CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

ND Lala Beraya Di Rumah Kazar, Syada Amzah Sedih Sambut Raya Berdua Dengan Ibu "My Mum Rindu Suami Dia"

26-4-2023 03:39 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 5883| Komen: 60|Original author: Saiful

Syada Amzah sayu sambutan Aidilfitri tahun ini tidak sempurna apabila hanya diraikan bersama ibunya, Datin Fauziah Sarman.

Namun katanya dia tetap berasa seronok apabila adik-beradiknya yang lain turut bersama mereka pada hari raya keempat.



Foto: IG

"Dari hari raya pertama rasa rendah diri tengok orang lain ada keluarga yang lengkap, berpasangan (tapi saya gembira untuk mereka).

"Semalam saya macam sebak betul, akhirnya dapat sambut raya dengan adik-beradik yang lain.

"Jangan salah faham, beraya berdua dengan ibu pun seronok, dia layan sahaja saya beraya... tema warna tahun ini saya yang pilih dan dia ikut sahaja apa yang saya nak makan," katanya di Instastory.




Syada juga memuat naik gambar adik-beradiknya berkumpul bersempena Aidilfitri tiada kelibat Datuk ND Lala.

Sejak semalam, tular video singkat memaparkan ND Lala sedang berada di rumah Kazar Saisi selepas dikatakan menghilangkan diri kerana berkahwin dua.

Sementara itu Syada turut bersimpati dengan nasib ibunya yang merindui saat meraikan lebaran bersama suami apatah lagi kedua datuk dan neneknya juga sudah tiada.




Tambah Syada, dia cuba menjaga perasaan ibunya sepanjang hari raya malah berterima kasih kepada saudara mara yang datang menziarahi mereka sekeluarga.

"Saya kasihan tengok dia sebab mesti sambil beraya, dia tengok sahaja orang lain dengan ibu bapa, suami dan anak-anak. Ia mengecewakan saya.

"Belum dengan saya perlu jaga dia daripada terdengar lagu raya sedih... sebelum dia mula menangis, saya sudah menangis dahulu. Ibu yatim piatu, jika datuk dan nenek saya masih ada, saya yakin itu akan membuatnya lebih bahagia.

"Semalam sekurang-kurangnya adik-adik dia ada untuk dia, terima kasih Mak Ngah dan Mak Lang sudi datang. Cucu saudara penuh satu rumah," katanya.

Sekadar info, Fauziah pada 3 April lalu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi dipercayai bagi tujuan memfailkan penceraian terhadap ND Lala namun dinafikan oleh Syada.

Untuk rekod, ND Lala mendirikan rumah tangga bersama Fauziah pada 1989 dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata termasuk Nur Shahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulanbulat 26-4-2023 03:55 PM
Shila raya mana?
Quote timah03 26-4-2023 03:59 PM
Dia ni banyak mulut ye...
Dulu pasal kakak dia, dia beriya gak comment macam2...
Quote applecomel 26-4-2023 04:12 PM

terfikir benda yamg sama juga.. kak dia raya mana...biaq betoi
Quote 3chanceno 26-4-2023 04:20 PM
Xila ke mana baru hari ke-empat pi rumah mak nya?  Kiranya endDLala nie tak hilanglah kalau beraya dgn degawan  apa nak jadi dunia sekarang, yg dah tua2 buat perangai tak semenggah
Quote epal_putih 26-4-2023 04:21 PM
Tempat degawan tu jd tempat pembuangan sondol ke guane..
Lalat x balik raya ke
Quote Parit.Hilton 26-4-2023 04:25 PM
cilaka sungguh dah tua bangka buat perangai mcm ND kepah ni
orang tua lain aman2 beraya dengan anak cucu
pagi raya anak cucu menghadap bersalam-salam peluk-peluk
hang pi mengulit apa tak tau

tinggal keluarga yang dah berpuluh tahun susah senang dengan hang

dasar jantan dayus.
Quote sukacactus 26-4-2023 04:37 PM
Ank2 lain semua dok negeri lain ke xmo beraya dgn mak
Yg dah kawin maybe turn blah mertua tp yg solo/kembali solo tu apacer?
Quote rayray28 26-4-2023 04:40 PM
Seyeslaaa gmbr raya family ada si ubai tu skali? Siap landing tgn lagi..mcm dh jadi suami dh eh?
Quote Diamondmoney 26-4-2023 04:44 PM
Parit.Hilton replied at 26-4-2023 04:25 PM
cilaka sungguh dah tua bangka buat perangai mcm ND kepah ni
orang tua lain aman2 beraya dengan anak  ...


