CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Ragut 3 Nyawa- Orang Tak Peduli Amaran Di Pantai Cahaya PD, Tetap Ramai Yang Datang

26-4-2023 09:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1754| Komen: 15

PORT DICKSON – Orang ramai tidak mempedulikan papan tanda amaran Kawasan Dilarang Mandi di Pantai Cahaya, Batu 1, di sini yang telah meragut tiga nyawa baru-baru ini.

Lokasi berkenaan telah me­ragut nyawa tiga beradik pe­rempuan, iaitu R Kalaivani, 30, Dawige, 29, dan Sathiyadevi, 19, manakala adik lelaki mangsa, Veeran, 26, dan tunang Kalaivani, J Sathiswaran, 29, diselamatkan orang awam dan dirawat di Hospital Port Dickson.


Tinjauan ke lokasi kejadian mendapati orang ramai masih memilih lokasi tersebut untuk berkelah sambil membiarkan anak-anak mandi-manda di laut.

Foto: Kosmo

Kata salah seorang orang awam yang ingin dikenali sebagai Siti, 49, dari Shah Alam, dia tidak sedar bahawa terdapat papan tanda amaran kawasan tersebut dilarang untuk mandi.

“Saya tak perasan pun ada papan tanda. Saya dan suami datang bersama lima orang anak berusia empat hingga 22 tahun untuk bersiar-siar di Port Dickson.


“Mula-mula ke Pantai Teluk Kemang, saya tengok ramai sa­ngat jadi kami cari kawasan pantai yang tak ramai untuk makan serta anak-anak bermain air di pantai,” katanya.

Hasil pemerhatian ada lebih dua papan tanda amaran dipasang di lokasi berkenaan bagi memastikan lokasi yang sudah lebih sekali meragut nyawa itu tidak berulang lagi.

Bagaimanapun, lokasi yang sama juga sangat sesuai dijadikan lokasi santai berehat di tepi pantai serta berjalan di atas jambatan untuk melihat pemanda­ngan laut.

Ini berikutan keadaan laut yang agak dalam sekiranya air pasang di kawasan tersebut.

Sementara itu, seorang lagi pengunjung yang hanya ingin dikenali sebagai Husna, 28, dari Sungai Buloh, Selangor berkata, dia memilih lokasi itu kerana kurang orang berbanding pantai lain.

“Tapi saya tak sangka pula kawasan ini kawasan dilarang mandi. Saya datang bersama lebih 10 ahli keluarga termasuk anak-anak untuk berkelah.

Terdahulu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang, Azizee Alias dilaporkan berkata, ketiga-tiga mang­sa yang lemas bersama adik lelaki mereka dari Banting, Selangor dan seorang saudara lelaki dari Perak berkelah di pantai itu.

“Mayat ketiga-tiga mereka ditemui kira-kira 50 meter dari pantai. Ketika kejadian, air te­ngah pasang dan agak bergelora. Saya juga dimaklumkan kawasan berkenaan adalah kawasan la­rangan mandi,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 26-4-2023 10:31 AM
selera korang mandi kat batu 1 tu.. hehehehe..
Quote Thunderclouds 26-4-2023 10:58 AM
Ntah la dekk..
Pacak doploh papan amaran sekalipon, kalo dh bangsa malas membaca tu pakat p terjun mandi jugakkk..
Aku xsuka bwk ank² p pantai,sungai² or air terjun. Tempat² gini slalu mkn org.
Selagi bole elak,kita elak.
Allahua'lam.
Quote jari10 26-4-2023 11:31 AM
Hmm ayat tak sangka tu
Banyaklah kau punya tak sangka
Quote nora_balqis 26-4-2023 11:35 AM
pantai cahaya ini kalau hari cuti, ramai giler org dok camping tepi2 tue. lepak2 atas jambatan sini best
Quote nakkomenjugak 26-4-2023 11:27 PM
I guess mengurangkan populasi yang kurang membaca?
Quote kakikuDibibirmu 27-4-2023 12:40 AM
[youtube]EASC4i4eack[/youtube]
Quote akies 27-4-2023 07:18 AM
Bahayalah area tu nak mandi.
Quote Themilo 27-4-2023 07:41 AM
letak 2 je papan, lepas tu kecik. mana la orang nak nampak. patutnya seal terus jalan nak ke pantai tu.
Quote fefeeling 27-4-2023 07:53 AM
BM - Mandi
ENG - Swimming

Majlis tak sekolah ke? Tak pass SRP ke?

Quote redz85 27-4-2023 08:16 AM
fefeeling replied at 27-4-2023 07:53 AM
BM - Mandi
ENG - Swimming

tak semua orang berenang,, ramai yang berendam
Quote Prickford 27-4-2023 08:22 AM
Ada siapa2 tahu kenapa tak boleh mandi situ?? Struktur pantai nya ke?
Quote sayurmayur88 27-4-2023 08:35 AM
keras eh tempat ni. nak korban je..
Quote AznieBunnie 27-4-2023 08:44 AM
Prickford replied at 27-4-2023 08:22 AM
Ada siapa2 tahu kenapa tak boleh mandi situ?? Struktur pantai nya ke?

ha, baru nak tanya juga.
sbb apa tak boleh mandi?
ada air pusar ke, pantai tetiba menjunam dalam ke...?
Quote matseh 27-4-2023 11:07 AM
Rakyat malaysia ni jahil. Jadi adalah menjadi tanggung jawab pihak berkuasa utk berada di situ. Setakat letak papan tanda bukannya org peduli. Buat pengumuman sentiasa. Be present terutama musim cuti.
Perbandingan, brp ramai org dah mati sbb langgar lampu isyarat merah. Wlpn semua tahu itu salah, boleh bawak mati. Tapi hari2 beribu org langgar trafik light.
Ini kan pula Papantanda Notis tak boleh Mandi. Bahaya!

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.085128 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top