CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anna Jobling Pun Teringin Nak Masuk Miss Universe

26-4-2023 05:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2886| Komen: 30

Anna Jobling tidak menolak sekiranya dipilih menyertai pertandingan ratu cantik, Miss Malaysia sekali gus berpeluang mewakili negara ke peringkat Miss Universe.

Namun pada tahap sekarang, prioritinya sudah berubah yang lebih terarah dalam bidang lakonan sekali gus menyukarkan misi perkara terbabit.


Foto: IG

“Saya rasa kalau dulu ditawarkan masuk Miss Universe Malaysia, saya akan terima tapi sekarang, saya tak rasa saya akan ambil peluang itu.

“Sebabnya, entahlah. Kalau orang nak saya masuk, mengapa tidak. Tapi kalau masuk bertanding, saya kena selesa dengan apa yang saya pakai atau gayakan.

“Saya memang takkan pakai apa-apa yang ‘panas’. Kalau baju selesa dan sesuai untuk saya, kemungkinan saya akan sertai tapi buat masa sekarang, saya tak rasa nak sertai pertandingan sebegitu.



“Saya berharap kawan saya, Amelia Henderson dia dapat masuk dan mewakili Malaysia. Dia memang layak untuk menang,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pernah tersenarai sebagai sebagai 100 Wajah Tercantik Dunia, Anna menambah, “Saya mula dengan pertandingan ratu cantik. Saya pernah sertai Miss Melaka dan Miss Pahang.


“Senang cerita, saya bermula dalam industri ini dengan pertandingan ratu cantik. Tengoklah nanti, kalau kena ‘handpicked’ (dipilih sendiri) dan orang setuju, why not.”

Pada 2021, Anna, 23, pernah meluahkan harapannya untuk dapat menyertai pertandingan Miss Universe pada masa akan datang.

Dia mendedahkan, pihak pengurusan Miss Universe Malaysia pernah menghubunginya namun hasrat terpaksa dilupakan disebabkan undang-undang tidak membenarkan wanita Muslim untuk bertanding mewakili Malaysia ke peringkat luar negara.



Sebelum itu, bekas peserta Pertandingan Miss Universe yang mewakili Malaysia, Deborah Henry pernah meminta supaya gadis Muslim dibenarkan untuk menyertai pertandingan berkenaan.

Antara syarat lain digugurkan kini adalah segmen pakai bikini tidak lagi satu kewajipan untuk bertanding.



Pihak pengurusan Miss Universe Malaysia juga membenarkan wanita yang sudah berkahwin dan bercerai untuk menyertai pertandingan ratu cantik tersebut.

Sehubungan itu, pelakon Amelia Henderson menyuarakan keinginan untuk menyertai pertandingan ratu cantik sekali gus mewakili Malaysia di peringkat global, Miss Universe. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 26-4-2023 05:26 PM
Muka mcmni wakil msia baru rasa nak sokong.. wlupun x place tp okla dr muka jjnjang mcm yg lepas tu..
Quote anilanil 26-4-2023 05:31 PM
Try je la anna walaupon muka u kat UK kategori bersepah. Balik2 muka jinjang, muka kelly, muka borneo bosan gak..Si haneesya tu taknak join ke? Actually rupa dia lagi unique dari anna & ame asnaf.
Quote zidane2011 26-4-2023 05:37 PM
anilanil replied at 26-4-2023 05:31 PM
Try je la anna walaupon muka u kat UK kategori bersepah. Balik2 muka jinjang, muka kelly, muka borne ...

Haneesya join another beauty pageant.  Ratu malaya ke apa tah. Pemenang2 akan ke miss supra, miss global, miss apa lagi iols tak ingat. Dah lama meninggalkan minat pada beauty pageant ni sejak jadi mak org dan sebab wakil miss universe kita selalu hauk. Tak berbaloi nak follow.  
Quote likilu 26-4-2023 05:37 PM
Miss Bollywood peringkat pulau pinang boleh la taknak Cuba ke, lawan ngan geng anak Mami dulu
Quote dudaberhias 26-4-2023 05:38 PM
iols rasa anna lah paling sesuai masuk miss universe...
confirm malaysia boleh menang terus kalini sebab sheols akan leak video miss2 dok menonggang arak dan mengoyang dengan vvip jantan kokusen black lives matter atau tengah lalok buat kacip patimah... sesambil bebuat muka cuak macam sheols tak leak...