Dia mengulit kerang fresh cuols

Mana nk ingt kerang expired

Sesungguhnya iols puas hati baca cercaan cuols pd dia. Tgu ko sakit ye acik lalat. Baru ko tau langit tinggi ke rendah
Quote BoongaKertas 26-4-2023 04:45 PM
rayray28 replied at 26-4-2023 08:40 AM
Seyeslaaa gmbr raya family ada si ubai tu skali? Siap landing tgn lagi..mcm dh jadi suami dh eh?

tajam yach mata chuols. iols zass terus scroll atas lps baca komen chuols.
Quote doubleA 26-4-2023 04:59 PM
Lalat dan anak laki dia yg dah cerai tu ke mana 3 hari raya? Raya dgn sol kt hotel ke, tu yg cadah basic ni meratib kehulu kehilir raya rumah aisharetno la serupa sebatang kara
Quote doubleA 26-4-2023 05:01 PM
Edited by doubleA at 26-4-2023 05:03 PM

Kalau iols jadi cadah ni iols happy jugak dok bawah ketiak mak, usung mak kemana2 enjoy the moment. Iols dah terbiasa raya tak lengkap ayah pun sebab dulu ayah iols pulis selalu balik raya kedua so kami adik beradik dgn mak ja kt kampung. Asyik meratib hiba complete family bahagia tu ko boleh cipta dgn apa ada. Life kena move on. Nak buat camana dah apak dan adik beradik ko rela raya tempat lain sampai 4 syawal baru berkumpul, menurun perangai apak gamaknya
Quote Insomniacs 26-4-2023 07:23 PM
First raya mmg pastinya akan terasa.. time will heal the pain!
Xila beraya mane? Nmpk mcm sadah ni more caring compared to xila dr awal kes lg.. maybe xila x tunjuk to public dia punye caring..yg aku nmpk dia obsessed ngan ubai dan ubai jer..
Quote rainbowrainz 26-4-2023 07:28 PM
Suruh lah apakkk kau TU pegi bekam n fashdu..setan vaksin TU dah beranak2 dah dlm bdn TU...x pun carilah air Zam zam minum utk buat penawar kalau susah sgt carilah tanah liat putih minum airnya.. mudah2an mendpt aafiyah hendaknya.. aamiin
Quote Lolalala 26-4-2023 11:22 PM
Insomniacs: First raya mmg pastinya akan t ...
shila byk makan hati dengan Mak Bapak dia. Si adik ni pun senang sebab kakaknya juga
Quote jas7512 26-4-2023 11:49 PM
Dua2 jantan hauk dan cilaka
Quote bellaamsar 26-4-2023 11:51 PM
Si kakak tu cepat2 la nikah memandangkan bf pun dh ada sekali dlm gambar family. Siap pegang2 bahu lg
Quote Rogue98 27-4-2023 12:00 AM
So sape yg support family ni financially?
Quote Carcosa 27-4-2023 12:01 AM
Keghinggggg betul hati si Xina tu yach?
Ehhhh, Xila.
Walaupun dia acah2 teraniaya sepanjang hidup dgn Parents dia, tapi mak kot. Kena game dgn bapak dia. Takkan la takde sekelumit rasa kesian. Raya 1st mesti dia merenyut dgn si Ubai muka sawah bendang tu kan? Sial je si Xila. Langsung takde simpati.
Yg si tua kutuk misai kontot dah nak mampos tu, kau tunggu situ. Kang tangan dah terketar2 Parkinson, haaaa time tu kau tgk jap. Kerang baru kau tu, keluar kaki ke idok, haaaa. Yelah, tgk kerang tu lari ke tidak.
Kau tunggu jap.
Si Cadar kepam busuk tak basuh tu pulak, haaa skrg kau kena lah hadap mak kau. Dulu kemainnnn kau dok hina2 kan si Nenas muka basi tu. Yelah Time tu kakak kau tgh mendonia. Kau kemain meriak. Ha skrg, kau hadap mak kau merintih plk. Riak la lagi.

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.042180 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top