CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sakan Jual Emas Palsu, Kaut Untung Sampai RM1.3 Juta

27-4-2023 08:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 517| Komen: 4

BANGKOK – Polis Thailand memberkas enam lelaki warga China kerana menjual emas palsu kepada golongan kaya negara itu dalam kegiatan yang mengaut keuntungan lebih 10 juta baht (RM1.3 juta).

Thaiger melaporkan, suspek adalah bekas ahli kumpulan ‘scam’ atau pusat panggilan penipuan yang berpangkalan di Indonesia.

Kumpulan itu mengaku bahawa perbuatan jenayah yang dilakukan itu diinspirasikan daripada siri televisyen mengenai ‘scammer’.


Gambar Hiasan

Seorang mangsa melaporkan kepada polis bahawa dia telah didatangi oleh kumpulan dari China yang menawarkan untuk menjual emas kepadanya. Kumpulan itu mendakwa menemui emas tersebut di tapak bersejarah yang terletak di wilayah tengah Phra Nakhon Si Ayutthaya. 

Mangsa yang yakin dengan cerita itu kemudian membayar 500,000 baht (RM65,117) untuk emas itu tetapi kemudian mengetahui bahawa ia adalah emas palsu.


Selepas menjalankan siasatan, pihak berkuasa dapat mengesan dan menahan dua anggota kumpulan itu di Stesen Kereta Api Hua Lamphong di Bangkok kelmarin, sebelum membawa kepada penangkapan baki empat ahli kumpulan samseng di sebuah hotel mewah di Ratchada.

Pegawai polis merampas 179 jongkong emas palsu, 10 patung emas palsu, lapan helaian emas, 24 kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM), 12 telefon bimbit dan gergaji.

Menurut polis, kumpulan itu mengumpulkan nama-nama warganegara Thailand berketurunan Cina yang kaya dan menggunakan kemahiran pusat panggilan penipuan mereka untuk menghubungi setiap orang bagi menawarkan emas. 

Jika mangsa menyatakan minat, mereka akan mengadakan pertemuan untuk membuktikan bahawa emas itu adalah benar. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 27-4-2023 08:49 AM
Kumpulan itu mengaku bahawa perbuatan jenayah yang dilakukan itu diinspirasikan daripada siri televisyen mengenai ‘scammer’.


Cerita-cerita berunsurkan siasatan dan jenayah sepatutnya jadi pengajaran pada netizen agar berhati-hati tapi jadi sumber idea pada penjenayah.
Quote intan244 27-4-2023 05:50 PM
ya, sbb tu rasanya msia jarang sgt ada program tv yg detail camtu. tp meols suka tgk crime genre ni especially real story.
Quote Skuau 27-4-2023 08:48 PM
Falsafah mereka:
"Kita talak tipu maaa...kita pandai meniaga..."

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.345629 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top