CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Keena Mengaku Dah Kahwin "Saya Sengaja Rahsiakan Daripada Peminat"

27-4-2023 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3989| Komen: 51

Keena Mentor, 37, menjelaskan isu disebalik kemesraannya bergambar dengan tunang, Noor Azam Zohari, 50, pada sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Katanya mereka sebenarnya sudah bergelar pasangan  suami isteri, namun tidak menghebohkannya kepada orang ramai. 



Foto: Harian Metro

"Alhamdulillah...kami dah selamat berkahwin dalam majlis kecil hanya membabitkan ahli keluarga sahaja. Cuma, saya bertindak merahsiakan dulu kepada peminat. 

"Perancangan saya, apabila tiba masanya, barulah saya bersedia umumkan perkara ini. Namun gambar raya kami yang agak mesra mungkin mencetuskan persoalan kepada mereka. 

"Saya akui agak kurang sesuai kami bergambar begini jika masih dalam fasa bertunang. Harapnya penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan," katanya kepada Harian Metro. 

Terdahulu Keena pernah menjadi tular apabila mencipta kelainan tersendiri dengan melamar teman lelakinya di pintu masuk sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya yang turut disaksikan orang ramai lima tahun lalu.


Bercerita berkenaan resepsi, Keena memaklumkan perancangan diatur untuk mengadakannya pada awal tahun depan.

"Insya Allah...saya akan buat besar-besaran jemput rakan artis, saudara dan kenalan rapat serta media yang banyak bagi publisiti kepada saya. 

"Ia satu majlis yang sangat bersejarah dan istimewa buat saya dan semua yang hadir. Alhamdulillah...saya pun dapat tajaan Nita Empire sebagai perunding perkahwinan.

"Namun saya rasa sedih kerana arwah ibu, Sofiah (Yah) Wook tiada di sisi meraikan hari bahagia kami apabila meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru di Hospital Tanah Merah, Kelantan pada Mei tahun lalu.

"Memang agak terkilan kerana ibu nak sangat saya berkahwin dan menimang cahaya mata. Apapun saya reda dengan ketentuan takdir," katanya dengan tenang. 

Sebagai tanda ingatan kasih sayang dan dedikasi, Keena turut menghasilkan dua single berjudul Ibu dan Anggun pada tahun lalu khas buat arwah ibunya.

Malah, dia turut mengeluarkan pelbagai produk kecantikan di bawah jenama Ibu Yah Wook. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote selipar_hijau 27-4-2023 11:44 AM
Laa hawla walaa.. sape ni
Quote Belibis 27-4-2023 11:46 AM
Merahsiakan kepada peminat katanya...masalahnya,ada peminat ke??
Quote sangbara2020 27-4-2023 12:13 PM
aku ingatkan kinah tintong
ni sape pulak
Quote asfaz 27-4-2023 12:25 PM
Melamar kena tunjuk kawin sorok2.
Kawin tu patutnya diwarwarkan.
Emmpphh rahsiakan daripda peminat? Ada peminat ke

Ni adik ipor Amy search kan.?
Quote sukacactus 27-4-2023 12:33 PM
Ya Allah!
Xde org kenal pun ko sis
Xpayah la susah2 nak berahsia bagai
Quote sukacactus 27-4-2023 12:34 PM
asfaz replied at 27-4-2023 12:25 PM
Melamar kena tunjuk kawin sorok2.
Kawin tu patutnya diwarwarkan.
Emmpphh rahsiakan daripda peminat? ...

Bukan
See! Sapa pun xkenal dia
Quote Mary_jane 27-4-2023 12:35 PM
Whoareyussss sis?
Quote babelina 27-4-2023 12:37 PM
x kenaiiiiiii.. sapa la ko nie keena...
Quote putu 27-4-2023 01:05 PM
Sapa lagi nihhh
Quote makneng 27-4-2023 01:06 PM
Sheolls retis ke? Mira tangga lagi pemes dari sheolls
Quote Parit.Hilton 27-4-2023 01:09 PM
AHAHAHAHAHHAHA berita paling kelako hari ini
kemain nak rahsiakan dari peminat
orang pun tak tau hang sapa


kalau kawen dok rahsia2 ni mesti sebat laki orang
Quote asfaz 27-4-2023 01:10 PM
sukacactus replied at 27-4-2023 12:34 PM
Bukan
See! Sapa pun xkenal dia

Kahkahkahkah seddihhh betull
Quote doubleA 27-4-2023 01:16 PM
Whoareyusssss sapa rajin jaga tepi kain dia ni
Quote dudaberhias 27-4-2023 01:24 PM
who is yuhhh??

motip ko nak rahsiakan dari peminat sedangkan ko canang pun orang tak kenal kau nyah...

ramainya manusia yang dah umo nak menopos ni masih gigih dan perasan diri sendiri jadi artis... ko terima je la hakikat yang tak semua mampu jadi artis... baik ko jadi manager kilang jah... lagi tinggi gaji dari retis yang keje dok merempan takde job...

Quote novlin 27-4-2023 01:27 PM
Dik, akak ni warga purba bodgos...
dah lama akak tak join hencap kt bodgos ni sbb nak bagi laluan pada pelapis baru berkarya...
statement ko ni dik betul2 mengundang jejari akak utk menaip...
kalo kewujudan ko tak berjaya meraih perhatian warga porom especially bodgos ni, sila jangan perasan yg ko ada peminat ye...
setakat polower socmed yg kebarangkalian berpotenti utk ko beli beli untuk menaikkan angka polower...sila jgn perasan ko ada peminat ye.
Quote diamondhoney 27-4-2023 01:29 PM
Peminat??
Quote chocobozhere 27-4-2023 01:30 PM
selipar_hijau replied at 27-4-2023 11:44 AM
Laa hawla walaa.. sape ni

Hahahhahahha..aku tergelak baca
Quote Aneem 27-4-2023 01:41 PM
Masalahnya.
Kau ada peminat ke hanat?
Quote tweetytweety 27-4-2023 01:42 PM
dek.. akak tak kenal.

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.104057 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top