CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MB Johor Persoal Kenapa Banyak Kaunter Imigresen Ditutup- Alasannya Masalah Teknikal Dan Keselamatan

27-4-2023 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1982| Komen: 51

Johor Bahru: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor diminta untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, yang merupakan pintu masuk negara melalui negeri ini.


Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia berikutan pihaknya menerima aduan berhubung banyak kaunter pemeriksaan imigresen yang ditutup.

Menurutnya, pihak JIM perlu konsisten dalam memberi perkhidmatan di pintu masuk itu memandangkan ketika lawatan beliau ke BSI beberapa hari lalu, beliau berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan terutamanya apabila semua kaunter dibuka dan beroperasi sepenuhnya.


Foto: Harian Metro

"Saya mohon supaya pihak imigresen terus memberi perkhidmatan yang terbaik seperti minggu lalu.

"Hari ini (semalam), saya terima laporan bahawa banyak kaunter yang ditutup walaupun ada banyak kenderaan.


"Kita perlu terus konsisten dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat," tulisnya dalam hantaran di Facebook rasminya, Onn Hafiz Ghazi pada petang semalam.

Sementara itu, Pengarah JIM Johor Baharuddin Tahir berkata, beberapa kaunter di CIQ, BSI tidak dapat beroperasi atas sebab tertentu termasuk masalah teknikal dan keselamatan.

Menurutnya, penjelasan berhubung perkara itu sudah dibuat pihaknya kepada Menteri Besar Johor.

"Bukan tutup, istilah yang tepat tidak dapat beroperasi. Memang ada sebahagian kecil tidak beroperasi atas beberapa alasan seperti masalah teknikal, kerja penyelenggaraan, isu keselamatan dan sebagainya.

"Penjelasan sudah dibuat kepada Menteri Besar Johor," katanya ketika dihubungi hari ini.

Isnin lalu, Onn Hafiz yang sempat singgah beraya di BSI mengucapkan penghargaan kepada pengurusan JIM Johor, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta petugas lain di bangunan itu atas komitmen mereka memastikan perjalanan yang lancar bagi pengguna sepanjang musim perayaan.

Beliau berharap komitmen itu perlu berterusan supaya kesesakan di pintu masuk itu dapat dikurangkan.

Terdahulu, Onn Hafiz melakukan lawatan mengejut ke CIQ, BSI pada 29 Mac lalu, sebelum dua lagi lawatan susulan pada 5 April dan 19 April lalu.

Ia bertujuan melihat sendiri keadaan di bangunan itu selepas mendengar suara rakyat yang sering berdepan isu kesesakan di kedua-dua laluan antara Johor dan Singapura itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote VespaSilbe 27-4-2023 11:43 AM
Tepek sekali la video dia marah tu..
Quote tri-max 27-4-2023 11:57 AM
hahah staff semua tgh kekenyangan makan juadah hari raya
tutup la kejap
blame on system
keep calm
continue raya

Quote shernazz 27-4-2023 12:09 PM
Cuba la terjah opis..
Kot2 banyak lauk potluck tak habis lagi TU..
Quote VespaSilbe 27-4-2023 12:41 PM
Bukan yg ni yg mb maroh khuenz.. yg malam raya
Quote encikWawad 27-4-2023 01:24 PM
Ada nampak bedeo mb tu kata saya akan tunggu sini sampai semua kaunter bukak. Biruu oren muka pegawai tu semua. Boss dah tolong cover cakap. Ada yang g solat dan tengah waktu pertukaran pegawai.
Quote Belibis 27-4-2023 01:31 PM
Macam la tak pernah taw caner karenah pekerja gomen..terpaling sibuk,terpaling patriot.
Quote cmf_premierleag 27-4-2023 01:43 PM
Syabas MB Johor..nmpk le function buat keje
Ko sesah terus la pengarah immigresen johor tu..bongok ke apa sbb CIQ tu mmg penting la kene bukak sume kaunter sbb ramai duk que bagai.
Takmo keje jaga kaunter resign je la babiiii punya immigresen staff
Quote damsel_fiji 27-4-2023 01:56 PM
pernah guna tandas kat imigresen kayu hitam sana..dkt thailand punyalah bersih berkilat..sekali saja2 nk gi guna tandas belah imigresen malaysia..punyalah busuk hancing berkerak..dgn basah nya lagi..eww jijik sial
Quote pu3_rania 27-4-2023 01:58 PM
Terbaik Onn Hafiz
Masa banjir besar baru2 ni dia juga bertungkus-lumus
Quote epullipan 27-4-2023 02:08 PM
cmf_premierleag replied at 27-4-2023 01:43 PM
Syabas MB Johor..nmpk le function buat keje
Ko sesah terus la pengarah immigresen johor tu..bongok k ...

setuju kalau malas jaga kaunter mohon resign je..terpaling babi
Quote nuryakmal 27-4-2023 02:15 PM
tapi dia ni rajin pg bsi. tapi tu la sapa yang kat bsi tu ada yang bgtau kaunter tak semenggah, computer rosak, kerusi rosak. tiap kali yang buat lawatan, sbb bukan kena terjah, trafik terkawal, kaunter bukak penuh.

tapi bila kena terjah macam ni, baru biru pegawai. hopefully berganti la komputer tu dengan laptop ke, kaunter di betulkan etc. pegawai selesa, pengguna pun selesa dan mudah perjalanan.

singapore tu pun terima jumlah pengunjung yang sama macam bsi, tapi kaunter so far nampak tak ada issue2 macam ni.


Quote cmf_premierleag 27-4-2023 02:32 PM
epullipan replied at 27-4-2023 02:08 PM
setuju kalau malas jaga kaunter mohon resign je..terpaling babi

Kann....sbb ramai je ulang alik spore-JB tu.
My experience, belah woodlands sume smooth je.tp kalo belah JB, CIQ mcm naharom sgt
Nmpk le staff immi lokal mmg x perform lgsg
Taknak keje, sila resign
Ramai lg komited nk keje
Quote cmf_premierleag 27-4-2023 02:34 PM
pu3_rania replied at 27-4-2023 01:58 PM
Terbaik Onn Hafiz
Masa banjir besar baru2 ni dia juga bertungkus-lumus

Sometimes kita kene pilih pemimpin yg muda dan berkaliber
Sbb diorg masih ada energy, IT savvy dan faham kehendak semasa
Kalo pilih MB stok2 boomer mcm sanusi lehnat tu, mmg tak function la...sibuk gaduh sana sini..negeri sendiri huru hara
Sudah2 la pilih stok2 boomer jd MB ni...haramm x function

Quote pu3_rania 27-4-2023 02:58 PM
Edited by pu3_rania at 27-4-2023 03:00 PM
cmf_premierleag replied at 27-4-2023 02:32 PM
Kann....sbb ramai je ulang alik spore-JB tu.
My experience, belah woodlands sume smooth je.tp kalo ...


Jangan cakap tang kaunter aje yang selalu bermasalah, bila telefon mahu boleh tergeliat jari dok mendail sebab tak berjawab sedangkan list nombor punyalah berderet setiap unit

Quote Blabbermouth 27-4-2023 02:59 PM
Normal la tu YB. Yang tak normal kalau kaunter2 tu semua berfungsi serentak
Quote yenil95 27-4-2023 03:04 PM
bukan kat CIQ jer..service buat paspot pun slowmo sangat.

pkl 12 tinggal 2 kaunter jer bukak..pkl 2 pun masih 2 kaunter. Alasan, dorg tengah buat keje dalam bilik belakang.

Satu lagi kena upgrade sistem dorang..kalah kura kura nak bertelur.

ni pengalaman tahun lepas la. harap dah dibaik pulih.
Quote Denco 27-4-2023 03:28 PM
damsel_fiji replied at 27-4-2023 01:56 PM
pernah guna tandas kat imigresen kayu hitam sana..dkt thailand punyalah bersih berkilat..sekali saja ...

Tandas awam kat Msia ni mmg paling mcm nok harom,klu rnr tu klu ada 50 toilet, 50 tu la bau hancing, basah lenjun lantai. Pg spore, betnam yg org dok ejek² x cebok tu lg bersih jah.
Quote Denco 27-4-2023 03:32 PM
nuryakmal replied at 27-4-2023 02:15 PM
tapi dia ni rajin pg bsi. tapi tu la sapa yang kat bsi tu ada yang bgtau kaunter tak semenggah, comp ...

Aku selalu gak kuar masuk spore, mmg kaunter spore xdenya yg tutup, sume bukak. Lps tu klu jam, pekerja dorang smpai kluar utk arahkan traffic bagu clear, sebolehnya dorang nk bg cepat. Klu kat johor, hmmm tah la malas nk ckp. Mmg bagus sgt la MB tu sesah immi tu cukup²
Quote nuryakmal 27-4-2023 04:20 PM
Denco replied at 27-4-2023 03:32 PM
Aku selalu gak kuar masuk spore, mmg kaunter spore xdenya yg tutup, sume bukak. Lps tu klu jam, pe ...

Betul, and some more the police tu pun akan arahkan kita mana kaunter kereta yang boleh masuk. kalau jam pun tak macam kat BSI

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.044971 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top