CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hidu Bau Kuat Petrol Sebelum Penglihatan Jadi Gelap-Anak Cerita Kisah Sebenar 4 Sekeluarga Pengsan Dalam Kereta

26-4-2023 09:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3688| Komen: 44

PETALING JAYA – Empat sekeluarga yang pengsan di dalam Proton Exora di Plaza Tol Bentong, Pahang dikatakan menghidu bau kuat petrol sebelum penglihatan menjadi gelap.

Anak sulung mangsa, Ahmad Nor Syafiq, 24, menceritakan kejadian sebenar sewaktu melawat bapanya yang dirawat di Hospital Bentong.


Katanya ketika kejadian, dia menaiki kereta berasingan dengan bapanya dan dalam perjalanan pulang ke ibu negara selepas bercuti raya di Tok Bali, Kelantan.

Foto: Kosmo

Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, sebaik melepasi plaza tol berkenaan, MPV Proton Exora yang dinaiki bapa, ibu, adik bongsu dan sepupunya tidak kelihatan, manakala panggilan telefon juga tidak dijawab.

“Sebaik tiba di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gombak, bapa hubungi saya beritahu mereka pengsan dan berada di Hospital Bentong. Kami kemudiannya segera berpatah balik untuk melihat keadaan mereka.


“Semasa sampai di hospital, bapa, ibu dan sepupu sudah sedar cuma mereka kelihatan tidak bermaya. Adik bongsu pula belum sedarkan diri kerana dia yang paling awal pengsan,” ­katanya ketika dihubungi Kosmo!

Tambah Ahmad Nor Syafiq, bapanya yang berusia 52 tahun membuka cermin tingkap sebelum kejadian kerana terhidu bau petrol yang kuat sebelum pandangan menjadi gelap.

“Sebelum itu, bapa lihat mereka yang lain seperti tertidur termasuk ibu selepas dia (ibu) mengadu panas. Selepas itu ibu diam. Bapa saya beritahu dia terasa bagai bermimpi. Dia tersedar apabila ada orang menepuk dadanya,” katanya.

Ahmad Nor Syafiq memberitahu, dia tidak menyangka kejadian itu berlaku ke atas keluarganya memandangkan kenderaan mereka juga berada dalam keadaan baik.

“Kami bertolak pukul 6.30 pagi (kelmarin) dan berhenti rehat di R&R Temerloh selama satu jam sebelum menyambung semula perjalanan. Apa-apapun saya bersyukur kerana kenderaan itu tidak dipandu laju,” ujarnya.

Sebelum ini dilaporkan empat sekeluarga tidak sedarkan diri di dalam kenderaan di Plaza Tol Bentong pada pukul 2.40 petang.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, keempat-empat mangsa pengsan sebelum MPV tersebut melanggar plaza tol berkenaan.

Pemeriksaan mendapati kesemua mangsa kekurangan oksigen dalam badan. Usaha menyelamatkan mangsa dilakukan polis, anggota peronda lebuh raya, orang awam dan pihak Lebuh raya Pantai Timur. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nuyak 26-4-2023 09:25 AM
bahaya ye...huhu...i dah la sejenis naik kereta je terus lelap kalau long distance ni...
Quote sambaldurian 26-4-2023 09:38 AM
Sebaik org perasan, klu aku, aku ingat org x cukup baki touch n go park tepi.
Quote prettyuglybabe 26-4-2023 10:17 AM
bau petrol tu sebab bocor ke?
Quote airfilterkotor 26-4-2023 10:24 AM
Gelap betui cermin dia.
Ni kalu kecemasan kat mana-mana parkir, takde siapa akan tahu ada orang dalam kereta.
Quote diss69 26-4-2023 10:28 AM
Mujur ada org perasan..kalau xtau mngkin ingt touch n go xcukup baki..
Quote mikasa 26-4-2023 10:32 AM
airfilterkotor replied at 26-4-2023 10:24 AM
Gelap betui cermin dia.
Ni kalu kecemasan kat mana-mana parkir, takde siapa akan tahu ada orang dala ...

