CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Buat Pertama Kali Saya Dapat Bersalam Dan Cium Tangan Bermaafan Dengan Madu,"-Adira Suhaimi

26-4-2023 04:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1667| Komen: 8

Tujuh tahun Adira Suhaimi menanti, akhirnya hubungan baik dengan madu, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim atau Datin Red terjalin.

“Pagi 1 Syawal tahun ini giliran saya berhari raya dengan suami, selepas itu dia pulang ke rumah Datin Red pula kerana kediaman kami berdua tak jauh pun, sekitar satu kilometer.


Foto: IG

“Tetapi untuk Aidilfitri ini saya mahu kami semua dapat berkumpul beramai-ramai termasuk anak-anak tiri untuk sama-sama merasai kemeriahan pagi Syawal.

“Sudah pasti secara peribadi perhimpunan besar keluarga kami nanti meninggalkan kenangan terindah bagi saya kerana buat pertama kali juga saya dapat bersalam dan cium tangan bermaafan dengan wanita yang saya hormati ini.

“Tiada hadiah lebih bermakna berbanding mengeratkan silaturahim antara kami yang sememangnya sering saya panjatkan dalam doa sejak dulu,” luahnya yang bergelar isteri kedua kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red.




Hubungan baik dengan Datin Red mula terjalin selepas Adira menziarahi wanita itu yang kehilangan ibu tercinta pada 27 Mei tahun lalu.

Katanya, ketika itu dia nekad memandu ke kampung isteri pertama suaminya untuk berada di sisi wanita itu tersebut tanpa berfikir panjang.

Sejak itu mereka kerap dilihat menghabiskan masa termasuk ketika hadir berpakaian sedondon dan berpimpin tangan bersama Datin Red ketika hadir ke sebuah acara fesyen, bulan lalu.



Bercerita tentang hari lebaran, seperti tahun terdahulu, hari raya pastinya tentang anak-anak. Melihat empat cahaya mata yang sedang membesar sudah cukup membuatkan hatinya girang dan ceria sepanjang masa terutama raya.

Melihat kegembiraan si kecil, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayub, tujuh bulan menggayakan baju baharu sudah cukup mengujakan rayanya.

Berkongsi pula memori zaman kecil, penyanyi Ombak Rindu asal dari Ranau, Sabah itu menyatakan hidangan wajib atas meja makan tentu sahaja pulut kuning dihidangkan bersama rendang.



Juadah tradisi yang asalnya menjadi kemestian ibu tercinta tiap kali Syawal sentiasa mengingatkan Adira kepada keluarga di kampung halaman.

“Tahun ini saya tak pulang ke kampung, tetapi macam rutin terdahulu selain ketupat, ayam merah, sayur lodeh dan kuah kacang tentu saja pulut kuning dengan rendang wajib ada.

“Terubat rindu buat sanak-saudara apabila tengok juadah wajib raya ada depan mata,” katanya yang menyediakan sendiri hidangan raya untuk suami serta anak-anak.



Dalam keterujaan meraikan hari mulia, jauh di sudut hati terdetik perasaan sayu apabila tidak dapat merasai suasana Aidilfitri bersama Allahyarham bapanya, Suhaimi Rajiman yang meninggal dunia pada Mac 2019.

Biarpun hubungan mereka tidak rapat selepas ibu bapanya bercerai ketika dia masih dalam kandungan, ikatan antara bapa dan anak mendorongnya mencari si ayah ketika sudah dewasa.






“Sukar untuk diterjemahkan rasa kehilangan. Namun saya bersyukur punya ibu yang sentiasa memberikan sokongan serta adik beradik tempat berpaut,” kata anak bongsu daripada lapan bersaudara itu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 26-4-2023 04:12 PM
Tk yah la nk justify yg hubungan korg baik sgt.
Quote Pujangga22 26-4-2023 04:19 PM
nak jadi memey 2.0 abby 2.0
Quote brunesss 26-4-2023 04:28 PM
kepada isteri bernombor, tolong take note dari kaka adira ye? tunjuk hormat sikit dengan isteri pertama. jangan main sondol je, hormatnya kau ke laut. alamat hidup kau durjana sampai mati.
Quote 3chanceno 26-4-2023 04:37 PM
Slim betul Adira nie  asal korang bahagia...
Quote Insomniacs 26-4-2023 10:02 PM
Adira pandai bwk diri.. takde la kebas sampai suami lupe anak bini pertama
Quote miss_strangers 26-4-2023 10:08 PM
Bagus camnila contoh nak jadi adik madu. Jgn ikut cm style bighah zakar pakai langgar je...
Quote sleepandream 26-4-2023 10:15 PM
besar taw pahala berkongsi kasih sayang
Quote Nurkaseh01 27-4-2023 03:36 AM
Kalau panda bawak diri madu pun sejuk hati nak terima

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.044772 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top