Pengunduran Qi Razali sebagai pemain dram OAG awal Januari lalu menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan penggemar kumpulan itu yang tertanya-tanya di sebalik tindakan tersebut. Qi atau Qushairi Mohammed Razali, 45, juga tidak memperincikan tindakannya itu namun memberi bayangan wujud kemelut yang berlaku di antara dia dan anggota lain dalam OAG yang menjadi penyebab dia mengambil keputusan bergerak solo.
Bagaimanapun, tindakan Qi memuat naik gambar bersama vokalisnya Radhi yang berkunjung ke rumahnya bersempena Hari Raya Aidilfitri seolah-olah menjawab spekulasi yang timbul sebelum ini. Pelakon dan pengacara itu juga menjelaskan pertemuan tersebut tidak dirancang dan mereka juga saling bermaaf-maafan. "Lawatan mengejut, bermaafan itu penting," tulisnya ringkas pada kapsyen gambar berkenaan yang dimuat naik di Twitter miliknya pada Rabu.
Menerusi foto tersebut, Qi dan Radhi yang mengenakan baju Melayu tersenyum mesra seperti menandakan persengketaan yang berlaku sudah terlerai. Pengikut Qi di Twitter turut menyambut baik dengan perkembangan terbaharu itu dan mendoakan agar persahabatan dua sahabat itu kekal selamanya. Sumber: mStar
|
nakkomenjugak replied at 26-4-2023 03:01 PM
Haaaa baru nampak ketuaan Qi...
Lelaki takde hal kalau benda boleh setel dgn baik
Kalau macam acik w ...
bottombikini replied at 27-4-2023 08:49 AM
depa gaduh pasal apa wei
aku suka qi ni masa mula2 mengacara destinasi bajet
arffa replied at 27-4-2023 08:09 AM
Qi ni kenapa nampak tua abang dia lagi awet muda tak serabai
ADVERTISEMENT