CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amelina Takut Nak Lancar Lagu Baharu, Sedar Diri Dangdut Dah Tak Laku

27-4-2023 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 665| Komen: 3

Amelina teragak-agak untuk melancarkan single terbaharunya kerana sedar genre dangdut di Malaysia semakin tenggelam.

Katanya industri muzik sudah banyak berubah berbanding zaman kegemilangannya apatah lagi pendengar mempunyai pelbagai pilihan.


Pelapis untuk meneruskan genre tersebut juga hampir tiada di Malaysia yang menambah lagi kesuraman irama berkenaan dalam kalangan pendengar.

Foto: IG

"Bagi saya kelompok peminat muzik dangdut semakin berkurangan apatah lagi pelapis genre ini tidak ramai.

"Balik-balik kena dengar lagu Amelina dan penyanyi dangdut lama... Landskap dunia muzik pun sudah banyak berubah dan pilihan yang membuatkan ia turut tenggelam," katanya kepada mStar.



Disebabkan itu juga kata Amelina, dia bimbang untuk melancarkan lagu baharu takut kecewa dengan penerimaan pendengar selain perlu berfikir secara mendalam risiko yang bakal ditanggung kemudian hari.

"Sebenarnya nak buat lagu baru ada risikonya termasuk kemungkinan ia tidak mendapat putaran di radio selain pendengar lebih banyak tertumpu kepada penstriman secara digital.

"Jika itu berlaku, mungkin saya akan terasa hati dan sebab itu saya perlu menilai semua kemungkinan dan risiko sebelum lancarkan lagu," jelasnya.



Sementara itu, Amelina mendedahkan dia sebenarnya sudah menyiapkan lagu terbaharu dan berharap ia dapat dilancarkan dalam tahun ini juga.


Kata Amelina, kesibukan dengan pelbagai aktiviti lain termasuk undangan nyanyian membuatkan dia belum bersedia melancarkan lagu tersebut. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 27-4-2023 02:58 PM
Baguslah sedor diri
Quote prince_marhaen 27-4-2023 03:25 PM
ramai ye anak-anak dengan jantan tak guna kaki pukul yang kurung dia dulu tu sampai 6 anak ye...
btw, kak long nyanyi la lagu yang power ballad macam dalam GV tu... vokal dia sedap je..tinggal kena up stamina lah...
Quote bluecrystal 27-4-2023 06:35 PM
kak long nyanyi lagu tradisional pun sedap
dapat lagu hits senang nak buat show
ok je dia ni anak ramai takde pun kuat merempan

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.193744 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top