CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Neelofa Dapat Izin Haris Ismail Untuk Pilih Baju Raya Sedondon, Tak Harap Bilal Dapat Duit Raya RM14 Ribu

27-4-2023 11:17 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 15416| Komen: 375|Original author: Saiful

Tahun lepas, anak sulung Neelofa dan Haris, Muhammad Bilal dapat duit raya lebih RM14,000.

Namun, tahun ini, Neelofa menyerahkan soal itu kepada rezeki, jauh sekali memikirkan soal 'angpau' raya atau meletakkan sasaran jumlah bakal diterima.


Foto: IG

"Saya tidak minta pun. Jumlah yang diterima tahun lalu adalah rezeki dia. Ketika itu, Bilal baru empat bulan dilahirkan. Jadi, ramai orang beri perhatian kepadanya.

"Saya tidaklah terlalu berharap orang bagi duit raya kepada Bilal, tahun ini. Ada rezeki, Alhamdulillah," katanya kepada BH Online.



Tambah Neelofa  dia lebih memuliakan Ramadan berbanding menyambut Aidilfitri.

Tambahnya, beramal pada satu malam Ramadan lebih baik daripada 1,000 bulan.

"Kita sebenarnya terlalu ikut dengan adat dan tradisi, berbanding makna sebenar Ramadan dan Syawal.

"Apabila saya mendalami ilmu agama dan mengikuti kelas serta usrah, baru saya faham sebenarnya Ramadan lebih baik diraikan berbanding Syawal.

"Disebabkan itu, setiap tahun keluarga Haris menyambut Ramadan dengan meriah, di mana malam sebelum puasa itu mereka mengadakan kenduri dan memberi orang makan. Itu cara yang sepatutnya, di mana, saya baru tahu.

"Sebab kita mahu masuk bulan baik, jadi kita masuk dengan hati yang bersih. Bukan selepas bulan baik berlalu, baru kita nak bermaaf-maafan," katanya kepada Berita Harian.


 Malah, Neelofa gembira dapat meraikan tradisi Syawal yang baharu bersama keluarga Haris.

"Keluarga Haris menghidupkan malam sebelum hari raya pertama. Sebab beberapa malam yang Allah tekankan untuk diraikan adalah seperti malam Nifsu Syaaban, Lailatul Qadr, Aidilfitri dan Aidiladha.

"Dahulu, malam raya saya sibuk main bunga api, berjaga malam borak dengan sepupu sampai pagi. Tetapi selepas berkahwin, saya belajar untuk menghidupkan malam raya.

"Malam itu juga dianggap malam di mana doa mustajab. Jadi, daripada kita berjaga malam untuk berborak, baik kita beribadat. Misalnya, buat solat tasbih dan sebagainya.


"Disebabkan itu, ayah Haris baca kitab setiap malam raya bersama keluarga. Kadang-kadang mereka buat tahlil.

"Alhamdulillah, banyak yang saya belajar dengan keluarga Haris. Saya mula-mula macam pelik, tapi apabila saya membaca fadilat dan amalan Syawal, saya baru tahu," katanya.

Sementara itu Neelofa mengaku tidak keterlaluan dalam berbelanja menyambut Aidilfitri biarpun bakal menyambut kelahiran anak kedua.

"Seperti tahun sebelum ini, sambutan raya kami sekeluarga, biasa sahaja. Terutama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami sambut sederhana. Apatah lagi Haris, sangat ringkas orangnya.



"Namun, Alhamdulillah, raya tahun ini kami sedondon. Saya sudah kata kepada Haris, saya mahu ambil alih tugas pilih baju dan dia benarkan.

"Jadi, saya sediakan baju sedondon tiga pasang untuk kami tiga beranak," katanya yang berkunjung ke rumah ibu bapa mentua di Sri Petaling, selepas solat sunat Aidilfitri, Sabtu lalu.

Bertanya mengenai cabaran beraya dengan keadaannya yang berbadan dua, Neelofa berkata, proses kehamilan kali ini tidak sukar.



