NEW DELHI – Seorang pelajar ijazah sarjana muda sains maut selepas meletupkan mercun di dalam mulutnya. Wion News melaporkan, mendiang dikenali sebagai Brajesh Prajapati, berusia 24 tahun dari Sheopur, negeri Madhya Pradesh.
Sebelum kejadian, keluarganya memaklumkan bahawa mereka tidak mampu menghantar Brajesh ke bandar besar bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana masalah kewangan. “Mendiang mengalami tekanan akibat beberapa isu,” seorang pegawai polis dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Press Trust of India (PTI). “Brajesh meletupkan mercun bom ‘sutli’ dalam mulutnya ketika berada di dalam tandas kira-kira pukul 9 pagi (waktu tempatan). Selepas mendengar bunyi letupan, keluarganya bergegas masuk. Mereka menghantarnya ke hospital, namun doktor mengisytiharkan mangsa telah meninggal dunia,” tambah jurucakap sama.
Polis mendaftarkan kes itu sebagai bunuh diri dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Abang pelajar itu, Hridyesh berkata, adiknya itu mendapat markah yang baik dalam peperiksaan dan sedang menamatkan kursus ijazah sarjana muda sains di sebuah kolej tempatan. – CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT