CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tauke Barangan Elektrik Senyum Lebar, Ramai Beli Kipas Dan Penghawa Dingin Tak Tahan Cuaca Panas

27-4-2023 08:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2687| Komen: 67

PASIR MAS – Cuaca panas yang melanda negara ketika ini lebih-lebih lagi ketika umat Islam berkumpul menyambut Aidilfitri menyebabkan orang ramai menyerbu kedai menjual perkakas elektrik untuk membeli pendingin hawa dan kipas angin.


Cuaca mencecah 37 darjah Celcius di daerah ini memberi rezeki buat peniaga apabila jualan dua barangan elektrik itu meningkat se­kali ganda sejak seminggu lalu.

Pengurus kedai elektrik di Lubuk Jong, Ahmad Musfir Muhammad berkata, kali ini pe­langgan tidak berfikir panjang untuk membeli pendingin hawa meskipun harganya RM900 ke atas bagi seunit.


Gambar Hiasan

“Sebelum ini, pelanggan datang ke kedai bertanyakan harga dan pulang mungkin harganya mahal. Sejak minggu lalu, mereka yang datang terus membeli peralatan elektrik.

“Sebelum ini, saya menjual 50 unit pendingin hawa dalam sebulan, tetapi sekarang 100 unit dijual dalam dua minggu. 200 buah kipas angin pula dijual dalam masa sehari sebelum 1 Syawal lalu,” katanya ketika ditemui Kos­mo! semalam.


Ahmad Musfir memberitahu, pekerjanya tidak menang ta­ngan sehingga terpaksa membatalkan cuti raya kerana perlu memasang pendingin hawa di rumah pelanggan.

Bagi yang kurang berkemampuan, mereka memilih kipas angin bagi menghilangkan bahang.

Seorang pelanggan, Rosnani Abdullah, 50, berkata, dia membeli pendingin hawa untuk dipasang di ruang tamu memandangkan kipas yang ada tidak dapat menyejukkan ruang tersebut.

“Tiada pilihan selain beli pendingin hawa kerana badan kerap berpeluh. Tetamu yang datang beraya juga terpaksa bermandi peluh. Tidak kisah bil elektrik naik asalkan kami sekeluarga selesa,” katanya.

Di Tanah Merah, suri rumah, Nik Yah Senik, 63, berkata, dia berbelanja hampir RM1,000 untuk membeli lima buah kipas.

“Bahang panas mula terasa lepas pukul 3 petang hingga lewat malam. Saya tak dapat tidur nyenyak kerana kerap terjaga. Saya beli lima buah kipas kerana anak-anak dan cucu pulang beraya di kampung,” katanya.

Pada mulanya, Nik Yah berhasrat untuk membeli pendingin hawa, namun memilih untuk membeli kipas kerana harganya yang jauh lebih murah.

Keadaan cuaca panas ketika ini dijangka berlanjutan dalam tempoh yang agak panjang sehingga Ogos susulan musim peralihan monsun.

Sementara itu, di Kuala Terengganu, cuaca panas melanda bandar raya ini sejak beberapa hari lalu menyebabkan orang ramai terpaksa mencari pelbagai alternatif lain terutama bagi mereka yang menghidap penyakit kulit.

Kakitangan swasta, Zurina Hannah Mohamad, 35, berkata, dia membawa anaknya yang berusia dua tahun menaiki kereta dan berkunjung ke pusat beli-belah bagi menyejukkan badan kerana kanak-kanak itu menghidap ekzema.

“Jika panas, kulitnya akan gatal melampau, jadi dia kerap menggaru. Kipas tidak memadai untuk mengurangkan haba. Hendak beli pendingin hawa duit pula tidak cukup,” katanya.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Triple_8 27-4-2023 09:15 AM
Manakala TNB pula sudah berjoget lambak.
Quote DARSITA 27-4-2023 09:55 AM

Panas + humid = mmg kena beli kipas or AC.

Tu belum masuk dlm kereta yg dipark under the sun lagi.
Quote BoongaKertas 27-4-2023 10:22 AM
meols g senheng haritu kemain susah nak dpt date utk psg aircond.
Quote insulin 27-4-2023 10:27 AM
Rezeki kepada pekedai buat masa ni. Tunggu musim hujan pula.
Quote elnor_81 27-4-2023 10:34 AM
Umah aku ad 4 ekon. Tp 2 je yg on sokmo. Bilik 1hp, ruang tamu 1.5hp. Bil dh 300 bln ni. Mmg on sokmo. Nak2 cuti skolah ni..mmg sentiasa ad kt umah. Tp yg best, jemur kain sekejap dh kering.
Quote matseh 27-4-2023 12:10 PM
Triple_8 replied at 27-4-2023 09:15 AM
Manakala TNB pula sudah berjoget lambak.

