Shakilla Khoriri, berdoa agar hubungan baik yang terjalin dengan bekas suaminya akan kekal demi membahagiakan anak mereka, Ameena Sofia yang kini sudah berusia empat tahun. "Saya harap Allah jaga hubungan ini untuk anak yang baik dan paling memahami serta adil dalam berkasih sayang walau apa pun berlaku.
"Doakan untuk Ameena ya. Terima kasih semua," katanya di Instastory. Menerusi video berkenaan, Shakilla bertemu dengan Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 34, ketika menghantar anak mereka ke pangkuan aktres tersebut selepas lima hari menghabiskan masa bersamanya untuk menyambut Aidilfitri. Dalam pada itu, Shakilla turut meluahkan rasa rindu terhadap Ameena selepas berjauhan dengan kanak-kanak itu selama lima hari. "Baru faham rasa lima hari macam lima tahun tak jumpa. Serius, memang benar dan wujud perasaan itu. "Masya Allah rindunya dengan anak bertuah ini tak ada bandingan. Rasa rindu yang macam tidur malam pun tak lena. Dahsyat cinta yang Allah hadiahkan kali ini," ujarnya.
|
jiwakacau06 replied at 26-4-2023 03:48 PM
dia yg mintak cerai...dia yg xleh move on...
Nuyak replied at 26-4-2023 03:22 PM
kenapa post2 dia semua mcm bitter je..ada yg x puas hati lagi ke?
ADVERTISEMENT