Quote cicicumel 26-4-2023 05:43 PM
zidane2011 replied at 26-4-2023 05:37 PM
Haneesya join another beauty pageant.  Ratu malaya ke apa tah. Pemenang2 akan ke miss supra, miss  ...

Miss Supra tu ada keluar kat IG feed i.. Pemenang nya Indon. Ya ampun, mcm bibik. X class langsung. I rasa Miss selain Miss Universe dan Miss World ni, sampah belaka. Hahaha
Quote doubleA 26-4-2023 05:44 PM
Iols je ke rasa dia ni dengan amelia ke sarah hildebrand tu biasa je rupa walau mixed. Lawa lagi pelakon mixed 90s dulu macam sopia jen ke julia rais je
Quote DeLuna85 26-4-2023 05:51 PM
Haneesya tu yg sesuai masuk miss Malaysia
Quote Rogue98 26-4-2023 05:57 PM
Omg ..perasan nye level miss universe. Expression pun kayu jer. Kalau Amelia aku sokong sbb dia lincah , smart and talented. Si Anna ni..kau hadap merqeen tu jer lah ye...
Quote Pak.dolla 26-4-2023 06:01 PM
Edited by Pak.dolla at 26-4-2023 10:07 AM

gambar yg dia pakai baju hitam tu sebijik muka dia mcm kudsia kahar kan?
Quote sharlenetexas 26-4-2023 06:02 PM
Ame asnaf rambut merah tersenyum sinis.


Quote sharlenetexas 26-4-2023 06:03 PM
doubleA replied at 26-4-2023 05:44 PM
Iols je ke rasa dia ni dengan amelia ke sarah hildebrand tu biasa je rupa walau mixed. Lawa lagi pel ...

Tgk sarah semenjak jd askar nmpk comel pulak.


Quote green~tea 26-4-2023 06:04 PM
Kenapa kudsia kahar dulu taknak masuk bertanding beauty pageant?
Quote minah_selekeh 26-4-2023 07:36 PM
Cantik tu memang cantik, tapi takde la sampai tahap layak masuk Miss Universe. Perasan je!
Quote samshik 26-4-2023 07:48 PM
Die ni islam ker?? Plus cantek meh???
Quote Piramida 26-4-2023 07:53 PM
Tak... Masalahnya ko muslim boleh masuk ke?
Tapi kalau ratu kebaya ke.. ratu cheongsam ke boleh lah kot.
Quote penmerah 26-4-2023 08:38 PM
doubleA replied at 26-4-2023 05:44 PM
Iols je ke rasa dia ni dengan amelia ke sarah hildebrand tu biasa je rupa walau mixed. Lawa lagi pel ...

Setuju sangat
Woww Pada Mata nitizen lain tapi tidak pada mataku
Anna Dan Amelia pun mcm ada vibe sombong
Malas nak sokong
Masuk miss universe pun kompom clapper
Idoklah she/Amelia lawa taraf top 40 pun
Antara Anna/Amelia Dan cina jinjang kepong, iols sokong jinjang kepong


Yg cantik Manis Dan akan disokong pastilah fasha Dan fazura. Regal beauty
Lagi sorang yg cantik Manis ialah atikah suhaimi
Quote SalenaGomez 26-4-2023 08:45 PM
“Antara syarat lain digugurkan kini adalah segmen pakai bikini tidak lagi satu kewajipan untuk bertanding.”

Bikini kat Malaysia je kan? Rasanya kalau yg final Ms World ms universe masih ada bikini

Quote Fly_over 26-4-2023 08:48 PM
dudaberhias replied at 26-4-2023 05:38 PM
iols rasa anna lah paling sesuai masuk miss universe...
confirm malaysia boleh menang terus kalini s ...

kakakaka kena sgt dud

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.150968 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top