CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dilantik Jadi Duta, Fazley Yaakob Mahu Pecah Tabu Masalah Kesihatan Seksual Lelaki

27-4-2023 09:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1734| Komen: 35

Datuk Fazley Yaakob bersyukur dilantik sebagai duta program kesihatan lelaki.

Fazley atau Ahmad Fadzli Yaakob, 45, berkata, dia berharap pemilihannya itu dapat memberi kesedaran kepada golongan lelaki untuk lebih terbuka mendapatkan bantuan profesional terutamanya isu kesihatan berkaitan masalah seksual.


Foto: IG

"Kesihatan lelaki adalah isu serius yang memerlukan perhatian profesional dan perubatan. Biarpun soal seksual masih jadi perkara tabu dalam kalangan masyarakat, besar harapan saya agar kaum lelaki lebih terbuka berkongsi masalah dihadapi.

"Di He Medical Clinic, keselamatan, privasi dan rahsia terjaga dalam rawatan pesakit mereka malah penyelesaian setiap masalah juga disesuaikan untuk setiap pesakit.

"Pelantikan saya sebagai duta ini juga diharap dapat meningkatkan kesedaran tentang masalah kesihatan lelaki dengan lebih baik dan tidak lagi menjadi tabu dalam masyarakat," katanya.




Dalam pada itu, Fazley berharap pelantikannya juga dapat menjadi contoh kepada golongan lelaki dalam kategori usianya iaitu 40-an untuk lebih memberi tumpuan kepada kesihatan.

Selain menyuntik kesedaran, Fazley memberitahu dia turut menggunakan media sosial sebagai medium berkongsi aktiviti dan rutin gaya hidup sihat yang boleh diamalkan oleh orang ramai.



"Pada usia 45 tahun, aktiviti senaman dan sukan adalah pilihan gaya hidup yang terbaik selain menjaga pemakanan termasuk pemeriksaan kesihatan berkala.


"Elemen ini penting kerana pada usia ini, kita perlu lebih berhati-hati terhadap sebarang penyakit dan mula menjalani kehidupan sihat," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 27-4-2023 09:12 AM
gelinyahhhh
Quote brunesss 27-4-2023 09:12 AM
walau aku rasa dia ni poyo namampos tapi masih ada soft spot dekat dia. entahlah aku selalu rasa he could be worst pasal anak orka kan dan suka humble brag lagi tapi dia ni baik as a person.
Quote Joysparta 27-4-2023 09:20 AM
Eeeeeeeeeeeeeee...
Quote Joysparta 27-4-2023 09:20 AM
Misai kontot trim dulu nyah
Quote laksmanabentan 27-4-2023 09:28 AM
yuckksss ada yang nak beli ker????
Quote slyfynx 27-4-2023 09:41 AM
Tgk muke ko pun ramai akan mati pucuk tau x
Quote KamikuP 27-4-2023 09:54 AM
Gelimat euwww
Quote imanjannah 27-4-2023 09:57 AM
aduhaii gambo tu..
Quote lightheaded67 27-4-2023 09:57 AM
hritu tgk cerita dia masak dgn beego. tak best la dia, kejung lah, mcm cover shem ke cover pro ke. entah. si beego yg kalut tu pulak bg naik suasana.
Quote sayurmayur88 27-4-2023 10:09 AM
dia ni okay je bagi iolss..
Quote salimrock 27-4-2023 10:10 AM
brunesss replied at 27-4-2023 09:12 AM
walau aku rasa dia ni poyo namampos tapi masih ada soft spot dekat dia. entahlah aku selalu rasa he  ...

yup pernah jupe in person dia ni, ok la humble dan peramah, wife dia masa tu duduk jauh2 ( zaman najib jadi PM masa tu )


h skrg najib dan rosma  dah tak de boleh la wife dia  menonjol kn diri..  ( ko tgk wife dia pn mmg teringat mak dia datin sri rosmah )


cuma bila dr segi med sos dan pengacaraan tu dia agak poyo la, bila pernah di panggil utk rancangan masak2 aku tgk ntah apa2 dia masak, tp dok tabur tepung, tepung tangan dgn tepung bagai, konon2 pro..

bg aku still tidak menghiburkan..





Quote Hoola 27-4-2023 10:21 AM
Edited by Hoola at 27-4-2023 10:36 AM

the foto selfie tho......

*achik2 forumer sedang menunggu ucapan manis kak dud selaku die-hard-fan
Quote DARSITA 27-4-2023 10:24 AM

Samdol gigi pelesu boleh la jadi ahli - idup penuh stress sure ler ada masalah seksual
Quote cikatilia 27-4-2023 10:36 AM
lgbtqrstuv sgt wajah anda dek non
Quote Carcosa 27-4-2023 10:38 AM
Screenshot_20230427_103735_Brave.jpg

Hensem ek buat muka gini
Quote tosei 27-4-2023 10:55 AM
Gambaq last tu...mmmmmmmm.
Quote razzia 27-4-2023 11:15 AM
i all pun penah jumpa he all in person,ok aje org nya.tak sombong mcm good vibes gituu..
Quote yeos 27-4-2023 11:19 AM
i suka tahap confident dia tu... hehe based on kenyataan dalam astikel tu nampak la struggle dia nak cari makan untuk family kan, salute about that
Quote sangbara2020 27-4-2023 12:15 PM
ermmmmmmmmmmmmm.............

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.046367 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top