Datin Patimah Ismail berkongsi kisah kesetiaan menantunya Puteri Sarah Liyana sepanjang bergelar isteri kepada anaknya, Syamsul Yusof Patimah memahami keputusan Puteri Sarah (PS) yang ingin berundur dan dilepaskan daripada perkahwinan mereka.
"Bertahun PS menunggu kepulangan suami, malah boleh tunggu lebih lama, namun bila suami memilih wanita lain, dia pasti mengundur diri," tulisnya. Nukilan ringkas terbabit turut disertakan dengan dendangan lagu Kepada Hati yang pernah dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Cakra Khan. Proses perceraian antara Syamsul dan Puteri Sarah masih tergantung selepas pengarah itu tidak jadi melafazkan cerai seperti dijanjikan pada 18 April lalu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Ia tidak berjaya dilakukan apabila kedua-dua belah pihak gagal mencapai kata sepakat dalam beberapa perkara. Syamsul dalam kenyataannya berkata Puteri Sarah meminta satu amaun yang cukup besar selain memintanya menarik balik permohonan nusyuz mengatakan Puteri Sarah ada hubungan dengan suami orang. -CARI Sumber: Harian Metro
|
kawahapi replied at 26-4-2023 12:24 PM
Dah dah lah tu Tin Timoh. Tak payah sibuk melondeh rumahtangga anak menantu dekat sosial Media, biar ...
supersudoku replied at 26-4-2023 03:22 PM
tak rasa cinta agung pon IK tuu..more to dah terjerat...mula2 igt nk happy2 je..tiber2 dh jd bini... ...
ADVERTISEMENT