CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri ND Lala Perli Suami Dan Madu Menerusi Video Dakwah

26-4-2023 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2785| Komen: 12

Isteri Datuk ND Lala iaitu Datin Fauziah Sarman baru-baru ini berkongsi hantaran video dakwah yang mempunyai maksud mendalam di Instagramnya.

Video petikan Ummu_asyaf ini berkisarkan mengenai wanita yang sanggup menjadi isteri kepada seorang lelaki yang dipercayai ditujukan kepada suami dan juga madunya, Siti Munirah Abd Ghani.


Foto: IG

"Aku rela kok walaupun jadi yang kedua. Hati-hati perempuan yang seperti itu. Anda rela jadi yang kedua dalam keadaan belum tentu laki-laki itu siap memiliki isteri dua.

"Anda rela menjadi yang kedua dalam keadaan anda tidak tahu bagaimana hancurnya hati isteri pertamanya laki-laki itu. Anda rela jadi yang kedua dalam keadaan anda belum tentu tahu bagaimana beratnya jadi isteri yang kedua.



"Mungkin anda rela jadi yang kedua kerana anda melihat dia sekarang, anda tidak mendampingnya dari awal. Anda tidak tahu seperti apa perjuangan isteri pertamanya dia untuk membina rumah tangga bersama," kata pendakwah terbabit.

Menyambung lagi, pendakwah dipercayai dari Indonesia ini mengakui khuatir ketika seorang wanita menawarkan diri untuk menjadi isteri kedua, lelaki itu merasa tercabar akhirnya mengahwininya dan sanggup mengorbankan isteri pertamanya.



"Jadi apa, menyelamatkan perempuan lain dan mengorbankan perempuan yang paling awal menemaninya. "Hati-hati betul. Jadi kalimat aku siap jadi yang kedua, aku siap jadi yang ketiga, aku siap jadi yang keempat itu seperti pisau bermata dua. Bisa jadi baik, bisa jadi membuka pintu keburukan," katanya.

Fauziah menerusi keterangan Instagram pula menulis zikir Hasbunallah Wanikmal Wakil yang bermaksud sebagai hamba-Nya sentiasa ingat dan bergantung harap hanya kepada Allah SWT.



Terdahulu Fauziah hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bangi pada 3 April lalu kerana dipercayai mahu memfailkan perceraian.

Bagaimanapun Datuk ND Lala tidak kelihatan dan apabila ditanya mengenai dakwaan suaminya bernikah lagi satu dengan wanita dikenali Siti Munirah Abd Ghani seperti dikongsikan di Instagram, Fauziah menjawab tidak tahu bila ia berlaku. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shida81 26-4-2023 07:05 PM
Byk2 kes kawen 2..ak x tau knp ak geli ngn kes dia ni... Laki dia mcm Charlie Chaplin
Quote dudaberhias 26-4-2023 07:20 PM
Patutnya bila ko tahu laki ko tu menggatai dengan cikki baya umo anak. Ko sepit je telinga dia tu... Serhoper kepak dah telinga si tua gayut tu. Macam telinga patung buddha yang di jumpai di candi lembah bujang yang telinga lanjut ke bawah dek pakai subang berat.

Quote Antifake 26-4-2023 08:23 PM
Perempuan tu keje kot.  Bole sponsor sisa hidup ex dia
Quote 3chanceno 26-4-2023 08:36 PM
Acik tunggu pakcik balik sambil2 upload bideo pasal bini kedua je? acik hari tu ke mahkamah apa cerita, takkan lapor tok laki hilang?  Kesian pulak dah umur2 gini, tok laki buat hal
Quote Suchi 26-4-2023 10:14 PM
Laki acik pojiah ada pi raya kat umah kazar
Quote nakkomenjugak 26-4-2023 11:07 PM
Perempuan support perempuan?
Perempuan jugak laaa yang kuat aniaya spesis sendiri
Laki ko tu acikkk kena beli yang alat potong pisang tu baru sedar diri
Quote Nurkaseh01 26-4-2023 11:15 PM
Kesian la bini dia ni.. Patutnya dah tua2 duduk happy2 dengan laki main dengan cucu bukan nya makan sebb di madukan.
Quote Nurkaseh01 26-4-2023 11:16 PM
Btw bini dia nmpk cantik lagi
Quote babynina30 26-4-2023 11:18 PM
Kenapa caption wan aunty ? Cucu pgil wan aunty ke
Quote adizero11 27-4-2023 08:07 AM
dah tua2 ni ingat mati jelaaa..sibuk nak toronn barang muda lg...bebal nauu
Quote babelina 27-4-2023 09:40 AM
tingat dulu,, aku pnah tbaca kt majalah apa ntah.. ND Lala penah citer tutup pintu umah masa raya bila org bagi salam semua pakat2 senyap.. sbb xde duit.. xbuat persiapan raya.. bygkn la hidup bini dia ketika itu n bole tahan tgu la ko nie sampai senang.. alih2 kna madu.. sabar jer la..
Quote kucing_gebu 27-4-2023 05:28 PM
Charlie chaplin malaysia

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.039412 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top