CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terjun Dunia Lakonan Mahu Bantu Biaya Kos Rawatan Ibu Yang Hidap Bipolar & 'Anxiety'

26-4-2023 07:23 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2874| Komen: 29|Original author: Tatod

Pelakon cilik Telefilem Jalan Pulang, Adam Darwish tampil sebagai peranan penting dalam filem terbaharu, Tujuh Dua Belas yang akan ditayangkan bulan depan.

Adam Darwish, 15, berkata, pembabitannya dalam bidang lakonan bukan kerana minat, tetapi berhasrat ingin membantu ibunya yang menghidap masalah anxiety dan bipolar.


"Selain minat dalam bidang lakonan, saya cuma cari duit untuk tolong ibu saya saja sebenarnya. Kadang-kadang saya tolong bagi duit bayar kos rawatan ibu. Secara tak langsung saya dapat rasa kepenatan yang dirasai ayah semasa mencari rezeki buat kami sekeluarga.


"Saya rasa lega sebab sedikit-sebanyak saya dapat bantu keluarga walaupun saya masih kecil," katanya.

Bagaimanapun, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa ini tidak akan mengabaikan pelajarannya walaupun sibuk berlakon.

"Saya mengikuti kelas tuisyen tiga kali seminggu supaya saya tidak ketinggalan dalam pelajaran di sekolah," katanya.


Ditanya mengenai pengalamannya berlakon dalam filem ini, Adam berkata, watak yang dibawa agak mencabar pada usianya yang muda ini.

"Saya dapat rasakan derita kanak-kanak yang diculik menerusi watak ini. Kadang ada juga saya terfikir, apa sebenarnya berlaku kepada kanak-kanak hilang diculik," katanya

Apa yang menarik, Adam berlakon di bawah arahan datuk sendiri, Thorpe Ali dan ini adalah pengalaman menyeronokkan dan berharga.

Sikap profesional Thorpe ketika di set penggambaran semasa memberi arahan dan bimbingan sangat jelas membuatkan Adam tidak kekok untuk berganding bersama.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Knowlee 26-4-2023 08:46 PM
Dik, klinik psikiatri hospital kerajaan bayar RM5 je setiap kali appointment, sekali dpt ubat. Dpt jimat banyak tu.
Quote Ahriman 26-4-2023 08:49 PM
Mental health problem need mental support dek...orng sekeliling kene main peranan..
Quote LadyCarefree 27-4-2023 12:26 AM
Knowlee replied at 26-4-2023 07:46 PM
Dik, klinik psikiatri hospital kerajaan bayar RM5 je setiap kali appointment, sekali dpt ubat. Dpt j ...

penagih dpt dana buat rawatan kat prebet spital, minah acah pon kutip dana utk byr bil spital prebet, dia pon nak cuba kot?
Quote caca_eric 27-4-2023 12:33 AM
Knowlee replied at 26-4-2023 08:46 PM
Dik, klinik psikiatri hospital kerajaan bayar RM5 je setiap kali appointment, sekali dpt ubat. Dpt j ...

Duit ubat kot
Diorg kan mmg ada ubat khas tp kena bayar kt farmasi@klinik klau hospital x sediakan
Quote Knowlee 1-5-2023 11:51 AM
caca_eric replied at 27-4-2023 12:33 AM
Duit ubat kot
Diorg kan mmg ada ubat khas tp kena bayar kt farmasi@klinik klau hospital x sediakan ...

Hospital government selalu ada ubat yg mahal2. I sendiri amik ubat yg mahal. Private hospital ye kena bayar kalau nak ubat.
Quote annadonna 1-5-2023 01:11 PM
Knowlee replied at 26-4-2023 08:46 PM
Dik, klinik psikiatri hospital kerajaan bayar RM5 je setiap kali appointment, sekali dpt ubat. Dpt j ...

Appointment mmg rm5. Tapi ubat beli sendiri. Ubat mental salah satu ubat ubatan yg tidak ditanggung. Pesakit kena bayar sendiri.
Quote kotakominami 1-5-2023 01:59 PM
annadonna replied at 1-5-2023 01:11 PM
Appointment mmg rm5. Tapi ubat beli sendiri. Ubat mental salah satu ubat ubatan yg tidak ditanggun ...

Ubat apa yg kena beli tu..boleh bgtau? Sebab saya biasa ambik free.
Quote Samerosie 1-5-2023 02:00 PM
Tak faham kenapa kids have to be burdened mcm ni.  Atuk kau kan pengarah minta la dia tolong bayarkan.  Pak hang mana dek?
Quote Ahriman 1-5-2023 03:02 PM
annadonna replied at 1-5-2023 01:11 PM
Appointment mmg rm5. Tapi ubat beli sendiri. Ubat mental salah satu ubat ubatan yg tidak ditanggun ...

