Datuk Seri Aliff Syukri tampil memohon maaf kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza berhubung gelaran ‘penyanyi nombor satu Malaysia’ yang sebelum ini konon miliknya. Dalam satu video tular di TikTok, Aliff dilihat sedang berdebat dengan ibunya, Bonda Rozita Ibrahim mengenai gelaran tersebut.
Rozita nampaknya membantah tindakan Aliff yang mencanang kepada umum dengan mengatakan dirinya penyanyi nombor satu negara selepas Siti. "Mak tengok ada orang komen dekat media sosial yang kau kata ‘kenal tak saya, saya artis nombor satu’ dekat Siti Nurhaliza. Kau kenapa? Bodo*lah kau ini, nasib baik Siti tak kecil hati. "Maaflah Siti, anak saya memang macam itu. Dia tahu kamu penyanyi nombor satu. "Kau tak baik Syukri, orang menyampah dengan kau nanti. Kau tak malu ke? Kalau Siti semua orang akui dan berapa banyak anugerah dia dapat, kau dapat anugerah apa? Kecaman sahaja."
|
ADVERTISEMENT