CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bukti Keprihatinan Dan Berjiwa Rakyat, YDP Agong Dipuji Beri Laluan Kepada Ambulans

26-4-2023 08:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 995| Komen: 15

PETALING JAYA – Tindakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sedang memandu motoked menerima pujian ramai selepas memberikan laluan kepada ambulans.

Menerusi video dimuat naik Istana Negara pada media sosial rasmi, baginda yang sedang memandu serta diiringi pengiring segera memberikan laluan kepada ambulans tersebut yang berada di lorong paling kanan, membuktikan keprihatinan baginda yang berjiwa rakyat.




“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan mendahulukan rakyat yang berada dalam kecemasan dengan memberi laluan kepada sebuah ambulans di Pekan, Pahang, petang hari ini.

“Seri Paduka Baginda dalam perjalanan berangkat ke Istana Abdulaziz di Kuantan dari Pekan apabila ambulans yang membawa pesakit yang memerlukan rawatan segera itu berada di belakang motoked baginda,” menurut penerangan video oleh Istana Negara, hari ini.


Menjengah ke ruangan komen, orang ramai memberikan pelbagai reaksi pujian kepada baginda apabila mengutamakan kebajikan rakyat.



“Agong berjiwa rakyat, Daulat Tuanku. Semoga sihat selalu dan dirahmati Yang Maha Esa,” komen AriosJohn.

“Ahamdulillah terima kasih Tuanku menunjukkan contoh yang terbaik,” kata sahilah21.

“DYMM telah bukitkan kasih baginda kepada hamba rakyat. Menjunjung kasih Tuanku kerana memberi tauladan yang amat luar biasa untuk hamba rakyat,” ujar user49058328843215. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nuyak 26-4-2023 09:49 AM
Team media agong kali ni memang power betul...
Quote Perwira2022 26-4-2023 09:54 AM
Untung jadi Agong... Buat benda baik biasa2 pun orang puji melangit
Quote zehra2 26-4-2023 10:06 AM
kalo aku ada kat jalan masa tu.. kalut berenti drive terus kot
mana nk layan siren pengiring agong.. mana nak layan siren ambulan
Quote rikiruj 26-4-2023 10:13 AM
Aku rasa kes tak kasi ambulan lalu yang sebelum2 ni kalau penumpang vip tau ada ambulan nak lalu, most likely depa akan suruh outrider atau polis trafik kasi lepas dulu kot.. nak salahkan outrider / polis trafik semata2 pun tak fair sebab tugas depa make sure jalan clear.  Kena kasi proper guide la..
Quote slyfynx 26-4-2023 10:55 AM
Mende ni common sense kot.
AMbulance or bomba
Polis pengiring tu samil ketepi sambil maki kuat2 dalam kete.
Quote eizarz 26-4-2023 01:15 PM
alololo….
Quote krustykrab 26-4-2023 01:16 PM
Perwira2022 replied at 26-4-2023 09:54 AM
Untung jadi Agong... Buat benda baik biasa2 pun orang puji melangit

Tu lah...tp tak leh nak komen byk² sgt takut berangkut hp ni.pulekkk
Quote DARSITA 26-4-2023 02:06 PM

Ler nak bangga apa dah memang patut dia beralah dgn bomba dgn ambulance. Ke ada dlm udang udang Malaysia raja soltan agong tak perlu ketepi bila dengar bunyi bomba and ambulance?
Quote sayurmayur88 27-4-2023 08:39 AM
Perwira2022 replied at 26-4-2023 09:54 AM
Untung jadi Agong... Buat benda baik biasa2 pun orang puji melangit


Quote mast3rshad0w 27-4-2023 09:04 AM
Perwira2022 replied at 26-4-2023 09:54 AM
Untung jadi Agong... Buat benda baik biasa2 pun orang puji melangit

kikiki, lumrah warga mesia, sikit2 taasaub...
agung ni apa yg penting no1 bagi dia adalah saham genting dulu, yg len2 baru no 2,3,4 sampai la berapa
apa2 bab duit dlm pelaburan dia sapu dulu, laju dan cekap, hahaa
tapi rmai org yg xtahu kan...itula beza yg kaya dan miskin jahil...
Quote jejaka_hensem 27-4-2023 10:36 AM
Lah,iols baru tahu, kita kena bagi laluan utk ambulans.
Tq ydp agong
Quote cmf_premierleag 27-4-2023 10:44 AM
Kalo dh dgr bunyik siren tu.....its a sign of Nyawa atau Kecemasan yg libatkan hidup dan mati
Aku kasik je la laluan..x kisah la ambulan ke,bomba ke,polis ke
Quote iolss 27-4-2023 01:56 PM
benda yg selalu je rakyat buat...alahaiiii
Quote pu3_rania 27-4-2023 02:04 PM
iolss replied at 27-4-2023 01:56 PM
benda yg selalu je rakyat buat...alahaiiii

Kannnn
Tak kisah lah ko tu VVVVVIP kalau dah melibatkan nyawa seharusnya di berikan keutamaan

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.071568 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top