Malam raya rumah aku 2 kali blackout.
Satu tmn bergelap. Tapi bila ada api balik, tmn sblh pulak gelap.
TNB dtg dia kata load tenaga tinggi, tak cukup supply. But akhirnya ok. Lampu jalan pulak x ada lps tu.
Quote shernazz 27-4-2023 12:13 PM
Rumah iols ni ..time ni la kipas satu rosak...
Haru.sungguh.lah..
Mala's la nak beli lagi

Slalu beli kalau barang letrik ni..belikat aeon big..slalu ada promosi
Quote iolss 27-4-2023 02:00 PM
ini baru panas dunia
Quote Jitu 27-4-2023 02:34 PM
lg pulak skrg ni masing2 rumah batu
mmg smpi ke malam panas
Quote cmf_premierleag 27-4-2023 02:37 PM
Akak beli kipas angin je..yg stand fan tu
Sbb bleh alih ke sana sini and opkoz,utk aku sorang je la..beli jenama Elba..5 blade terus koooo..sejuk dan nyaman je
Nak beli ekon portable tu leceh la nk mengangkut sana sini..berat
Quote Suchi 27-4-2023 05:09 PM
Iols kalau balik kg or g travel memana mmg sentiasa bawak  kipas mini yg boleh bukak n pasang. Kepit kat memana tu. beli kat mr diy lama dah dulu2.
Ada 2 jenis satu leh kepit kat mana2 dan satu lg boleh gantung kt atas ala2 kipas siling.
Harga pun murah, tp guna letrik la so mmg sentiasa bawak extension plug la.
Angin dia kuat weh, so berbaloi la beli. Harga pun tak mahal.Mudah dibawa sbb boleh cabut bilah n mudah dipasang bila nk guna.
1CBC6856-C6F5-4E19-8417-3FB7ADEFC063.jpeg C0F92B58-14AC-4B05-AE5C-6A604887989F.jpeg 72BFF6BE-9CD3-43B1-A2FE-69D0BBEB0AB3.jpeg
Quote mejaputih 27-4-2023 05:34 PM
iols heran camne org beraya kat kampung2 pakai dress berlapis2 berenda2 beropol2 tk panas ke ek>
Quote eizarz 27-4-2023 06:06 PM
iolss replied at 27-4-2023 02:00 PM
ini baru panas dunia

wow….
Quote lostnfaun 27-4-2023 09:21 PM
insulin replied at 27-4-2023 10:27 AM
Rezeki kepada pekedai buat masa ni. Tunggu musim hujan pula.

Musim hujan rezeki utk kedai dobi plak..

Kedai² di kampung memang untung besar masa raya nie. Anak² dari bandar yg balik beraya beli mcm² utk rumah kampung. Dari tikar getah, karpet, alas meja sampai ke cawan, pinggan plastik.

Kedai makan yg start buka raya ke2 laku keras lagi² yg jual sarapan pagi.
Quote adeqbun 27-4-2023 09:24 PM
Mntak la tarif letrik di revise balik...sah2 panas sgt2 skang..
Quote kotakbaju 27-4-2023 09:30 PM
cmf_premierleag replied at 27-4-2023 02:37 PM
Akak beli kipas angin je..yg stand fan tu
Sbb bleh alih ke sana sini and opkoz,utk aku sorang je l ...

Antara 5 bilah dgn 3 bilah yang mana yg angin kuat

Kipas angin yg adik aku punya 5 bilah tapi pasang angin tak berapa nak rasa sangat. Aku punya 3 bilah tapi angin boleh sampai walau jauh pun
Quote sharlenetexas 27-4-2023 09:31 PM
Rumah kazen iols rumah batu bumbung tinggi. Rasa nyaman juga. Pakai kipas je. Mungkin sbb kt sebelah semak tu ada rumpun buluh. Penyerap haba yg baik.


Quote sharlenetexas 27-4-2023 09:33 PM
lostnfaun replied at 27-4-2023 09:21 PM
Musim hujan rezeki utk kedai dobi plak..

Kedai² di kampung memang untung besar masa raya nie. An ...

Kat tempat iols kedai tomyam dan kopitiam cina je yg buka. Yang lain masih raya. Pasar malam separuh peniaga je yg meniaga. Ok lah ada pilihan.

Quote cmf_premierleag 27-4-2023 09:33 PM
kotakbaju replied at 27-4-2023 09:30 PM
Antara 5 bilah dgn 3 bilah yang mana yg angin kuat  

Kipas angin yg adik aku punya 5 bilah tapi ...

Depends la...ms iols tgk kt lotus tu, kalo brand pensonic/khind stand fans ada 3 blades
Elba stand fan yg aku beli ni ada 5 blades
Sbb iols gila kuasa, maka aku beli yg 5 blades terus..pedulik apa aku khueen

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.061094 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top