"Alhamdulillah, hamil anak kedua ini lebih senang. Mungkin ini rezeki saya dikurniakan kehamilan yang mudah. Tiada 'mood', sakit sendi atau tulang belakang, semuanya tiada. Jadi, selagi ada tenaga dan kudrat, saya buat sahaja kerja harian," katanya.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan Bilal pada 29 Januari, tahun lalu. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 27-4-2023 11:22 AM
Ya bagusla jah. Indirectly jah reveal side family dia yg lagha, main bunga api dan menyembang di malam raya. Mungkin skg pn mamarimau kaknab semua masih lagha jah terpaling berhijrah
Quote adeqbun 27-4-2023 11:24 AM
xonpointnya cutting baju piyu neh...goboh semcm ke cemane ntah
Quote tipah89 27-4-2023 11:28 AM
lantak ko la jahhhh...nak sendondon dipagi raya pun nak pecah kepala mintak izin bagai..beli jelah bagi laki pakai, yg penting patuh syariah bersih n kemas.. benda kecik pun nak pening2 pale mcm na la benda2 besar ko nak decide yeeee..terpalinggg mintak izinnnnn
Quote adra5028 27-4-2023 11:30 AM
terpaling sedondon..
Quote Tudungpink 27-4-2023 11:34 AM
sembang
Tt fara tu lalu aku tgk teruknya perangai sedara mara belah lopak ni.. Terkinja2 , melompat2 menari ape entah.. Makcik pakyu selekeh Gemuk2 semua...  Jus nenas tak menjadi kat family hang ke lopak Gelak mengilai2 mcm pontianak kat luar rumah... Buruk perangai masing2 ... Bila tgk muka masing2 aku jadi heran bila dorang ni mengata menghina org padahal muka dorang ngan perangai buruk kemain ... Lopak sebelum nak cerita ape kat media tgk family hang dulu.. Hang pun jenis hari ni cakap lain besok buat lain sembang je lebih..
Quote Tudungpink 27-4-2023 11:36 AM
Ko nk sedondon ape pun bg kemas sikit la baju laki hang lopak.. Bapak selekeh
Quote nuryakmal 27-4-2023 11:39 AM
no need to update hal dia lah. da jadi housewifepreneur da pun. no movies, drama etc.
nak udpdate ke apa, masukbod gosip lagi satu tu.
Quote dudaberhias 27-4-2023 11:39 AM
Dah basi dah pun baru nak up gambar sedondon bagai.
Bagus la kalau hasbullah tak dapat banyak duit raya, boleh la kaka kekal ranking kutipan paling banyak berbanding heols dapat tahun lepas.

Quote Queenmastani 27-4-2023 11:41 AM
Keluarga haris…keluarga haris..dan keluarga haris … acik tini nangis blakang peti ais
Quote Shuuuu 27-4-2023 11:42 AM
Ape gosip nye, nak pakai baju sama pun masuk board gosip
Quote nurul_akmar 27-4-2023 11:43 AM
Tp cuba pakai kemas2 utk amek gmbr.. sbb dekat ig lofa ni dh konfem la gmbr terpaling elok sekali.
Quote Pak.dolla 27-4-2023 11:43 AM
Kira kuih tart smpi 8 tart lagi bagus sambil menunggang pegang tasbih..

Quote telracs 27-4-2023 11:46 AM
Kesiannya jah baru tahu... saya simpati...masa zaman sekolah dulu, memang tidak diajar agaknya..
Jah...sejak berzaman² dulu dah diajar di sekolah, di surau, di masjid, di kampung², kita ada infa & ihya ramadan, ada program tadarus, ceramah nuzul Qur'an dan lain sebagainya...
Namun, alhamdulillah, biarlah lewat tahu daripada tak pernah tahu langsung...
Quote cmf_shya 27-4-2023 11:47 AM
ya Allah bagusnya lopa..aku xtnya dh husband aku..aku trus decide..raya nie kita pkai warna nie ok..cuma make sure warna ok ngn warna kulit laki aku..mmg isteri mithali sungguh..
Quote Pak.dolla 27-4-2023 11:49 AM
Queenmastani replied at 27-4-2023 03:41 AM
Keluarga haris…keluarga haris..dan keluarga haris … acik tini nangis blakang peti ais

Hahahahaha.. Adoi kelakar...
Quote telracs 27-4-2023 11:51 AM
Tapi, jah....tak perlu kot cakap pasal ni...diam² sudaaaa...
Huwaaaaa....ini macam nampak sangat sebenarnya berharap orang bagi duit raya kat anak...
Quote jejaka_hensem 27-4-2023 11:51 AM
Chuols yg dah kawin ni,ada mintak izin suami tak utk pakai sedondon time raya haritu?
Iols baru tahu,kena mintak izin suami kalau nak nak pakai sedondon
Quote codenamedream 27-4-2023 11:57 AM
Jah masa kat MRSM dulu mesti x join kan program2 surau sepanjang Ramadhan.
Quote Blabbermouth 27-4-2023 11:58 AM
Suami saya okay je pakai baju apa pun asalkan menutup aurat agitchu

Lihat semua komen(375)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.110308 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top