CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dua Tahun Tak Raya Dengan Suami, Isteri ND Lala Mohon Keluarga Dan Sahabat Jangan Tunjuk Muka Simpati Kalau Berjumpa

27-4-2023 01:57 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 2081| Komen: 14|Original author: Saiful

Isteri Datuk ND Lala, Datin Fauziah Sarman meminta agar keluarga dan kenalannya tidak menunjukkan rasa simpati sekiranya mereka bertemu dengannya.

Fauziah memohon agar mereka tidak menunjukkan reaksi wajah sedih sebaliknya memberikan senyuman kepadanya.


Foto: IG

"Kepada keluarga, sahabat dan sesiapa di luar sana yang mengenali saya. Kalau terjumpa saya tolong jangan buat muka sedih.

"Kalau nampak muka sedih kalian, saya akan menangis. Sedekahkan saya senyuman paling manis. Saya akan senyum (kembali) kepada anda," katanya di Instagram sambil memuat naik foto perbandingan keluarganya menyambut Aidilfitri pada tahun lalu dan terkini.



Menerusi gambar berkenaan, kelibat ND Lala tidak kelihatan sekali gus memberi gambaran penyanyi itu sudah dua tahun tidak meraikan lebaran bersama keluarga.

Fauziah juga mendoakan agar keluarga mereka dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan dunia serta akhirat.




"Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kesihatan, keselamatan, kesejahteraan, kebahagiaan, ketenangan dan kegembiraan kepada kami semua.

"Perbaikilah hubungan di antara kami dan mesrakanlah di antara hati-hati kami dan tunjuklah kami jalan yang membawa kebaikan di dunia," ujarnya.



Untuk rekod, ND Lala mendirikan rumah tangga bersama Fauziah pada 1989 dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata termasuk Nur Shahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25 tahun. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sangbara2020 27-4-2023 02:12 PM
dia nk kalahkan PS ke ni...dh tiap saat tiap jam nk merempan psl dia lak
Quote dudaberhias 27-4-2023 02:16 PM
baik lah datin...

satu lagi kaka nak sarankan cuba oles chepit tu pakai polident macam si birah...
mesti ketat melekat macam liang tanduk gittewww... sampai si sol pun sanggup block ayah sendiri dan tak balik rumah...

terbukti berkesan yach...

Quote KamikuP 27-4-2023 02:47 PM
Meolls syak anak dia si syada yg merempan guna ig ibunya itu
Quote Thunderclouds 27-4-2023 02:48 PM
Edited by Thunderclouds at 27-4-2023 02:49 PM

Dia pn gamaknya xsangka diduakan laki.
Mebi expect bahagia sampai akhir hayat.
Dg bercucu dh aihhh..
Masih belom voley terima kenyataan.
Dia punya status tuju kt kwn²,reporter kelas blakang p buat berita.
Mengundang hencapan acik² medsos yg teda kehidupan.
Quote nakkomenjugak 27-4-2023 07:28 PM
kuat merempan macam anak jugak
tapi iol pahammmm situasi acik ni
dah tote kelayuan nak kawen lagi instead of sama2 beribadah
dah bau2 kubur pun gelenyar jugak
muka lalat mana pun laki nya, tu laa laki acik donya akhirah
completely understandable.
Quote kaseh80 27-4-2023 07:57 PM

Meroyans kat ig
Anak dgn mak samo je
Quote kotakominami 27-4-2023 08:38 PM
Pesan kat anak tu cukup2 la merempan....apak korang sakit jalan senget nanti pandai2 la dia cari korang suruh jaga
Quote _blackbird 27-4-2023 08:56 PM
Aku paham je apa yg dia cuba sampaikan. Maksud nya dtg beraya tu jgn la tanya pasal laki dia. Borak benda lain
Quote chocobozhere 27-4-2023 09:06 PM
Aku rasa sedih sangat kalau laki dah tua tua buat pangai macam ni..kalau kita org biasa rempanan kita org tak masuk forum tapi sebab dia mak pak retis.. aku tak sampai hati nak hencap isteri2 terluka hati ni..biorkan je
Quote sleepandream 27-4-2023 09:29 PM
kene huha huha la ni kalau jumpa...
apapon shilalat cannot brain itew bila nak nikah dgn ubai?
Quote sukacactus 27-4-2023 09:40 PM
_blackbird replied at 27-4-2023 08:56 PM
Aku paham je apa yg dia cuba sampaikan. Maksud nya dtg beraya tu jgn la tanya pasal laki dia. Borak  ...

Haah, kalau ikut pemahaman aku, mcm ni la maksud dia
Simpati aku pada yg diduakan
Semoga dijauhkan kita dr alami pengalaman gini
Quote Lentera 27-4-2023 10:16 PM
Biar la dia nak meroyan.. Sah2 dia yg tersakiti & disakiti
Quote DeLuna85 27-4-2023 11:30 PM
Boleh nak meroyan tapi jangan berbulan2.
Quote Nurkaseh01 27-4-2023 11:55 PM
Kesian dia ni dah tua2 patut hidup aman damai jahh

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.054072 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top