CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Joe Flizzow Kenang Kehilangan Bapa Ketika Sibuk Naikkan Hip Hop, Rasa Sunyi Walau Nama Di Puncak

26-4-2023 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 341| Komen: 1

Percutian ke New York, Amerika Syarikat sebelum ini memberi ilham kepada Joe Flizzow untuk menulis lagu terbaharunya, Sunyi.

Joe atau Johan Ishak, 43, berkata, New York cukup terkenal sebagai sebuah bandar raya yang cukup sibuk namun ia dirasakan sunyi sehingga tercetusnya lirik lagu berkenaan.



Foto: IG

"Waktu itu, ilham datang ketika saya menginap di Times Square di pusat kota New York. Biasanya kalau ke sana saya tidak akan menetap di situ sebab ia adalah salah satu lokasi paling sibuk di dunia.

"Namun di sebalik itu, saya tiba-tiba rasa paling sepi dan sunyi sepanjang hidup saya apatah lagi berada jauh dari tempat asal.

"Detik itu benar-benar mencetuskan ilham yang membawa kepada penciptaan lagu ini," katanya menerusi kenyataan kepada mStar.



Dalam pada itu, Joe berkata, lagu berkenaan turut mendapat sentuhan penyanyi rap SonaOne turut ditujukan kepada rakan selebriti yang terasa sunyi ketika nama mereka sedang berada di puncak kejayaan.

Jelas Joe, ramai menyangka populariti adalah objektif utama seorang artis namun di sebalik itu ramai tidak mengetahui cabaran dan rintangan yang perlu dilalui bagi mengecap kejayaan sehingga ramai terperangkap dengan rasa sunyi.



“Seperti judulnya, Sunyi yang juga boleh membawa maksud kesepian atau sendiri menjelaskan rasa kesunyian yang dihadapi oleh ramai orang. Saya percaya ramai orang mampu merasai lagu ini, khasnya para selebriti.

"Ramai yang menyangka bahawa kemasyhuran dan populariti merupakan tujuan utama para selebriti, tetapi ramai juga yang lupa bahawa kadangkala mereka juga berasa kesunyian.

"Apatah lagi tika berada di puncak kerjaya malah sunyi juga menggambarkan kesepian. Definisi-definisi inilah yang memberi makna kepada lagu ini,” kongsinya.

Lebih unik lagi apabila lagu ini turut menyaksikan Joe lebih banyak menyanyi berbanding mengalunkan rap seperti kebiasaan bintang hip hop itu sebelum ini.



Berkongsi lebih lanjut, Joe berkata lagu Sunyi ini juga ditujukan buat arwah bapanya Ishak Nengah yang meninggal dunia semasa bintang Hip Hop itu menaikkan nama Malaysia di persada dunia.

“Pelbagai pengorbanan terpaksa dilakukan. Mereka (komuniti Hip Hop) kehilangan ramai orang, termasuk arwah ayah saya sendiri Allahyarham Ishak Nengah. Jadi ini merupakan satu dedikasi buat beliau juga.



"Saya harap lagu ini mampu mengingatkan semua orang bahawa anda tidak sendirian, dan tiada salahnya jika kadang kita tidak okay.

"Kita berhak untuk berasa sedih dalam menghadapi liku-liku hidup dan semoga lagu ini mampu menjadi teman saat kesunyian. Ingatlah bahawa, akan sentiasa ada sinar di hujung kegelapan, Insya Allah,” kongsinya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 26-4-2023 11:35 AM
Ooo dah xde ishak nengah ye
Pembaca berita tv3 dl2 ni

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.029044 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top