Konon nak privacy....silap haribulan kegelapan boleh membunuh. Aku tak suka tinted gelap2. Memalam mula laa susah nak tgok sekeliling
Quote Samerosie 26-4-2023 10:32 AM
Betul ke smell of petrol..... ke smell of exhaust fume which leads to carbon monoxide poisoning.  Maybe exhaust dia ada leaking somewhere masuk dalam kereta.
Quote Firenzza 26-4-2023 10:45 AM
Sib baik xde penumpang yg psg lighter nk hisap rokok time tu..   
Quote sangbara2020 26-4-2023 11:07 AM
iolls bru nk psg tinted gelap..
sng tahun dpn mkn lam kete jek kok xpuasa...
cancel la
Quote xtahumenahu 26-4-2023 11:11 AM
mujur juga pengsan kat tol..terlanggar tiang tol..kot terpengsan tengah2 kereta jalan...macam2 bole jadi...
Quote melinda_kerr 26-4-2023 11:44 AM
Samerosie replied at 26-4-2023 10:32 AM
Betul ke smell of petrol..... ke smell of exhaust fume which leads to carbon monoxide poisoning.  Ma ...

Ye akupun rasa ekzos die ada bocor tu. Better hantarla kereta tu lg check. Nasib masih lg pjg umur. Kesian betul.
Quote Suchi 26-4-2023 11:47 AM
xtahumenahu replied at 26-4-2023 11:11 AM
mujur juga pengsan kat tol..terlanggar tiang tol..kot terpengsan tengah2 kereta jalan...macam2 bole  ...

Betul tu, kalau hilang kawalan masa kat tgh highway tu uihh tak tau la nak kata.
Quote DARSITA 26-4-2023 11:53 AM
prettyuglybabe replied at 25-4-2023 06:17 PM
bau petrol tu sebab bocor ke?


because of many things - front engine ada leak or masa hantar kereta repair ada la sambungan yang bersambung tu longgar.

Bukan sebab exhaust sbb exhaust di bahagian belakang kereta.

Quote monreyes 26-4-2023 11:58 AM
semoga anak bongsu tu cepat sedar
Quote mohdcrow 26-4-2023 12:03 PM
x semua org tinted sbb privacy, kadang sebab cuaca panas, tambah2 yg ada baby
Quote Samerosie 26-4-2023 12:20 PM
DARSITA replied at 26-4-2023 11:53 AM
because of many things - front engine ada leak or masa hantar kereta repair ada la sambungan yang ...

Aiyo sisthur....exhaust system tu dr depan engine kereta the burned gas dari cylinder salur keluar ke exhaust pipe terus ke muffler di bahagian belakang sisthur.  Dari depan kalau sudah ada leakage di pipe system boleh masuk dalam kereta, windows pula all up, memang lemas with CO.
Quote Samerosie 26-4-2023 12:21 PM
melinda_kerr replied at 26-4-2023 11:44 AM
Ye akupun rasa ekzos die ada bocor tu. Better hantarla kereta tu lg check. Nasib masih lg pjg umur ...

Teringat kisah 4 sekawan yg meninggal kat petrol station tu.  Same case kan CO poisioning.
Quote DARSITA 26-4-2023 12:37 PM
Samerosie replied at 25-4-2023 08:20 PM
Aiyo sisthur....exhaust system tu dr depan engine kereta the burned gas dari cylinder salur keluar ...
Aiyo sisthur....exhaust system tu dr depan engine kereta the burned gas dari cylinder salur keluar ke exhaust pipe terus ke muffler di bahagian belakang sisthur.  Dari depan kalau sudah ada leakage di pipe system boleh masuk dalam kereta, windows pula all up, memang lemas with CO.

Ler ...kan ke aii ckp ada leak di bahagian depan (engine) tu pasal masuk ke kereta. Air cond suck/pull air from the front. Ada ke aircond suck air from behind?




Quote noor2 26-4-2023 12:42 PM
Seram sgt baca kisah ni....nasibla bapa pandai bukak tingkap....alhamdulillah semua selamat....

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.080021 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top