..atleast dia x sondol laki org..
Quote AWEKSAMURAI 27-4-2023 03:32 PM
Semalam pertama kalinya setelah sekian lama tgok dia dlm drama dgn amira rosli kt tv3 ...umang aih dh kertu ...muka boh sebeban foundation pun x mampu cover kertu sheolss.... X lawa dh baik lisdawati lagi elok muka ... Walau dh kertu ......
Quote fadz84 27-4-2023 03:40 PM
AWEKSAMURAI replied at 27-4-2023 03:32 PM
Semalam pertama kalinya setelah sekian lama tgok dia dlm drama dgn amira rosli kt tv3 ...umang aih d ...

Igt kes dia ngn Lisda bercekau dlm swimming pool berebutkan FN.. ehehe
Quote sharlenetexas 27-4-2023 03:49 PM
adizero11 replied at 27-4-2023 03:19 PM
Biarlah dia selesa dgn hidup dia cmtu..atleast dia x sondol laki org..

Sempat juga menyondol jepun dedulu.


Quote Blabbermouth 27-4-2023 03:51 PM
Lolalala replied at 27-4-2023 02:43 PM
Apa sumber income dia eh? Mcm mana dia maintain lifestyle dia?

Lifestyle dia macam orang biasa je tu nampaknya sebab tu lah dah pakai baju raya lama2. Setakat royalty or income jual2 tepi rasanya dah boleh cover. Lifestyle anak lain cite sebab tu bawah tanggungan bekas suami
Quote heythere123 27-4-2023 05:31 PM
sori tapi sheols juling ke?
Quote Lolalala 27-4-2023 05:37 PM
Blabbermouth replied at 27-4-2023 03:51 PM
Lifestyle dia macam orang biasa je tu nampaknya sebab tu lah dah pakai baju raya lama2. Setakat ro ...

Bekas suami hulur duit pada anak² ke?
Quote Dzahin_poch 27-4-2023 05:40 PM
AWEKSAMURAI replied at 27-4-2023 03:32 PM
Semalam pertama kalinya setelah sekian lama tgok dia dlm drama dgn amira rosli kt tv3 ...umang aih d ...

Ok lah dia kertu natural kang cucuk sana cucuk sini kang lagi teruk org ngata dia evwn mulut dia mmg hangsuang kahkahkahkah
Quote dudaberhias 27-4-2023 05:42 PM
Blabbermouth replied at 27-4-2023 03:51 PM
Lifestyle dia macam orang biasa je tu nampaknya sebab tu lah dah pakai baju raya lama2. Setakat ro ...

Dia ada bisnes, iols pun tak hengat bisnes apa...

Waktu dia gilang gemilang dulu dia pandai manage duit...

Ex laki sheols plak yang menjunam... Nafkah pun sedih...

Mujur pandai manage duit, dapat juga la duk umah yang sekarang tu. Sebab most retis zaman sheols tu gigih duk ber branded kulu kilir last2 jatuh miskin. Sheols mujur tidak.

Quote noiz_phayz 27-4-2023 05:42 PM
adizero11 replied at 27-4-2023 03:19 PM
Biarlah dia selesa dgn hidup dia cmtu..atleast dia x sondol laki org..

Duduk gua ke dik tak tau cubaan dia sondol laki orang
Quote mojarean_X 27-4-2023 06:09 PM
I love her
Quote mojarean_X 27-4-2023 06:12 PM
noiz_phayz replied at 27-4-2023 05:42 PM
Duduk gua ke dik tak tau cubaan dia sondol laki orang

Allegedly....
Quote mojarean_X 27-4-2023 06:16 PM
fadz84 replied at 27-4-2023 03:40 PM
Igt kes dia ngn Lisda bercekau dlm swimming pool berebutkan FN.. ehehe

Nasib baik dia kalah. Ada hikmahnya
Quote manehnya 27-4-2023 06:39 PM
AWEKSAMURAI: Semalam pertama kalinya setela ...

Hikhik ada gaj yg perasan kan... Dia nmpk kertu, n leher da kendor, tp dia prasan hot

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.049311 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top