Meols 4 tahun follow up anxiety kat hospital government..Alhamdulillah consult+ubat hanya RM5..
Quote Bipolajourney 1-5-2023 04:30 PM
Knowlee replied at 1-5-2023 11:51 AM
Hospital government selalu ada ubat yg mahal2. I sendiri amik ubat yg mahal. Private hospital ye k ...

ada kuota ye sis. Bukan semua layak dapat. Contoh di Selangor, tak layak sis dapat ubat Seroquel tapi di negeri lain boleh.

Pilihan adik itu nak bantu ibunya, kita raikan.
Quote Bipolajourney 1-5-2023 04:31 PM
annadonna replied at 1-5-2023 01:11 PM
Appointment mmg rm5. Tapi ubat beli sendiri. Ubat mental salah satu ubat ubatan yg tidak ditanggun ...

Ubat paling mahal
Quote winky1 1-5-2023 04:35 PM
caca_eric replied at 27-4-2023 12:33 AM
Duit ubat kot
Diorg kan mmg ada ubat khas tp kena bayar kt farmasi@klinik klau hospital x sediakan ...

Kos menjaga orang sakit ni ada yang nampak ada yg hidden. Ubat, ubat tambahan , transport, makanan, alat2 untuk keselesaan.  Hospital ni bukan semua free, ada yg dia bagi prescription...kita kena  beli kat luar. I ada buat minor surgery ..so masa pergi dressing ikut appointment yg ditulis..Bila masuk bilik  HA tu kata kami tak boleh buat apa, puan kena beli spray kat farmasi...Rm17 sahaja. Tak perlu cuci Kami buat hari buka jahitan sahaja.  Oh gitu..I pun belah pi farmasi.  I respect lah anak ini. Umur sebegini dah membantu ayah jaga ibu.

Quote sharlenetexas 1-5-2023 05:19 PM
Takut kau pulak yg bipolar dan anxiety dik oi.

Quote izat123 1-5-2023 05:25 PM
kotakominami replied at 1-5-2023 01:59 PM
Ubat apa yg kena beli tu..boleh bgtau? Sebab saya biasa ambik free.

Gov specialist sekarang pun dah tak cover semua ubat. Ada certain ubat yang mahal patient sendiri kena bayar kalau nak ambil. Of course akan ada cheaper option but usually ubat ubat mahal ni latest finding, lagi berkesan untuk sesetengah penyakit tu.
Quote TomyamPuteh 1-5-2023 07:37 PM
Yg korg bitter sgt dh nape? Tak suka tok sah la tgk drama budak tu.
Quote Mairamitis 1-5-2023 10:17 PM
Samerosie replied at 1-5-2023 02:00 PM
Tak faham kenapa kids have to be burdened mcm ni.  Atuk kau kan pengarah minta la dia tolong bayarka ...

Pak kandung Adam ni Saiful bekas manager Ben Amir..dah berpisah dgn Mak Adam...mak Adam ni dah kawen lain..rasanya Adam ni ikhlas nak bantu mak dia..
Quote annadonna 1-5-2023 11:26 PM
Ahriman replied at 1-5-2023 03:02 PM
Meols 4 tahun follow up anxiety kat hospital government..Alhamdulillah consult+ubat hanya RM5..

Harap you getting better dan dipelihara Allah. Just nak share hari tu i jaga kawan schizo/bipolar kat government hospital. Kawan tu ada GL dari tempat dia study. Tapi GL tak cover ubat psikiatrik rupanya. So sementara tunggu family dia sampai, doc bagi i preskripsi ambik ubat kat farmasi. Sebiji ubat tu mcm mahal juga i lupa harga dia. So bila you cakap your anxiety masih covered by rm5 so maybe you masih under control dan belum perlu rawatan yg mahal. Good for you, semoga sembuh segera.
Quote annadonna 1-5-2023 11:28 PM
kotakominami replied at 1-5-2023 01:59 PM
Ubat apa yg kena beli tu..boleh bgtau? Sebab saya biasa ambik free.

I lupalah namanya sebab hari tu i jaga kawan schizo/bipolar kat government hospital. Kawan tu ada GL dari tempat dia study. Tapi GL tak cover ubat psikiatrik rupanya. So sementara tunggu family dia sampai, doc bagi i preskripsi ambik ubat kat farmasi. Sebiji ubat tu mcm mahal juga i lupa harga dia. Tapi utk kalau family yg income sederhana mmg membebankan. Maybe ubat you masih under ubat yang di cover oleh government.
Quote kotakominami 1-5-2023 11:48 PM
annadonna replied at 1-5-2023 11:28 PM
I lupalah namanya sebab hari tu i jaga kawan schizo/bipolar kat government hospital. Kawan tu ada ...

Mungkinlah.....saya ambik risperidone...tapi kalau pikir balik kos pergi balik campor makan tu rm100 lebih gak sebab hospital besar jauh..kena pergi 2 minggu sekali...ambik cuti lg...

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.142638 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top