CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Joey BPR Teruja Dapat Offer Show RM50 Ribu, "Ramai Yang Ingat Kumpulan Rock Kapak Dah Berkubur"

26-4-2023 04:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1171| Komen: 21

Penyanyi kumpulan rock Bumi Putra Rockers (BPR), Joey melahirkan perasaan teruja apabila mereka buat julung kalinya ditawarkan bayaran agak lumayan dalam sebuah konsert.

Joey, 60, atau nama sebenarnya Johari Mat Rozekhi berkata, dia dihubungi oleh satu penganjur yang menawarkan beraksi dalam sebuah konsert yang mengumpulkan 11 kumpulan nama besar tempatan.



Foto: Harian Metro

"Bila dengar bajet besar, saya hanya terfikir nak bantu anggota BPR yang lain. Malah nama BPR pun nak kena 'maintain' juga. Bila dapat show yang besar macam ini, selesalah mereka.

"Sebelum ini asyik dapat show yang bayar murah sahaja. Macam yang ini, mereka boleh bagi RM50,000 satu show. Jadi saya cakap pada anggota lain di Johor, datang Kuala Lumpur berlatih betul-betul di studio saya.

"Penganjur ini memang syarikat antarabangsa. Mereka dah siap tunjuk layout pentas pada saya. Benda ini nak cakap besar pun tak boleh kerana sekadar perancangan, tapi diharapkan jadi kenyataan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.


Joey yang popular menerusi lagu Seribu Tahun Takkan Mungkin berkata, setakat ini penganjur sudah berurusan dengan kumpulan Search dan XPDC untuk terbabit dalam konsert yang dijadual berlangsung pada 29 Oktober di Stadium Bukit Jalil.

"Sepanjang karier BPR, memang tak pernah dapat bayaran begitu. Paling besar pun pernah rasa dapat RM20,000.

"Saya sebenarnya tak fikir fasal duit sangat. Saya cuma fikir kalau dapat main tempat yang best, apabila orang tengok video, mereka nak panggil pergi show lagi. Saya tak nak senyap sahaja.

"Nanti orang ingat BPR dah tua tak boleh beraksi dah. Jadi inilah strateginya. Macam RTM ulang semula persembahan BPR sebelum, ia membantu publisiti kami," katanya.

Menurutnya, agak menyedihkan apabila ada seorang ustaz memetik nama BPR dan memuji mereka kerana menyanyikan lagu Dajal suatu ketika dulu.

"Katanya sekarang kami dah tiada lagi. Maksudnya kami dah macam dah berkubur. Jadi saya terpaksa buat promosi supaya orang tahu rupanya kami masih ada. Ramai yang ingat kumpulan 'rock kapak' dah berkubur. Padahal kami semua masih ada.

"BPR akan tampilkan anggota asal kecuali Enal (dram) tak nak main. Saya kena cari pemain dram lain.

"Yem (pemain bass) pula terpaksa berhenti kerja jaga abangnya yang sakit. Kalau saya ada duit saya bagi tapi tak banyak juga. Kalau show ini jadi sekurang-kurangnya dapat juga duit yang banyak seorang.

"Bukan selalu kami nak merasa duit banyak. Berpuluh-puluh tahun aktif takkan nak merasa duit show RM5,000 dibahagi-bahagi pula," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adm7 26-4-2023 06:26 PM
Harap betul la. Bukan kena kelepet
Quote dudaberhias 26-4-2023 06:30 PM
semoga betul la dapat bayaran banyak tu... takut hujung2 di mek ani kan...

kesian dekat 30 orang kat belakang tu jah yang gigih berlatih menari bagai nak rak...
tokti menari sorang2 jugak yang full house dek ponen bottom gigih berhimpit macam tin sardin kat konsert tu...

Quote dua_chzy 26-4-2023 06:31 PM
Jaga2 kena scam.
Quote bedahmenjuyah 26-4-2023 06:33 PM
Laaa kenapa aku terbayang joey laki wati yg katanya teraniaya dek hana. Dia penyanyi jugakkan ke bukan. Maklum la artis sendu so tak memorable.
Quote bedahmenjuyah 26-4-2023 06:34 PM
Btw jgn cepat sgt seksaited pakcik. Sign kontrak dulu baru citer riban2
Quote fadz84 26-4-2023 06:52 PM
1 kumpulan dpt 50k ya.. katanya ada 11 kumpulan.. 11 x 50k (atau byaran ikut populariti).. besar ek budget penganjur..
Quote makneng 26-4-2023 06:56 PM
Jgn la seksited sgt pakcik oiii. Buatnya penganjur konsert ala2 boy belon tak beriman. Nganga uolls pacik
Quote sleepandream 26-4-2023 07:00 PM
ikut artikel atas tu konsert ni kumpulkan 11 kumpulan... maksudnya satu kumpulan nyanyi 2-3 lagu je la khen... patutla dia cakap 50k tu banyak... sbb big scale konsert contoh venue axiata kalau bayar 50k je mcm murah jahhh...  kau bukannya tokti buat konsert tiap2 tahun... tokti kata aku nak bayar designer baju pun dah habis modal
Quote Belibis 26-4-2023 08:26 PM
fadz84: 1 kumpulan dpt 50k ya.. katany ...

Ntah2 joey silap faham..sebenarnya 50k untuk 11 grup.
Quote nakkomenjugak 26-4-2023 11:16 PM
.... too good to be true
Duit cash in hand or it's a scam.
Awassss tok joeyyy
Quote Carcosa 27-4-2023 12:44 AM
Berckp mcm ada bunyik2 berlagak.
Mcmlah kau hebat mcm Aerosmith, Guns n Roses, Metallica semua tu. Rilek2 sudah pakcik.
Mcm gini la org kita, dengar je guruh di langit, air Coway dah dicurahkan
Ni lagi satu, kemain pakcik dok zikir 50k, 50k.
Dpt kan dulu written contract, Pakcik oiii. Siap tandatangan semua. Ada lawyer present.
Jgn main hembus je. Kang 50k utk 11 group, cemana? Oct lama lagi pakcik hoiiii. Jgn menggelitat sangat hati tu. Rilek2 sudah. First thing first. Contact Kasi sain.
Quote Perawankota 27-4-2023 02:36 AM
Edited by Perawankota at 27-4-2023 02:38 AM

Hati2.. selagi tak ada hitam putih, jangan cerita. Ujung2 kang malu sendiri.

Sekadar OT, akak aku pernah di contact oleh sorg so called 'Dato Seri’ ni kononnya nak bagi projek kat dia utk satu International event, klu aku sebut semua pon tau event apa. Siap mintak akak aku buat proposal bagai.
Masa first time dia pi jumpa dato seri tu kat hotel, bkn main dato seri tu pumpang2 mcm paling bagus.. Konon event tu akan diadakan kt tmpt sekian2. Pastu akan ke negeri itu naik private jet, duduk 5 star hotel.
So, aku macam biasa Google balik event tu dgn info2 yang akak aku dpt dari Dato Seri tu. So, bila aku check, tahun tu mmg event tu tak buat pon kt Malaysia, next year nya baru ada. Pastu location yang DS tu kasik dah lama tutup. Aku pon ckp akak aku, betul ke tak ni. Akak aku masih husnuzon..
Bila date dah nk smpi, akak aku tanya balik. Dandan DS tucakap kena postpone. Aku dh tak percaya dah.. Pastu dia bagi date baru. Actually, kali ke 3 kononnya postpone, baru lah event yg sebenarnya sampai. Before event sebenar, dia cakap nak buat open house raya kt 5 star hotel jugak. So, suh akak aku carik few girl utk jadik is usherette konon utk usher guest. So, sama jugak kisahnya 3x postpone. Masuk kali ke 3, dia kata on.. Akak aku dah cari, semua dah ready, tiba2 malam tu dia cakap, sponsor dari Brunei meninggal dunia.. Aik, sebelum ni tak pernah cakap apa sponsor pon. aku masa tu mmg dah maki hamun dah.. Silap aku gak, sepatutnya few days before, kita org patut call hotel tu untuk confirm betul tak ada event tu kat hotel tu. Sian kat akak aku sebab dia dah arrange semua. Budak2 yg dia ambil utk event tu pon marahlah sebab dorg sanggup tolak job lain utk event tu. Aku awal2 mmg dah tau lah DS ni penipu.
So, lepas dari event tipu tak jadik tu, event yg mula2 DS tu suh akak aku buat tu pon dh dekat.. akak aku tanya banyak kali ada jer alasan.. Last2 akak aku nmpk ada org lain pon buat event yg sama. Bila tanya kt DS berkali2, barulah nak ckp yang kononnya wife partner dia nak buat pulak… Kesian akak aku, berkali2 dibodoh2kan DS tu. Nasib baik tak kuar duit. Cuma masa jer byk terbuang. Tu belum lagi in between event2 tipu tu, dia suh akak aku carik sorg PA utk dia yg dia blh bawak pi mana2 urusan dia kt oversea. Nasib baik akak aku tak layan bab2 tu.
So, kesimpulannya jgn percaya apa2 yg tak de written agreement/ contract ni.

Quote Nurkaseh01 27-4-2023 03:33 AM
I suka lagu bpr harum subur di hati
Quote DARSITA 27-4-2023 06:19 AM

Aii minat music rock so IMO kalau jadi bagus la sebab 11 band beb! 11!! mmg sekala besar. Tiket harus puluhan ringgit.

Search 2.0 (Din & Kid + DenDen) Xpdc (Mael mat lupa lirik) Wings, BPR, MAX, Melissa (Singer Naim)

nak lagi laku jemput rock band dari Indonesia juga.

Tapi 90% bau scam sangat.

Contoh mcm kumpulan Melissa - dpt offer small show tepi pantai pun kena tipu! Inikan pulak show yg dijanjikan dgn 50K utk satu band.
Quote ezacbee 27-4-2023 06:36 AM
Belibis replied at 26-4-2023 08:26 PM
Ntah2 joey silap faham..sebenarnya 50k untuk 11 grup.

Aah rasanya 50k = 11 group. Klo 1 group 50k takut scammer je. Klo ada hitam putih baru boleh caya, klo sembang mulut hmmmm..

Quote bulalof 27-4-2023 07:06 AM
awal sgt Joey ni bercerita. belum ada apa2 lagi yg sahih.
Quote margo20 27-4-2023 07:09 AM
Its ok berangan is free
Quote Burong_Hantuk 27-4-2023 07:45 AM
Hrp2 suara heols x pancit
Quote TabletSusu 27-4-2023 10:13 AM
aku takut kena scam je ni

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.041178 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top