CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elak Buat Benda Mengarut Dan Bodoh, Zul Ariffin Tenang Duduk Makkah- Sekejap Lagi Orang Kena Panggil Abang Haji

26-4-2023 04:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2864| Komen: 34

Zul Ariffin kini dilihat begitu selesa mengenakan pakaian jubah.

Kerap berulang-alik ke Tanah Suci Mekah sejak hujung tahun lalu, Zul Ariffin tidak menolak, hatinya senang apabila dapat berbuat demikian.


Namun bukanlah niatnya untuk ‘melarikan diri’ daripada segala hiruk pikuk dan bingitnya pelbagai kontroversi yang pernah melanda dirinya sebelum ini.

Foto: IG

“Bukanlah nak kata tahun ketenangan sangat. Tetapi ya, saya buat hal sendiri saja sekarang. Banyak ulang-alik ke Mekah, Madinah dan Dubai.

“Bukan tak balik langsung, ada. Balik untuk jalani penggambaran dan kemudian pergi ke Mekah semula. Sebenarnya, tak ada apa sangat hidup saya sekarang,” katanya kepada Utusan.



Berkongsi lanjut, jelas Zul, dia memilih untuk tidak terlalu aktif di media sosial sejak kebelakangan ini, namun tiada sebab atau sebarang tujuan tertentu mengapa selesa begitu.

“Entahlah, saya sebenarnya memang rancang nak lepak saja. Nak relaks. Terus-terang, bukan sebab buat begini sebab nak elak kontroversi atau apa, tak ada pun.

“Kalau saya rasa nak balik Malaysia, saya balik. Kalau tidak, memang saya banyakkan masa duduk di sana. Tengok tempat di sana, relaks.

“Aktiviti saya pun banyak buat umrah di sana, hari-hari. Kebanyakan masa pun saya seorang diri. Tak ada buat benda lain pun,” katanya.



Pun begitu, kata aktor berusia 36 tahun ini, berada di bumi Mekah dan Madinah membuatkan hatinya lebih tenang hingga kemudiannya terdetik hasrat untuk menetap langsung di sana.

Katanya, perkara itu lebih baik berbanding banyak duit dan masa dihabiskan untuk pergi ke negara lain.



“Saya tak kata diri ini baik. Tetapi rasanya lebih baik dan selamat kalau saya menetap di Mekah atau Madinah. Alahai, sekarang bukan macam dulu, ada duit, baliklah sini semula.

“Sekurang-kurangnya saya boleh elak daripada buat benda-benda bodoh. Daripada melancong ke tempat mengarut dan entah apa-apa yang saya akan buat, baik duduk di Mekah.

“Sampai bila ya tak nak buat benda mengarut? Perlahan-lahan kayuhlah orang kata. Hendak buat perubahan baik ini bukan dalam tempoh satu malam magis itu berlaku. Sekurangnya saya cuba,”katanya.



Bakal menunaikan hasrat dan impian untuk melakukan ibadah haji, Zul meminta semua pihak mendoakan dirinya agar segala urusan dipermudahkan.

Katanya, dia berhasrat menunaikan Rukun Islam kelima itu selepas Aidilfitri tahun ini.

“Bagaimanapun saya masih lagi menunggu keputusan. Sekarang ini belum terima apa-apa pengesahan namun rasanya nampak peluang macam cerahlah.

“Saya dah lama pasang hajat ini dan bersedia nak buat. Lepas ini Insya-Allah, panggilan ‘Abang Hajilah ya’,” seloroh Zul.


Sementara itu, ditanya mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri, kongsi Zul, tiada sebarang persiapan dilakukan memandangkan arwah ibunya, Robiah Nasir, juga sudah tiada dan meninggal dunia tujuh lalu.

“Kalau ditanya pasal raya, ya saya raya di sini tahun ini. Tapi tidak balik kampung pun sebab ayah juga ada di ibu negara.



“Arwah mak pun sudah tiada jadi nak kata beraya sangat itu tidaklah. Lepas raya ini pun ada penggambaran yang saya perlu jalani.

“Ada juga hasrat nak raya di Mekah, tapi belum dapat lagi. Tengoklah macam mana sebab semua ini rezeki dariNya juga,”katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 26-4-2023 05:05 PM
Tetap la kepam dan busuk, mata terbeliak macam ikan buntal tergolek naik kuda dan unta tercekik pokok kaktus. Kulit ko tu dah kenapa nyah macam berkurap. Dah serupa peta negara dalam buku teks budak sekolah menengah. Muka pulak penut sabut nyoq, penat la nak kena kopek mengopek sabut nyoq nak cari mulut nak comolot. Choi baik aku pergi jolok nyoq dan perah santan, kurang2 boleh buat nasi lemak.



Quote marla69 26-4-2023 05:13 PM
Hahaha.. kak dude u always menghiburkan.
Quote codenamedream 26-4-2023 05:27 PM
Ajaklah Hajah duk sana sekali. Berjiran.

zul-ariffin-neelofa-e1520388535610.png
Quote telracs 26-4-2023 06:21 PM
Janggut dia trim bentuk petak lah pulak...
Quote krustykrab 26-4-2023 06:24 PM
Maaflah...teruk naww dh rupa ko jul...mmg patut bersara je la jd hero cintan cintun..ataupun bersara terus
Quote Pak.dolla 26-4-2023 06:26 PM
Skrg ni utk disayangi dan dipuja kena guna agama ker?

Lepas ni buat apa² pun terus jd suci?
Quote Rogue98 26-4-2023 06:34 PM
codenamedream replied at 26-4-2023 05:27 PM
Ajaklah Hajah duk sana sekali. Berjiran.

Teringat masa ni...jah perasan dapatlah tackle jul...tapi jul bo layan...
Quote bedahmenjuyah 26-4-2023 06:37 PM
codenamedream replied at 26-4-2023 05:27 PM
Ajaklah Hajah duk sana sekali. Berjiran.

Bila jah nak pindah sebenarnya
Utk tak ot aiols sebagai pemenat jul, sedey tgk janggut petak tu. Buroks yahamat.
Quote makneng 26-4-2023 06:42 PM
Lelaki lindungan esbok
Quote samshik 26-4-2023 07:52 PM
Another rider ek??
Quote SuperBassBoom 26-4-2023 07:54 PM
dudaberhias replied at 26-4-2023 05:05 PM
Tetap la kepam dan busuk, mata terbeliak macam ikan buntal tergolek naik kuda dan unta tercekik poko ...

Hahahahahahahah
Quote SuperBassBoom 26-4-2023 07:55 PM
Baru 36 tahun dia ni. Tapi gambar first tu berkerut kerut nampak lebih matang dari usia sebenar.
Quote mamastoney 26-4-2023 07:59 PM
Byk duit dia boleh duk sana lama2....rsnya drama dia pun dah tk byk keluar tv. Ke diq buat business kat sana?
Quote 3chanceno 26-4-2023 08:02 PM
telracs replied at 26-4-2023 06:21 PM
Janggut dia trim bentuk petak lah pulak...

  janggut pun ada Style  mana tahu jadi viral & jadi ikutan jejantz2  tu sis dah perasan pesen janggut dia, maka harapan jadi viral tu ada
Quote Kurex 26-4-2023 08:35 PM
Tetiba taste balik. Tetiba rasa nak dipeluk bamjul
Quote slyfynx 26-4-2023 09:55 PM
Seronoknye kalau ade byk duit mcm ni.
I is jeles
Quote Nozot 26-4-2023 10:00 PM
Sekarang nie mmg trend retis jadi penunggang ya..balik malaysia atau luar dari mekah terus perangai macam Allah tu hanya kat Mekah Madinah ja
Quote Nurkaseh01 26-4-2023 11:29 PM
Tenang is good
Quote BoongaKertas 27-4-2023 10:42 AM
iols nak petisyen utk kembalikan peti ais kepada petiais yg helok masa jd abam pilot dulu. dulu bibir pink yach. now kemain heavy smoker kekdahnya.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.051855 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top